Kanak-Kanak & Peranti Pintar: Kesannya Ke Atas Pembangunan Kanak-Kanak

Direka Tanpa Mengambil Kira Faktor Kanak-Kanak

Teknologi yang berpandukan internet memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Media digital ini; televisyen, internet, dan peranti pintar telah mengubah bagaimana kita berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain – dari cara kita bekerja serta cara bagaimana kita bersosial. Kanak-kanak tidak terkecuali. Suka atau tidak, media digital ini akan terus wujud dan kekal berada di sini. Dan, rata-ratanya telah direka tanpa mengambil kira faktor kanak-kanak.

Kesan teknologi terhadap kanak-kanak adalah agak kompleks. Terdapat manfaat positif serta negatif. Walaupun terdapat aspek teknologi yang beruapaya menawarkan peluang dan ruang untuk pembelajaran yang lebih bersepadu, semua jenis teknologi apa sekalipun, apabila digunakan secara berlebihan boleh mendatangkan kesan yang besar terhadap kesejahteraan mental dan emosi seseorang.

Satu kesan yang paling ketara ialah apabila kita melihat bagaimana kanak-kanak hari ini bermain dan berinteraksi antara satu sama lain. Mereka lebih suka duduk di rumah dari keluar bermain. Akibatnya, mereka kurang melakukan gerak badan seperti kita dahulu. Maka, tidak hairanlah apabila sesetengah daripada mereka tidak tahu bermain permainan tradisional seperti bermain guli, main nyorok-nyorok dan polis sentri misalnya.

Tidak Semuanya Negatif

Pengaruh media digital terhadap perkembangan psikososial kanak-kanak adalah jelas. Kanak-kanak sangat mudah dipengaruhi oleh apa yang mereka lihat dan dengar – program-program yang mereka tonton di televisyen khususnya ketika mereka sedang membesar. Tidak semua media digital ini membawa kesan yang buruk; terutamanya apabila program yang mereka tonton mampu meningkatkan mutu pembelajaran mereka. Media digital sebenarnya, jika digunakan dengan betul, boleh menjadi medium pengajar yang efektif. Kami telah menulis sebuah artikel mengesyorkan program-program kanak-kanak di Netflix yang bagus untuk ditonton. Klik pautan ini, Our Favourite TV Shows For Kids On Netflix That Teach Good Things

Sesame Street, misalnya, melalui rancangan tersebut, kanak-kanak boleh belajar erti keharmonian, semangat bekerjasama, kebaikan, aritmetik mudah serta abjad. Beberapa lagi program pendidikan di televisyen menggalakkan kanak-kanak untuk membuat lawatan ke zoo, perpustakaan, kedai buku, muzium serta melakukan aktiviti rekreasi yang berfaedah. Program-program sebegini boleh menjadi alat pengajar yang efektif. Rancangan Sesame Street berjaya meningkatkan kemahiran membaca dan pembelajaran kanak-kanak. Untuk keluarga yang kurang bernasib baik, rancangan televisyen sebegini berupaya menjadi peneman serta alat pengajar yang sangat berguna. “[4]

Masalah, Dan Apa Hasil Kaji Selidik Kata

Masalah fokus dan kelakuan di kalangan kanak-kanak prasekolah

Kajian ini telah dilakukan berdasarkan sampel berasaskan populasi 3,455 kanak-kanak di Kanada (Edmonton, Toronto, Vancouver, dan Manitoba). Kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai 2 jam waktu tatapan skrin setiap hari menunjukkan peningkatan risiko dan masalah tingkah laku pada usia 5 tahun berbanding dengan kanak-kanak yang waktu tatapan skrinnya hanya 30 minit sehari.

Kanak-kanak yang berusia 5 tahun yang mempunyai waktu tatapan skrin yang melebihi dua jam cenderung mengalami masalah klinikal serta masalah memberikan perhatian penuh.”

Mereka cenderung untuk mengalami masalah lambat bercakap

Kajian ini pula mengkaji hubungan antara penggunaan alat elektronik media mudah alih dan kelewatan pertuturan yang berlaku di kalangan kanak-kanak berusia 18 bulan. Membabitkan sampel 893 orang kanak-kanak, hasil daripada kajian tersebut telah menunjukkan hubungan yang sangat signifikan antara penggunaan alat elektronik media mudah alih dan kelewatan pertuturan bagi kanak-kanak berusia 18 bulan.

Salah satu daripada sebab mengapa hal ini boleh berlaku adalah kerana aktiviti menonton televisyen itu sendiri dipercayai berupaya mengecilkan peluang berinteraksi dan bermain antara ibu bapa dan kanak-kanak. Peluang berinteraksi dan bermain ini adalah penting untuk perkembangan bahasa dan kemahiran literasi awal kanak-kanak.”

