KKM Lancar Kempen Menegur Perokok Yang Merokok Di Tempat Larangan

more on the topic

Kuala Lumpur, Jan 7 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) baru-baru ini telah melancarkan kempen “Speak Out” di KL Sentral, selaras penguatkuasaan penuh larangan merokok. Kempen ini dilaksanakan bertujuan untuk menggalakkan org ramai khususnya bukan perokok untuk menegur perokok yg merokok di tempat larangan.

Tujuan utama perlaksanaan kempen ini adalah untuk menggalakkan orang ramai untuk menyuarakan hak mereka dengan menegur perokok yang merokok di tempat awam secara berhemah.

Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menegaskan beliau bukan anti perokok.

Saya nasihatkan jika anda belum bersedia berhenti merokok, hormatilah mereka yang bukan perokok terutama kanak-kanak dan wanita hamil.”

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewartakan tempat makan di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019 dengan penguatkuasaan pendidikan selama dua belas (12) bulan dan diikuti dengan penguatkuasaan penuh bermula 1 Januari 2020.

Ini merupakan perluasan pewartaan di tempat makan di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019.

Bagi tujuan penguatkuasaan penuh bermula 1 Januari 2020, mereka yang didapati merokok di kawasan larangan termasuk di semua tempat makan akan dikenakan kompaun sebanyak RM250. Mereka yang melakukan kesalahan pertama boleh dikurangkan kompaun kepada RM150 jika pembayaran dijelaskan di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh SATU BULAN daripada tarikh izin kompaun diterima.

Bagi kesalahan kedua, tiada pengurangan kompaun diberikan dan bayaran penuh kompaun sebanyak RM250 akan dikenakan. Kompaun lebih tinggi iaitu sebanyak RM350 akan dikenakan bagi mereka yang melakukan kesalahan kali ketiga dan seterusnya.

Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.

More on this topic

Comments

Leave a Reply

Please Login to comment
avatar
  Subscribe  
Notify of

Popular Posts

Membaca Kepada Kanak-Kanak: Pentingnya Literasi Awal

Manfaat Kognitif Sains telah mengesahkan apa yang sudah kita agak dan ketahui selama ini; membaca kepada/bersama kanak-kanak mempunyai...

Choosing The Right Preschool For Your Child In Malaysia

The Right Preschool Finding the right preschool for your child can be daunting. Too many considerations to...

What Malaysia Can Learn From The World’s Best Education System

Equal Access To Education Formal education in Malaysia is divided into 5 distinct educational stages; a)...

Reading Aloud To Children: Why It’s Important

Cognitive Benefits Science has confirmed what you already knew; reading aloud to children has clear cognitive benefits. Several...

How Graphic Novels And Comics Can Help Struggling Readers

If your child thinks reading is a chore, he's more likely not going to be thrilled when asked to sit down...
error: Content is protected