Pestalozzi: Pendekatan Yang Digunakan Oleh Sekolah Yang Telah Mengajar Albert Einstein

Yang lain dalam keluarga beliau menggelarnya sebagai terkebelakang

Ibu bapa saya amat bimbang sehingga mereka pergi jumpa dan berunding dengan doktor,” jelas adik Einstein, Maja Einstein. Dia merujuk kepada betapa lambatnya Einstein belajar untuk bercakap. Sejarah telah menulis bahawa Einstein mula bercakap selepas beliau mencecah usia 2 tahun. Perkembangannya yang amat perlahan menyebabkan beliau dipanggil dengan pelbagai nama; keluarganya sendiri memanggil beliau sebagai seorang yang “sering mamai.” Yang lain dalam keluarga beliau menggelarnya sebagai “terkebelakang.”

Einstein mempunyai kesukaran berbahasa dan kami berasa amat risau yang dia tidak akan mampu belajar apa-apa kelak – adik Einstein, Maja Einstein

Albert Einstein semasa kuliah di Vienna pada tahun 1921. Foto diwarna oleh Dana Keller

Sering memperlihatkan tantrum

Ketika ada kanak-kanak lain di rumah kami, bermain di taman, Einstein lebih gemar menjauhkan diri dan meluangkan masa dia dengan hal-hal yang tidak bising serta lebih tenang. Sebagai seorang kanak-kanak, jelas adik Einstein, dia lebih suka menghabiskan sebahagian besar waktunya dengan bermain puzzles, membina struktur kompleks dengan mainannya, membina rumah-rumah kad, dan bermain dengan kapal enjin stim – sebuah mainan yang telah diberi oleh pak ciknya. Sering memperlihatkan tantrum, ketika beliau berusia 5 tahun, Einstein ambil kerusi dan lempar kerusi tersebut ke tutor yang sedang mengajarnya. Tutor tersebut melarikan diri dan tidak lagi kembali ke rumah kami selepas itu.

Pada saat-saat ketika beliau memperlihatkan tantrum, wajahnya akan berubah menjadi kuning, hujung hidungnya berwarna putih salju, dan dia tidak lagi berupaya mengawal dirinya. Ia memerlukan bunyi hentakan di kepala yang kuat untuk menjadi seorang adik kepada seorang intelektual – adik Einstein, Maja Einstein.

Persidangan Fizik Solvay Kelima, 1927. Barisan hadapan: Irving Langmuir, Max Planck, Marie Curie, Hendrik Lorentz, Albert Einstein, Paul Langevin, Charles-Eugène Guye, C.T.R Wilson, Owen Richardson. Barisan tengah: Peter Debye, Martin Knudsen, William Lawrence Bragg, Hendrik Anthony Kramers, Paul Dirac, Arthur Compton, Louis de Broglie, Max Born, Niels Bohr. Barisan belakang: Auguste Piccard, Émile Henriot, Paul Ehrenfest, Édouard Herzen, Théophile de Donder, Erwin Schrödinger, JE Verschaffelt, Wolfgang Pauli, Werner Heisenberg, Ralph Fowler, Léon Brillouin. Marie Curie, satu-satunya wanita yang hadir. Beliau juga merupakan satu-satunya di antara mereka yang telah memenangi dua Hadiah Nobel dalam dua bidang disiplin: kimia dan fizik.

Reformis pendidikan Switzerland, Johann Heinrich Pestalozzi

Pada usia 15, Einstein telah menulis esei saintifik pertamanya yang bertajuk, “On The Investigation of the State of the Ether in a Magnetic Field.” Einstein telah menulis esei ini sebagai persediaan untuk mendaftar di Politeknik Zurich. Beliau walaubagaimanapun tidak berjaya masuk. Alasan yang telah diberikan adalah kerana Einstein berusia 2 tahun lebih muda dari tahap umur kemasukan.

Ketua profesor fizik di Politeknik tersebut, Heinrich Weber telah mencadangkan Einstein menetap di Zurich dan mengaudit kelasnya. Einstein bersetuju and beliau kemudiannya mendaftar masuk ke sebuah sekolah cantonal yang terletak di kampung Aarau. Setahun Einstein di situ, pengasas kepada sekolah tersebut dalam masa yang sama sangat terpengaruh dengan falsafah seorang Reformis pendidikan Switzerland, Johann Heinrich Pestalozzi. Sekolah tersebut sangat sempurna untuk Einstein, Walter Isaacson menulis.