Lebih banyak masa tatapan skrin, lebih tinggi risiko obesiti

Kanak-kanak yang menghabiskan banyak masa menonton televisyen mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi masalah obesiti. Bagaimanakah pendedahan media skrin menyebabkan obesiti pada kanak-kanak? Selera makan bertambah ketika menonton skrin, iklan-iklan makanan serta ketidakupayaan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya.

Makan sambil menonton adalah salah satu sebab ketara di mana waktu tatapan skrin yang berlebihan boleh meningkatkan selera makan. Kajian-kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak mengambil sebahagian besar daripada kalori harian mereka semasa menonton skrin. Satu lagi kajian mempamerkan bahawa satu pertiga pengambilan tenaga harian serta separuh daripada makanan kanak-kanak dimakan di depan skrin. Hal ini berlaku disebabkan oleh terlalu banyak masa diluangkan di hapadan skrin, jenis makanan dan minuman yang mengandung kalori tinggi yang dimakan semasa menonton, tidak lupa, media bertindak sebagai pencetus selera makan, memanjangkan tempoh makan, serta kanak-kanak susah berasa kenyang apabila mereka makan sambil menonton.”

Apa yang anda boleh lakukan

Ibu bapa dapat membantu mengurangkan kesan negatif media digital. Melakukan perkara-perkara berikut adalah satu permulaan yang baik.

a) Pilih program pendidikan yang sesuai dengan umur. Program yang anda fikir sesuai untuk anak anda. Utamakan program yang mempamerkan teladan yang baik.

b) Hadkan masa tatapan skrin anak anda. Masa tatapan tidak seharusnya melebihi 1 jam. Lagi kurang lagi baik. Baca garis panduan WHO masa tatapan skrin. Kami juga telah menulis artikel mengenai masa tatapan skrin, di sini.

c) Tonton program di televisyen bersama anak anda. Bincang program itu dengan anak anda semasa anda menonton.

d) Tunjukkan contoh yang baik kepada anak anda dengan mengehadkan masa tatapan skrin anda sendiri.

e) Keluar. Libatkan diri dalam aktiviti fizikal yang lain yang menyeronokkan.

f) Baca buku kepada anak anda. 15 minit setiap hari.


Rujukan

Children’s Commissioner for England. (2019). Growing up Digital | Children’s Commissioner for England. [online] Available at: https://www.childrenscommissioner.gov.uk/publication/growing-up-digital/ [Accessed 8 Nov. 2019].

Fadzil, N. M., Abdullah, M. Y., & Salleh, M. A. M. (2016). The Level Of Tolerance Sanctioning Children Using Gadgets By Parents Lead To Nomophobia: Early Age Gadgets Exposure. International Journal of Arts & Sciences9(2), 615.

Wright, J. C., & Huston, A. C. (1995). Effects of educational TV viewing of lower income preschoolers on academic skills, school readiness, and school adjustment one to three years later: A report to Children’s Television Workshop. University of Kansas, Center for Research on the Influences of Television on Children.

Impact of media use on children and youth. (2003). Paediatrics & Child Health8(5), 301-306. doi:10.1093/pch/8.5.301

Tamana, S. K., Ezeugwu, V., Chikuma, J., Lefebvre, D. L., Azad, M. B., Moraes, T. J., … & Dick, B. D. (2019). Screen-time is associated with inattention problems in preschoolers: Results from the CHILD birth cohort study. PloS one14(4), e0213995.

van den Heuvel, M., Ma, J., Borkhoff, C. M., Koroshegyi, C., Dai, D. W., Parkin, P. C., … & Birken, C. S. (2019). Mobile Media Device Use is Associated with Expressive Language Delay in 18-Month-Old Children. Journal of Developmental and Behavioral Pediatrics40(2), 99.

Children and Screens. (2019). Obesity | Children and Screens. [online] Available at: https://www.childrenandscreens.com/findings/obesity/#note1 [Accessed 8 Nov. 2019].

Robinson, T. N., Banda, J. A., Hale, L., Lu, A. S., Fleming-Milici, F., Calvert, S. L., & Wartella, E. (2017). Screen media exposure and obesity in children and adolescents. Pediatrics140(Supplement 2), S97-S101.


Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, the co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.

HOME EDUCATION ACCELERATOR ™ Training Program for Parents and Carers

Would you like to fully support your children to learn to their Full Potential and help them develop Future-Oriented Life Skills?

Subscribe To Our Newsletter

To be updated with all the latest news, offers & special announcements.

error: Content is protected