Pendidikan Muzik: Usia Terbaik Untuk Mula Belajar Muzik

Banyak manfaat belajar muzik

Pendidikan muzik awal adalah penting. Belajar bermain alat muzik akan menjadi salah satu kemahiran yang paling bermanfaat yang anak anda boleh belajar. Ibu bapa yang mendedahkan anak-anak mereka kepada pendidikan muzik secara tidak langsung mereka sebenarnya sedang memperkayakan kehidupan anak-anak mereka.

Kami telah menulis sebuah artikel yang mempamerkan manfaat pendidikan muzik awal. Anda boleh membaca artikel tersebut di sini, Pendidikan Muzik: Mengapa Kanak-kanak Perlu Belajar Muzik. Apa usia terbaik untuk mula belajar muzik? Memetik kata-kata Dr Robert A. Cutietta, seorang Dekan Universiti Southern California Thornton School of Music, juga merupakan seorang pengarang kepada buku Raising Musical Kids;

Soalan yang penting yang harus ditanya adalah bukannya bila boleh belajar muzik tetapi apakah matlamat utama untuk kanak-kanak ini belajar muzik? Misalnya, kanak-kanak yang sangat kecil tidak perlu sangat untuk terdedah kepada bagaiman untuk sesuatu instrumen muzik, tetapi untuk mendapatkan pengalaman dan belajar untuk membangunkan hubungan yang bermakna dengan muzik. Jika ini adalah matlamat anda, maka “pelajaran” muzik boleh dan harus bermula segera, selepas anak ini lahir dan pastinya dalam tahun pertama kanak-kanak.

Persekitaran muzik untuk kanak-kanak

Sebelum kanak-kanak mencapai umur 3 tahun, ibu bapa boleh menyediakan persekitaran yang mesra muzik untuk kanak-kanak. Anda boleh melakukan ini dengan melibatkan diri dalam aktiviti pergerakan mudah seperti permainan muzik, menari sambil memegang bayi, atau menyanyi atau bermain alat muzik untuk kanak-kanak.

Sebagai alternatif, anda boleh pergi ke kelas. Kelas-kelas ini biasanya 30 – 40 minit, dan memerlukan penyertaan aktif dari pihak ibu bapa. Apabila kanak-kanak mencapai usia 4 atau 5 tahun, anda boleh mula memikirkan pelajaran muzik yang lebih formal. Diambil dari Muzika, di bawah ini adalah panduan usia demi usia bila seseorang itu boleh mula belajar alat muzik, khususnya dari umur 4 ke atas.

Piano4 – 5
Guitar7 – 9
Drums7 and up
Voice12 and up
Saxophone7 – 8
Flute7 – 8
Clarinet7 – 8
Violin4 – 5
Viola6 – 7
Cello7 – 9
Trumpet8 – 10
Trombone8 – 10
Bass Guitar9 – 10

Rujukan

When to Start Music Lessons. (n.d.). Retrieved March 25, 2020, from https://www.childrensmusicworkshop.com/resources/articles/whentostart/

Codrops. (2017, April 26). Post navigation. Retrieved March 25, 2020, from https://www.themusicstudio.ca/blog/2017/04/what-is-the-best-age-to-start-music-lessons/

Marie, A. (2016, May 27). The Best Age to Start Music Lessons – Musika Music Education Blog. Retrieved March 25, 2020, from https://www.musikalessons.com/blog/2013/05/the-best-age-to-start-music-lessons/

What’s the Right Age to Begin Music Lessons? (2020, March 24). Retrieved March 25, 2020, from https://www.pbs.org/parents/thrive/whats-the-right-age-to-begin-music-lessons

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, the co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.

Subscribe To Our Newsletter

To be updated with all the latest news, offers & special announcements.

error: Content is protected