Membaca Kepada Kanak-Kanak: Pentingnya Literasi Awal

Manfaat Kognitif

Sains telah mengesahkan apa yang sudah kita agak dan ketahui selama ini—membaca kepada/bersama kanak-kanak mempunyai manfaat kognitif yang jelas. Beberapa lagi kajian lain terus membuktikan kesahihan ini. Salah satu kajian-kajian ini adalah kajian yang telah diterbitkan oleh Jurnal Akademi Pediatrik Amerika (Journal of the American Academy of Pediatrics).

Kajian terbitan bersama 5 saintis ini, menunjukkan bahawa apabila kita membaca kepada/bersama kanak-kanak, bahagian otaknya yang memproses imejan visual, pemahaman cerita, serta makna perkataan, meningkat dengan mendadak. Kajian ini pula menegaskan bahawa membaca kepada/bersama kanak-kanak membantu mereka a) Belajar mengenali huruf, b) Memahami cetakan itu mewakili kata yang dipertuturkan, dan c) Mereka juga belajar bagaimana hendak memegang buku serta menyelak muka surat.

Kesedaran Fonemik

Jim Trelease dalam bukunya yang berjudul The Read-Aloud Handbook, menegeaskan bahawa kanak-kanak di tadika yang membaca/dibaca sekurang-kurangnya tiga kali seminggu mempunyai kesedaran fonemik yang jauh lebih tinggi daripada kanak-kanak yang membaca/dibaca kurang dari tiga kali seminggu. Berkomunikasi dalam bahasa yang anda mahu anak anda fasih bercakap tidak mencukupi. Ini bermakna, walaupun komunikasi itu penting dalam membina perbendaharaan kata mereka, tiada medium pengajaran yang lebih kukuh serta efektif dari medium cetakan—buku. Bahan bacaan yang bagus adalah tiga kali lebih kaya perbendaharaan katanya daripada komunikasi lisan semata-mata.

Suruhanjaya Membaca

Pada tahun 1983, Jabatan Pendidikan Amerika telah menubuhkan Suruhanjaya Membaca (Comission on Reading) yang pertama dalam usaha untuk mengkaji penurunan peratusan membaca di negaranya. Laporan itu, yang dikenali sebagai Menjadi Sebuah Negara Yang Membaca (Becoming A Nation of Readers), diterbitkan dua tahun kemudian pada tahun 1985. Berikut adalah beberapa penemuan penting yang telah dikemukakan oleh laporan tersebut:

a) Usaha yang paling penting yang perlu diberi penekanan oleh ibu bapa untuk membina tabiat membaca yang kukuh dalam diri anak-anak mereka adalah dengan selalu membaca kepada/bersama anak-anak mereka. Terutamanya ketika mereka berada di tahap prasekolah. Manfaatnya adalah lebih besar apabila kanak-kanak itu adalah menjadi peserta aktif, terlibat dalam perbincangan mengenai jalan cerita, belajar mengenal pasti huruf dan perkataan, serta berminat untuk memahami makna perkataan.

b) Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam meletakkan asas dan minat membaca dalam diri anak-anak mereka. Ibu bapa seharusnya secara tidak formal mengajar kanak-kanak prasekolah tentang membaca dan menulis dengan membaca kepada/bersama mereka, membincangkan cerita dan peristiwa, menggalakkan mereka untuk mempelajari huruf dan perkataan, dan mengajar mereka tentang dunia di sekeliling mereka. Amalan ini akan membuatkan kanak-kanak tersebut berasa berminat untuk terus membaca.

c) Adalah tanggungjawab Ibu bapa untuk sentiasa menyokong perkembangan anak-anak mereka sebagai pembaca. Di samping meletakkan asas, ibu bapa juga perlu sentiasa berusaha untuk memudahkan serta merangsang minat membaca anak mereka dengan membawa mereka ke perpustakaan, menggalakkan membaca sebagai aktiviti masa lapang, dan membantu mereka menyiapkan kerja rumah.

d) Program tadika harus memberi lebih penekanan terhadap penggunaan bahasa, penulisan serta langkah permulaan dalam membaca. Kanak-kanak yang membaca akan lebih mudah untuk mahir dalam kemahiran lisan, paham konsep mengenai fungsi bahasa bercetak dan berminat untuk berkomunikasi melalui tulisan, serta memahami pengetahuan khusus tentang huruf-huruf dan kata-kata.

Kesimpulan

Membaca kepada/bersama anak-anak tidak hanya menggalakkan perkembangan literasi dan pembangunan bahasa, tetapi juga memperkuatkan hubungan antara anak dan ibu bapa. Jim Trelease, pengarang The Read-Aloud Handbook, menegaskan bahawa;

Kita membaca kepada/bersama kanak-kanak atas alasan yang sama apabila kita bercakap dengan mereka: untuk meyakinkan; menghiburkan; mengeratkan ikatan; memaklumkan; membangkitkan rasa ingin tahu; dan memberi inspirasi. Tetapi membaca kepada/bersama mereka jauh lebih bermanfaat daripada berbual apabila a) Kanak-kanak itu cenderung mengaitkan aktiviti membaca dengan keseronokan, b) Memberi pengetahuan umum, c) Membina perbendaharaan kata yang bersifat buku, dan d) Menjadi contoh kepada mereka.


Rujukan

Hutton, J. S., Horowitz-Kraus, T., Mendelsohn, A. L., DeWitt, T., & Holland, S. K. (2015, September 1). Home Reading Environment and Brain Activation in Preschool Children Listening to Stories.

Bus, A. G., IJzendoorn, M. H. van, & Pellegrini, A. D. (n.d.). Joint Book Reading Makes for Success in Learning to Read: A Meta-Analysis on Intergenerational Transmission of Literacy – Adriana G. Bus, Marinus H. van IJzendoorn, Anthony D. Pellegrini, 1995. 

Trelease, J. (2019). Jim Trelease’s read-aloud handbook. New York: Penguin.

Hart, B., & Risley, T. R. (2018). Meaningful differences in the everyday experience of young American children.

Anderson, R., Hiebert, E., Scott, J., Wilkinson, I., Becker, W., & Becker, W. (1988). BECOMING A NATION OF READERS: THE REPORT OF THE COMMISSION ON READING. Education and Treatment of Children,11(4), 389-396. Retrieved from http://www.jstor.org/stable/42899086.

5 COMMENTS

Subscribe
Notify of
guest
5 Comments
most voted
newest oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Rozalia Alik
Rozalia Alik
January 26, 2020 10:12 pm

Terima kasih di atas perkongsian. Sudah pastinya saya akan kebihkan amalan membaca bersama anak saya selepas ini. Banyak info berguna saya perolehi dari artikel ini 😊👍

Nicole Yik
Nicole Yik
March 2, 2020 9:50 pm

Terima kasih di atas perkongsian Cik Aishah… Saya harus memulakan literasi awal pada anak kedua yang berusia 1+ Tahun dengan secepat mungkin. 👍👍👍

Shermyn Lim
Shermyn Lim
June 9, 2020 10:41 am

Totally agree with your article …..Encourage our kids to be book worm.

Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, the co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.

HOME EDUCATION ACCELERATOR ™ Training Program for Parents and Carers

Would you like to fully support your children to learn to their Full Potential and help them develop Future-Oriented Life Skills?

Subscribe To Our Newsletter

To be updated with all the latest news, offers & special announcements.

error: Content is protected