Kanak-kanak perlu belajar melalui aktiviti. Mereka mesti diberi kebebasan untuk mengejar minat mereka sendiri serta membuat kesimpulan mereka sendiri – Johann Heinrich Pestalozzi

Kepala, hati dan tangan

Dilahirkan di Zurich, Johann Heinrich Pestalozzi (1746 -1827) adalah pengasas kepada beberapa institusi pendidikan di Switzerland. Pestalozzi menitikberatkan aktiviti yang spontan yang dianjur sendiri. Pestalozzi sangat dipengaruhi oleh pendekatan pendidikan naturalisme Rousseau.

Johann Heinrich Pestalozzi; pendidik dan reformis; 1746-1827. “Pestalozzi dan isterinya Anna mengajar di institusi pendidikan Neuhof, yang diasaskan olehnya” (1774-1780). Ukiran kayu, berwarna, selepas lukisan, 1882, oleh Conrad Ermisch (1855-1886).

Semua pelajar diberi layanan yang sama, penekanan lebih banyak diberikan kepada pemikiran bebas berbanding dengan kepakaran, dan pelajar-pelajar ini melihat guru mereka bukan sebagai individu yang berkuasa, tetapi sebagai seorang individu yang bergerak seiring dengan mereka – adik Einstein, Maja Einstein.

Pendekatan pendidikan Pestalozzi menggalakkan pelajarnya melakukan gambaran mental. Memetik penulisan Walter Isaacson, “pemahaman visual mengenai sesuatu konsep, seperti yang telah ditekankan oleh Pestalozzi dan pengikutnya di Aarau, menjadi aspek yang sangat penting yang menjadikan Einstein seorang yang genius.”

Pemahaman secara visual adalah penting dan merupakan satu kaedah pengajaran yang berkesan untuk mengajar bagaimana untuk mengadili sesuatu dengan betul. Pembelajaran nombor dan bahasa tidak semestinya menjadi keutamaan – Johann Heinrich Pestalozzi

Einstein berasa selesa di Aarau

Pestalozzi percaya bahawa sesuatu pendidikan itu harus berupaya memberi tumpuan kepada pembangunan yang menekankan pembelajaran melalui Kepala, Hati dan Tangan. Pestalozzi beranggapan guru itu mesti memupuk pembangunan maruah dalaman dan keperibadian setiap kanak-kanak. Kanak-kanak juga harus dibenarkan untuk membuat kesimpulan mereka sendiri dengan bebas, jelas Pestalozzi.

Apabila dibandingkan dengan persekolahan enam tahun di gimnasium autoritarian Jerman, saya menyedari betapa hebatnya sistem pendidikan yang diajar berdasarkan tindakan bebas dan tanggungjawab peribadi daripada sistem pendidikan yang bergagaskan autoriti semata-mata – Albert Einstein

Einstein berasa selesa berada di Aarau. Dan beliau suka sekolah di situ. Sekolah ini langsung tidak sama dengan sekolah di Jerman yang dia benci. Memetik Walter Isaacson, “tidak hairanlah jika di sekolah tersebut Einstein telah mula terlibat dalam percubaan untuk berfikir berorientasikan gambaran yang secara tidak langsung telah menjadikan beliau sebagai seorang ahli sains yang amat disegani pada zaman itu.”

Foto meja Albert Einstein -diambil sejurus selepas Einstein meninggal dunia, Princeton, New Jersey, April 1955. Kredit: Ralph Morse / Life Pictures / Getty Images


Rujukan

Isaacson, W., & Einstein, A. (2017). Einstein: His life and universe. London: Simon & Schuster.

Clark, R. W. (2013). Einstein: The life and times. London: Bloomsbury Reader.

Johann Heinrich Pestalozzi: Pedagogy, education and social justice. (n.d.). Retrieved April 05, 2020, from https://infed.org/mobi/johann-heinrich-pestalozzi-pedagogy-education-and-social-justice/

Silber, K. (2020, February 13). Johann Heinrich Pestalozzi. Retrieved April 05, 2020, from https://www.britannica.com/biography/Johann-Heinrich-Pestalozzi

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.

Home Education Accelerator - Training Program for Parents & Carers

Learn how to offer Future-Oriented Personalised Holistic Home Learning! You can easily support your children's learning at home - without any planning or disruptions to your everyday family life!

Active Learning Booster - Training Program for Early Childhood & Primary Teachers

Online Interactive Teacher Training Program to help you offer Future-Oriented Early Childhood and Early Primary Education based on Active Experiential Holistic Learning!

Subscribe to our newsletter

Enter your email address and join the ranks of subscribers to get our latest updates direct to your inbox.

error: Content is protected