Bagaimana Anda Boleh Bantu Meningkatkan Harga Diri Anak Anda

Adakah Harga Diri Penting?

Harga diri boleh digambarkan sebagai penilaian yang dibuat oleh seseorang individu mengenai sesuatu yang berkaitan dengan dirinya. Dalam erti kata lain, ia boleh dianggap sebagai skala yang menilai sejauh mana anda menghargai dan menyukai diri anda.

Adakah harga diri penting? Penting. Harga diri memainkan peranan yang penting dalam menentukan bagaimana anda melihat diri anda. Bagaimana anda menilai diri anda menentukan betapa bermotivasinya anda untuk berjaya dalam sebarang perkara yang anda lakukan, sama ada di sekolah atau kerja, mahupun kehidupan.

Jadi, apabila seseorang kanak-kanak itu mempunyai penilaian positif tentang diri mereka, dia akan berasa lebih disayangi; dan dengan gembiranya, dia akan membesar menjadi seorang dewasa yang produktif dan bahagia.

Agak mustahil untuk kita sentiasa menghalang anak kita daripada menilai diri mereka—membandingkan diri mereka dengan rakan-rakan sebaya mereka yang lain dalam satu ketika dalam kehidupan mereka.

Walaubagaimanapun, terdapat cara bagaimana kita sebagai ibu bapa boleh memberi sokongan. Untuk membantu membina imej positif tentang diri mereka, anda boleh pertimbangkan panduan ringkas di bawah tentang apa yang anda boleh lakukan, dan apa yang dilarang.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan

a) Beri Peluang Mereka Buat Keputusan Sendiri

Apabila kita membenarkan mereka membuat pilihan, kita beri mereka kuasa. Sebagai contoh, biarkan mereka pilih menu makanan. Sama ada makan malam ataupun sarapan pagi. Membolehkan mereka membuat pilihan sebegini membantu menyediakan mereka menghadapi pilihan yang lebih sukar yang akan dihadapi mereka pada masa yang akan datang seiring dengan perkembangannya.

b) Biar Mereka Tahu Tiada Siapa Yang Sempurna

Biar mereka tahu bahawa tiada siapa yang sempurna. Termasuklah diri anda sendiri sebagai ibu dan bapa. Biar mereka tahu yang anda tidak mengharapkan mereka menjadi sempurna. Cara anda bertindak balas terhadap kesilapan anak-anak anda juga menentukan bagaimana anak anda akan melihat dan menilai diri mereka kelak.

c) Beri Tugas Mudah Mengikut Usia Mereka

Beri mereka beberapa tugas mudah seperti mengemas meja, tutup tingkap, basuh dan lipat baju, mencuci pinggan atau mencuci kereta. Tugas-tugas ini berupaya membantu meningkatkan tahap keyakinan diri mereka. Mereka akan berasa lebih kompeten dan diperlukan.

d) Luang Masa Bersama Dengan Anak Anda

Luang masa bersama dengan anak anda. Guna peluang ini untuk membincangkan apa yang mereka rasa dan apa yang ada di fikiran mereka. Masa bersama ini berupaya mengeratkan lagi hubungan anda dan anak anda.

Apa Yang Dilarang

a) Jangan Beri Pujian Yang Tidak Ikhlas

Ikhlas bila beri pujian. Anak-anak boleh tahu jika pujian itu tidak benar mahupun tidak jujur. Bagi pujian yang spesifik. Sebagai contoh, jika anda ingin memuji lukisan anak anda, pastikan pujian itu berkisar tentang lukisan tersebut.

b) Jangan Banding-Bandingkan Anak Anda

Jangan sesekali membandingkan-bandingkan anak-anak anda. Setiap anak-anak adalah unik. Anak A mungkin lemah matematik tetapi dia hebat dalam seni. Anak B mungkin lemah dalam seni tetapi dia hebat dalam matematik. Hargai keperibadian dan keunikan mereka. Beri galakan untuk mereka terus berusaha melakukan yang terbaik dalam apa sahaja yang mereka lakukan.

c) Jangan Buat Semua Untuk Anak Anda

Cepat siap jika saya buat semuanya sendiri, anda fikir. Bersabarlah. Beri peluang anak anda menyelesaikan sesuatu dengan usahanya sendiri. Membenarkan mereka menyelesaikan sesuatu dan membuat keputusan mereka sendiri membantu mereka mempelajari kemahiran baru. Dan, semakin banyak cabaran baru, semakin banyak dia belajar dan semakin yakin dan kompeten dia akan rasa.


Rujukan

Finello, K., & Finello, K. (n.d.). Dos and don’ts for raising a confident kid. Retrieved from https://www.parents.com/toddlers-preschoolers/development/social/boost-your-childs-self-esteem/

Lyness, D. A. (Ed.). (2018, July). Your Child’s Self-Esteem (for Parents) – Nemours KidsHealth. Retrieved from https://kidshealth.org/en/parents/self-esteem.html

Myers, R. C. (2019, June 25). 11 tips on building self-esteem in children. Retrieved from https://www.todaysparent.com/family/parenting/how-to-build-your-childs-self-esteem/

Building Your Childs Self-Esteem: Childrens Hospital. (n.d.). Retrieved from https://www.chp.edu/for-parents/health-tools/parent-resources/parenting-tips/building-your-childs-self-esteem

Leave a Reply

Please Login to comment
avatar
  Subscribe  
Notify of
Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, the co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.

Related Posts

Subscribe To Our Newsletter

To be updated with all the latest news, offers & special announcements.

error: Content is protected