Home Bahasa Melayu Spotlight: Tadika Montessori Daffodils [BM]

Spotlight: Tadika Montessori Daffodils [BM]

0
Spotlight: Tadika Montessori Daffodils [BM]

Mengekalkan Tradisi Montessori

Ditubuhkan pada tahun 2003, Tadika Montessori Daffodils adalah sebuah prasekolah yang menawarkan pendidikan Montessori tulen dan progresif untuk kanak-kanak berusia 2 – 6 tahun. Terletak di sebuah kawasan kejiranan di Bandar Sri Damansara, Tadika Montessori Daffodils adalah sebuah institut pendidikan awal yang berlesen sepenuhnya di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bersandarkan kepada gagasan sains dan falsafah yang telah dibangunkan oleh Dr Maria Montessori hampir satu abad yang lalu, Madam Muni, selaku pengasas Daffodils, adalah juga merupakan seorang guru Montessori yang berkelayakan, berhasrat untuk membawa manfaat dan kelebihan pendidikan Montessori ini; asas tunjang kepada pendidikan awal kanak-kanak, kepada keluarga-keluarga yang tinggal di Bandar Sri Damansara dan sekitarnya.

Belajar Dengan Kadar Selesa Mengikut Terma Mereka Sendiri

Madam Muni, yang kini sedang berkhidmat sebagai seorang mentor sambilan untuk guru-guru pendidikan awal kanak-kanak dan Montessori di kolej SEGI sejak 16 tahun lalu, percaya bahawa setiap kanak-kanak adalah unik dan istimewa; berpendapat bahawa adalah lebih baik jika kanak-kanak diberikan ruang untuk bergelak ketawa, berasa seronok serta selesa di dalam fasa kritikal ini. Dan pendidikan Montessori telah dibangunkan untuk tujuan tersebut—menyediakan ruang dan peluang tersebut untuk mereka. Montessori membenarkan mereka meneroka dan belajar mengikut kadar selesa mengikut terma mereka sendiri.

Presekolah ini terkenal di Bandar Sri Damansara sebagai sebuah prasekolah yang “benar-benar” menggunakan pendidikan Montessori, dan kami berjaya mengasuh dan mendidik ramai kanak-kanak untuk mahir dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira. Kanak-kanak yang pernah belajar di Daffodils rata-ratanya cemerlang di Sekolah rendah, sama ada dalam mahupun luar negara sejak 17 tahun yang laluMadam Muni

Program-Program Pendidikan

Melalui pendekatan pendidikan awal yang berpusatkan kanak-kanak, Daffodils menawarkan 6 bidang pembelajaran utama. Salah satu manfaat terbesar pendidikan Montessori dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah fokus yang diberikan kepada pembelajaran secara langsung.

Mengekalkan tradisi Montessori dengan menyediakan perkhidmatan pembangunan terkini serta komprehensif melalui pendidikan Montessori. Pembelajaran dan pengajaran disokong sepenuhnya oleh peralatan mengajar Montessori yang tulen, diajar oleh barisan pendidik yang berkelayakan; komited dalam pendidikan awal kanak-kanakMadam Muni

Barisan pendidik di Daffodils terdiri daripada mereka yang terlatih dalam bidang Penjagaan & Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Guru, amnya, berfungsi sebagai panduan, membantu melancarkan sesi pembelajaran di dalam bilik darjah. Kanak-kanak pula belajar melalui pengalaman bermain yang secara serentaknya menggalakkan pembelajaran yang berasaskan pertanyaan, penemuan, pengalaman serta latihan fizikal.

Program pembelajaran telah dibangunkan mengikut garis panduan yang telah disediakan oleh Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Malaysia. Program-program pembelajaran berikut ditawarkan di Daffodils:

Kemahiran Hidup: Program ini berupaya membantu kanak-kanak prasekolah belajar untuk merancang, memberi tumpuan, menyelaras, dan menghayati erti kebebasan. Program ini juga merupakan asas kepada semua aktiviti-aktiviti lain dalam kelas Montessori.

Seni & Kraf: Program ini membantu meningkatkan kesejahteraan mental dan sosial kanak-kanak, di samping memupuk pembangunan aspek-aspek penting yang lain, seperti kemahiran motor halus, ekspresi diri dan kemahiran membuat keputusan.

Matematik: Kanak-kanak belajar asas nombor, sistem perpuluhan, mengira, jadual aritmetik, nombor keseluruhan, pecahan dan nombor positif.

