5 Pusat Penjagaan Kesihatan Terbaik Di Selangor

Penyedia penjagaan kesihatan memainkan peranan penting dalam menyokong kesihatan dan kesejahteraan komuniti. Selain menyediakan perkhidmatan yang menggalakkan kesihatan, mencegah serta menguruskan penyakit, penyedia penjagaan kesihatan juga berusaha untuk meningkatkan akses dan penjagaan kesihatan yang berkualiti untuk penduduk setempat. Berikut adalah 5 penyedia penjagaan kesihatan terbaik yang boleh anda temui di Selangor.

KPJ Damansara Specialist Hospital

KPJ Damansara Specialist Hospital terletak di lokasi elit di Kuala Lumpur yang sering menjadi pusat ekspatriat dan pemuda eksekutif. Hospital Pakar KPJ Damansara adalah sebahagian daripada KPJ Healthcare Group, salah satu daripada penyedia penjagaan kesihatan swasta terkemuka di rantau ini yang mempunyai pengalaman lebih daripada 29 tahun dalam industri penjagaan kesihatan. Pesakit-pesakit tempatan dan antarabangsa gemar ke hospital ini kerana perkhidmatannya yang anggap berkualiti setaraf dunia dalam bidang Kardiologi, Pembedahan Bariatric, Onkologi, Pemupukan In Vitro (IVF), Ortopedik, Pediatrik & Neonatologi, dan Pemeriksaan Kesihatan.

Sunway Specialist Centre Damansara

Sunway Specialist Centre Damansara (SSCD) memberi tumpuan kepada penyampaian konsultasi pakar pesakit luar dan perkhidmatan pembedahan hari. SSCD adalah anak syarikat Pusat Perubatan Sunway (SunMed), salah satu penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar di Malaysia. Setiap Pusat Perubatan dibawah naungan Sunway dilengkapi dengan kemudahan dan kelengkapan moden, disokong oleh satu pasukan profesional penjagaan kesihatan yang berpengalaman termasuk perunding perubatan, kakitangan kesihatan bersekutu dan jururawat berdedikasi.

The Tun Hussein Onn National Eye Hospital

The Tun Hussein Onn National Eye Hospital (THONEH) telah ditubuhkan pada tahun 1986 oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga yang juga Pengerusi Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) (1975 – 1990). Selama lebih dari 30 tahun, Tun Hussein Onn National Eye Hospital telah membina reputasi sebagai pusat kecemerlangan yang menyediakan penjagaan kesihatan mata khusus yang berkualiti dalam pelbagai kepakaran dan menmpunyai sub kepakaran yang komprehensif dengan menggunakan teknologi terkini bagi menawarkan rawatan perubatan yang termaju dalam bidangnya.

Avisena Specialist Hospital

Avisena Specialist Hospital terletak hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, di pusat bandar Selangor dengan jarak memandu 35 minit ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC). Hospital ini dilancarkan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan disambut oleh Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. Turut hadir pada pelancaran itu ialah YAB Tuan Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor. Avisena Specialist Hospital adalah sebuah kumpulan penjagaan kesihatan yang berkembang pesat di Shah Alam yang menawarkan spektrum penjagaan primer, perkhidmatan pakar dan program kesihatan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan masyarakat, pelanggan tempatan dan antarabangsa.

Columbia Asia Hospital Bukit Rimau

Columbia Asia Hospital Bukit Rimau adalah sebuah hospital pelbagai bidang pengkhusus yang terletak di Shah Alam yang juga berhampiran dengan komuniti-komuniti di Subang Jaya, Klang dan kawasan sekitarnya. Hospital Columbia Asia mempunyai kakitangan dan jururawat yang berkemahiran tinggi dan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang terkini. Hospital ini juga meliputi pelbagai bidang perubatan seperti Kardiologi, Ortopedik, Rheumatologi, Perubatan Kecederaan Sukan, Pediatrik, Pembedahan Am, Radiologi dan Urologi.

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

Leave a Reply

Please Login to comment
avatar
  Subscribe  
Notify of
Editorial
Editorial
Our editorial team is committed to producing the highest quality content. Our published articles are written based on evidence-based information; taken from the leading, credible sources parents can rely on.

Related Posts

Subscribe To Our Newsletter

To be updated with all the latest news, offers & special announcements.

error: Content is protected