Pendidikan Muzik: Memilih Alat Muzik Yang Sesuai Untuk Anak Anda

Alat muzik terbaik untuk anak anda

Boleh baca artikel kami sebelum ini yang berjudul Muzik Pendidikan: Mengapa Kanak-kanak Perlu Belajar Muzik. Artikel yang berikutnya adalah berkisar kepada panduan usia demi usia bila anak anda boleh mula belajar muzik dan alat muzik; Usia Terbaik Untuk Belajar Muzik.

Memilih alat muzik untuk anak anda adalah satu titik permulaan perjalanan muzik anak anda. Ramai ibu bapa di luar sana yang mungkin tidak pasti bagaimana untuk memilih alat muzik untuk anak mereka. Melalui artikel ini, kami telah kongsikan beberapa panduan ringkas dalam memilih alat muzik terbaik untuk anak anda. Berikut adalah beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan.

Umur

Rata-rata alat muzik kini sudah tersedia dalam pelbagai saiz. Ada alat muzik yang bersaiz kecil yang sesuai untuk kanak-kanak seawal 4 tahun. Mereka boleh mula belajar dan bergerak ke alat muzik yang bersaiz standard apabila mereka sudah mempunyai kekuatan yang diperlukan untuk memegang dan bermain alat muzik tersebut. Alat muzik pelbagai saiz ini terdiri daripada Violin, Viola, Cello dan Double Bass.

Kekuatan fizikal

Faktor penting lain yang perlu dipertimbangkan ialah adakah anak anda mempunyai kekuatan untuk memegang serta mengangkat alat muzik tersebut? Alat muzik seperti Tuba dan Cello, misalnya, agak besar dan berat.

Saiz tangan

Jika anak anda mempunyai saiz tangan yang besar dan jari yang panjang, akan lebih mudah untuk dia belajar bermain piano. Ramai pakar bersetuju bahawa piano adalah alat muzik pertama yang terbaik untuk kanak-kanak. Piano berupaya meyediakan asas-asas muzik yang jitu. Memetik artikel dari Majalah Pianist;

Pada tahun 2013, Beijing Normal University telah menerbitkan hasil kajian yang mendedahkan bahawa individu yang telah mula belajar piano sebelum berumur tujuh tahun akan memperolehi manfaat kemahiran kognitif sehingga mereka menjadi dewasa. Manfaat ini bersifat kekal walaupun mereka tidak lagi belajar piano di tahun-tahun kemudian ketika zaman remaja mereka.”

Keperibadian

Sekiranya seorang kanak-kanak itu sangat berminat untuk bermain sesebuah alat muzik, itu adalah petunjuk yang baik yang menunjukkan yang mereka benar-benar mahu belajar bermain muzik. Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Atarah Ben-Tovim dan Douglas Boyd, alat-alat muzik berikut sesuai dengan keperibadian tertentu:

  1. Concert Flute: Sesuai kanak-kanak yang agak malu yang suka menikmati masa ketika mereka bersendirian
  2. Clarinet: Sesuai untuk kanak-kanak yang suka bergaul dengan kanak-kanak yang mempunyai beberapa hobi atau minat yang berbeza.
  3. Saxophone: Sangat sesuai untuk kanak-kanak yang bersifat kasual serta susah untuk memberi perhatian.
  4. Oboe: Ideal untuk kanak-kanak introvert, degil yang cenderung mempunyai hanya satu hingga dua orang kawan rapat.
  5. Bassoon: Sesuai untuk kanak-kanak yang responsif, kelakar dan tenang.
  6. Trumpet & Cornet: Sesuai bagi kanak-kanak yang suka bergaul, bertenaga, agresif, dominan dan bercita-cita tinggi.
  7. Violin: Untuk kanak-kanak yang pendiam, tidak suka bersendirian mahupun bergaul dengan ramai orang.
  8. Piano: Sesuai untuk kanak-kanak yang senyap, bijak dan teliti (dari usia lapan). Kanak-kanak yang suka bersosial mungkin akan mendapati agak susah untuk mempelajari alat muzk ini, kerana dia perlu belajar bertahun-tahun untuk mahir dan main di hadapan khalayak ramai.
  9. Percussion: Untuk kanak-kanak yang gementar, sering marah, hiperaktif, dan gelisah. Alat muzik bergini berupaya menawarkan kepuasan.

Rujukan

Coetser, M. (2020, February 25). Choosing the Right Music Instrument for Your Child’s Personality. Retrieved March 27, 2020, from https://wehavekids.com/youth-programs/A-music-instrument-suits-a-specific-personality-dont-choose-the-wrong-music-instrument-for-your-child

What is the best age to start learning the piano? (2019, February 28). Retrieved March 27, 2020, from https://www.pianistmagazine.com/blogs/what-is-the-best-age-to-start-learning-the-piano/

How do I choose the right instrument for my child? (2015, December 23). Retrieved March 27, 2020, from https://www.joytunes.com/blog/learn-to-play/how-do-i-choose-the-right-instrument-for-my-child/

Supernanny. (2017, May 17). How to Choose an Instrument for Your Child. Retrieved March 27, 2020, from https://www.supernanny.co.uk/Advice/-/Travel-Play-and-Lifestyle/-/Gear-and-products/How-to-Choose-an-Instrument-for-Your-Child-.aspx

Jun, E. (2017, August 23). How do I choose the right musical instrument for my child? Retrieved March 27, 2020, from https://www.libertyparkmusic.com/choose-right-instrument-child/

Choosing an Instrument? (n.d.). Retrieved March 27, 2020, from https://musicaustralia.org.au/discover/parental-engagement/choosing-an-instrument-for-your-child/

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, the co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.

Subscribe To Our Newsletter

To be updated with all the latest news, offers & special announcements.

error: Content is protected