Pendekatan Popular Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Memahami Montessori, Waldorf & Reggio Emilia

Montessori, Waldorf, dan Reggio Emilia adalah tiga pendekatan utama pendidikan awal kanak-kanak. Ketiga-tiga pendekatan ini bukan sahaja popular di Eropah, tetapi juga di seluruh dunia. Malaysia tidak terkecuali. Hari ini, terdapat banyak prasekolah di Malaysia, rata- ratanya swasta, yang sudah menerima pakai salah satu daripada tiga pendekatan utama ini. Pendekatan yang paling popular ialah Montessori. Berikut adalah perbandingan ringkas antara ketiga-tiga kaedah pendidikan popular ini.

Montessori

Dr Maria Montessori

Pengasas: Dr Maria Montessori

Tahun: 1907

Tempat: Rome, Italy

Falsafah: Pendekatan pendidikan yang berpusatkan kanak-kanak. Guru berfungsi sebagai pembimbing dan kanak-kanak hanya perlu bermain. Kanak-kanak digalakkan untuk belajar mengikut kemampuan mereka sendiri. Terdapat bahan pembelajaran yang dikenali sebagai “manipulatif.” Bahan pembelajaran ini adalah bersifat pembetulan sendiri. Bilik kelas Montessori tidak mengikut had umur. Kanak-kanak yang lebih tua menjadi contoh kepada kanak-kanak yang lebih muda.

Pendekatan Montessori adalah untuk siapa: Jika anda mahu anak anda memperoleh kemahiran kepimpinan dan kebebasan umum, pendekatan Montessori mungkin falsafah pendidikan yang tepat untuk anda.

Waldorf

Rudolf Joseph Lorenz Steiner

Pengasas: Rudolph Steiner

Tahun: 1919

Tempat: Stuttgart, Germany

Falsafah: Pendekatan ini memberi penekanan yang besar terhadap aktiviti praktikal dan bermain secara kreatif, termasuk membaca, menyanyi dan berlakon. Waldorf tidak menggalakkan penggunaan komputer atau alat elektronik dalam kurikulumnya. Kanak-kanak menghabiskan banyak masa di luar rumah. Kebiasaannya, aktiviti dirancang untuk membangunkan imaginasi dan kreativiti.

Pendekatan Waldorf adalah untuk siapa: Jika anda ingin anak anda belajar bagaimana untuk berfikir, bukan apa yang harus difikirkan, Waldorf mungkin merupakan falsafah pendidikan yang tepat untuk anda.

Reggio Emilia

Loris Malaguzzi 

Pengasas: Loris Malaguzzi (Psychologist)

Tahun: 1945

Tempat: Reggio Emilia, Italy

Falsafah: Guru sebagai pembimbing dan mereka bekerjasama dengan kanak-kanak untuk meneroka minat serta idea. Program pendidikan sering direka untuk menggalakkan kanak-kanak befikir dengan kreatif serta suka belajar. Guru memperkenalkan provokasi pembelajaran berdasarkan persoalan yang diaju dan minat mereka (pelajar). Pendekatan ini menggunakan gambar, rakaman, karya seni dan pemerhatian bertulis untuk membantu guru dan kanak-kanak mengkaji apa yang mereka pelajari.

Pendekatan Reggio Emilia adalah untuk siapa: Kurikulum ini tidak mempunyai format dan kanak-kanak tidak deberikan jawapan dengan serta merta. Jika anda mahu anak anda meneroka dan menyiasat apa sahaja yang berasaskan minat mereka, Reggio Emilia mungkin merupakan falsafah pendidikan yang tepat untuk anda.


Rujukan

A Comparison of Reggio Emilia, Waldorf & Montessori Philosophies. (2018, September 13). Retrieved from https://www.thecompassschool.com/blog/reggio-waldorf-montessori-philosophies/

Edwards, C. P. (2002). Three approaches from Europe: Waldorf, Montessori, and Reggio Emilia. Early Childhood Research & Practice4(1), n1.

Vallberg Roth, A. C., & Månsson, A. (2011). Individual development plans from a critical didactic perspective: Focusing on Montessori-and Reggio Emilia-profiled preschools in Sweden. Journal of early childhood research9(3), 247-261.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.

Home Education Accelerator - Training Program for Parents & Carers

Learn how to offer Future-Oriented Personalised Holistic Home Learning! You can easily support your children's learning at home - without any planning or disruptions to your everyday family life!

Active Learning Booster - Training Program for Early Childhood & Primary Teachers

Online Interactive Teacher Training Program to help you offer Future-Oriented Early Childhood and Early Primary Education based on Active Experiential Holistic Learning!

Subscribe to our newsletter

Enter your email address and join the ranks of subscribers to get our latest updates direct to your inbox.

error: Content is protected