Pendidikan STEM berorientasikan Robotik; diperkenalkan sebagai sebahagian daripada kurikulum utama. Tadika Daffodils telah dianugerahkan sebuah trofi oleh Menteri Pendidikan atas usaha mereka dalam menggalakkan usaha ini.

Perangsangan Deria: Kanak-kanak belajar melalui peralatan pembelajaran Montessori yang telah direka khusus untuk memupuk perangsangan deria. Program ini membantu menajamkan lagi deria penglihatan, pendengaran, deria rasa serta deria hidu.

Bahasa: Pendekatan ransangan pelbagai deria melibatkan aktiviti membaca dan menulis. Melalui program ini, kanak-kanak akan diperkenalkan kepada bunyi-bunyi dalam huruf untuk membina perkataan, membaca sesuatu ayat dan karangan.

Budaya: Budaya dan Pembelajaran merujuk kepada kajian bersepadu yang melibatkan pembelajaran subjek-subjek pendidikan berkaitan yang lain seperti Sejarah, Biologi, Geografi, dan Sains Fizikal dan Seni.

Subjek & Aktiviti Tambahan

Mandarin

Bahasa Malaysia

Pertuturan & Drama

Pidato Umum

Robotik

Masak-Memasak

Pendidikan Jasmani

Permainan Pasir dan Air

Persekitaran Pembelajaran Yang Selesa Serta Memupuk

Tadika Montessori Daffodils bertempat di bahagian sudut rumah teres di sebuah kawasan kejiranan di Jalan Kiara, Bandar Sri Damansara. Bilik darjah diterangi cahaya secukupnya, dilengkapi pula dengan bahan pembelajaran yang sesuai mengikut usia. Sebarang bahan pembelajaran dalam sesebuah bilik darjah telah disusun dengan mengambil kira faktor jangkauan kanak-kanak. Perabot-perabot bersaiz kecil digunakan supaya kanak-kanak boleh duduk dan belajar dengan lebih selesa.

Daffodils sangat mengambil berat faktor keselamatan kanak-kanak di situ. Pintu masuk utama sentiasa dikunci. Individu yang datang melawat tidak dibenarkan masuk tanpa diiringi oleh kakitangan di Daffodils. Tidak lupa, Daffodils juga mempunyai halaman depan yang luas, berumput dan berpagar, dan halaman ini dipenuhi dengan pelbagai struktur bermain.

Kanak-kanak boleh memanjat, berlari, dan meluncur—mereka bebas bermain, berlari dan melompat di halaman depan sekolah mereka. Bermain di luar mempunyai manfaat yang baik untuk kanak-kanak. Manfaat ini bukan sahaja berkisar kepada kesejahteraan fizikal mereka sahaja, bermain di luar juga berupaya membantu meningkatkan perkembangan kognitif serta sosialisasi kanak-kanak.

Menyedari hakikat ini, Madam Muni sentiasa berusaha memastikan agar kanak-kanak di Daffodils diberi ruang dan peluang secukupnya untuk mereka menghabiskan sejumlah besar masa belajar mereka di luar bilik darjah. Setelah lebih dari satu dekad berkhidmat, Daffodils telah melahirkan ramai alumni yang berjaya dan Madam Muni berhasrat untuk terus melahirkan ramai lagi alumni yang berjaya untuk masa hadapan.

Ibu bapa yang telah menghantar anak-anak mereka di Daffodils rata-ratanya berpuas hati dengan mutu pembelajaran dan pengajaran di tadika tersebut. Berikut adalah beberapa kata-kata pujian yang telah mereka tulis di laman Facebook Tadika Montessori Daffodils.

Teachers are very patient and nice. Clean and cozy environment for kids.My girl loves to go to school and did improve a lot in many ways. Thanks to all the teachers 💕

Posted by Elyn Yvaine Lay on Saturday, 23 November 2019

Daffodils is wonderful. My little girl really have fun and she loves to go there. The trust on the teachers builds up…

Posted by Thiviya Difya on Wednesday, 20 November 2019

Before my daughter started school at the age of 2 half years old, she was not keen with sharing with friends/cousins….

Posted by Imanoos Deviola on Wednesday, 27 November 2019

Tadika Montessori Daffodils profile at Listing at emakayah.com

Leave a Reply

Please Login to comment
avatar
  Subscribe  
Notify of
error: Content is protected