Bercakap Tentang Coronavirus Dengan Anak Anda Mengikut Panduan CDC

WHO secara rasminya telah mengisytiharkan wabak penyakit Coronavirus: COVID-19 sebagai pandemik

Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Geneva berkata semalam (11 Mac 2020) bahawa penularan Coronavirus (COVID-19) kini secara rasminya adalah wabak pandemik.

WHO telah menilai dengan teliti wabak ini, dan berdasarkan rasa ketidakpastian yang dirasai oleh ramai pihak, kami berasa amat risau akan tahap penularan dan keseriusan wabak ini. Oleh itu, kami telah membuat keputusan untuk mencirikan COVID-19 sebagai wabak pandemik. Pandemik bukanlah satu perkataan yang boleh digunakan sewenang-wenangnya. Pandemik adalah satu perkataan yang, jika disalahgunakan, boleh menimbulkan perasaan takut yang tidak munasabah, atau penerimaan hakikat yang tidak wajar. Walaupun telah wabak ini telah dicirikan sebagai wabak pandemik, itu tidak bermaksud ia akan mengubah penilaian yang telah dibuat oleh WHO tentang ancaman yang telah dan akan ditimbulkan oleh virus ini. Ia tidak mengubah apa yang WHO sedang lakukan untuk membanteras wabak ini, dan ia juga tidak mengubah apa negara-negara lain patut buat. Tidak pernah kita melihat pandemik yang telah dicetuskan oleh coronavirus. Ini adalah pandemik pertama yang datang dari coronavirus. Dan, dalam masa yang sama, kita tidak pernah melihat pandemik yang boleh dikawal – Ketua Pengarah WHO, di taklimat media COVID-19.

Di mana-mana sahaja. Semua orang bercakap mengenainya

Anak-anak anda sering mendengar berita mengenai coronavirus (COVID-19)? Tidak perlu menyalahkan mereka. Berita coronavirus COVID-19 kini berkumandang di mana-mana sahaja. Dan kanak-kanak cenderung untuk berasa terlalu bimbang apabila mereka tidak tahu tentang sesuatu perkara yang mereka bimbangkan. Apa yang boleh kita lakukan? Selain memastikan bahawa mereka mendengar/membaca maklumat yang betul, kita juga perlu memastikan bahawa mereka mendapat maklumat tersebut daripada kita.

Berikut adalah garis panduan yang telah dikeluarkan oleh CDC. Panduan ini telah dikeluarkan bertujuan untuk membantu ibu bapa berbincang mengenai COVID-19 bersama anak mereka. Panduan ini juga turut menerangkan bagaimana kita boleh elak dari dijangkiti dan menyebarkan wabak tersebut.

Prinsip-prinsip umum yang perlu diambil kira

Bertenang dan yakin pada diri.

  • Reaksi kanak-kanak bergantung kepada apa yang anda sampaikan dan bagaimana anda menyampaikannya. Mereka akan mengambil isyarat dari perbualan anda sama ada apabila berbual dengan mereka ataupun apabila anda berbual dengan orang lain.

Pastikan anda sedia untuk mendengar dan berbual.

  • Cari masa untuk berbual. Pastikan anak anda tahu yang mereka boleh berbual dengan anda jika mereka mempunyai sebarang soalan.

Elakkan penggunaan bahasa yang boleh mencetuskan stigma.

  • Wabak ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Tidak kira bangsa mahupun etnik mereka. Elakkan daripada membuat anggapan bahawa seseorang itu cenderung untuk menghidapi wabak COVID-19 kerana 2 faktor tersebut.

Perhatikan apa yang mereka lihat atau dengar di televisyen, radio, atau di internet.

  • Kurangkan jumlah waktu tatapan skrin yang menceritakan tentang COVID-19. Melihat dan mendengar terlalu banyak maklumat mengenainya boleh menyebabkan kebimbangan yang berlebihan.

Beri maklumat yang jujur ​​dan tepat.

  • Beri maklumat yang benar dan sesuai mengikut peringkat umur dan perkembangan kanak-kanak.
  • Beritahu mereka terdapat juga cerita dan berita mengenai COVID-19 di internet dan media sosial yang mungkin berdasarkan khabar angin dan maklumat yang tidak tepat.

Ajar mereka aktiviti-aktiviti harian yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko penyebaran kuman.

  • Ingatkan mereka untuk menjauhkan diri dari orang yang batuk atau bersin atau sakit.
  • Ingatkan mereka untuk guna tisu/tutup dengan siku apabila batuk atau bersin, kemudian buang tisu tersebut ke dalam tong sampah.
  • Bincangkan sebarang tindakan yang boleh diambil di sekolah mereka untuk membantu melindungi kanak-kanak lain dan kakitangan sekolah. (cth., kerap basuh tangan, pembatalan acara atau aktiviti)
  • Ajar mereka untuk sentiasa membasuh tangan. Jadikan ia sebagai kebiasaan.
    • Ajar mereka bagaimana untuk mencuci tangan dengan sabun dan air selama sekurang-kurangnya 20 saat, terutamanya selepas menghembus hingus, batuk, atau bersin; pergi ke bilik mandi; dan sebelum makan atau menyediakan makanan.
    • Jika sabun dan air tidak tersedia, ajar mereka untuk menggunakan sanitizer. Pembersih tangan ini hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 60% alkohol. Pantau bagaimana mereka menggunakan sanitizer; pastikan mereka tahu kandungan sanitizer ini tidak boleh ditelan.

Bawa bertenang. Sentiasa ambil tahu. Ketahui lebih lanjut mengenai coronavirus (COVID-19) DI SINI. Dalam berita lain, Yayasan Bill & Melinda Gates, bersama-sama dengan Wellcome dan Mastercard sedang bekerjasama untuk melancarkan inisiatif baru, The COVID-19 Therapeutics Accelerator. Baca lebih lanjut mengenainya DI SINI.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.

Home Education Accelerator - Training Program for Parents & Carers

Learn how to offer Future-Oriented Personalised Holistic Home Learning! You can easily support your children's learning at home - without any planning or disruptions to your everyday family life!

Active Learning Booster - Training Program for Early Childhood & Primary Teachers

Online Interactive Teacher Training Program to help you offer Future-Oriented Early Childhood and Early Primary Education based on Active Experiential Holistic Learning!

Subscribe to our newsletter

Enter your email address and join the ranks of subscribers to get our latest updates direct to your inbox.

error: Content is protected