MRI Menunjukkan Pertalian Antara Membaca Bersama Anak & Aktiviti Otak

Kanak-kanak yang mempunyai pendedahan kepada aktiviti membaca di rumah mempunyai permulaan berbahasa dan kemahiran membaca yang lebih baik dan pergi ke sekolah dalam keadaan yang lebih bersedia. Ibu bapa yang mengambil masa untuk membaca kepada anak-anak mereka, bukan sahaja menggalakkan perkembangan literasi awal dan pembangunan bahasa, tetapi juga berupaya memperkuatkan hubungan antara anak dan ibu bapa.

Menurut laporan suruhanjaya membaca Becoming a Nation of Readers yang telah diterbitkan pada tahun 1985, membaca bersama/kepada anak-anak adalah satu aktiviti yang paling penting bagi membina pengetahuan yang diperlukan untuk mahir dan berjaya dalam membaca. Baca artikel penuh kami, Membaca Kepada Kanak-Kanak: Pentingnya Literasi Awal.

Kini terdapat bukti yang menunjukkan pertalian di antara aktiviti membaca bersama anak di rumah dengan pengaktifan bahagain otak yang bertanggungjawab memproses imej mental dan pemahaman naratif. Dalam penyelidikannya, Dr Hutton dan rakan-rakannya telah mengkaji 19 kanak-kanak prasekolah berusia 3-5 tahun.

Untuk melengkapkan kajian, setiap penjaga diberi borang soal selidik. Borang ini memerlukan ibu bapa menjawab beberapa soalan yang memberi penekanan terhadap aspek-aspek berikut: aktiviti membaca ibu bapa dan kanak-kanak di rumah, interaksi ibu bapa serta kanak-kanak dan pembelajaran dan pengajaran di rumah untuk memeriksa sama ada ibu bapa ada mengajar sebarang kemahiran tertentu seperti mengira dan aktiviti mengenali bentuk.

“Untuk pertama kalinya, kami berasa sangat teruja untuk mendedahkan bagaimana aktiviti membaca di rumah semasa peringkat perkembangan kritikal sebelum tadika khususnya mempunyai kesan yang bermakna serta boleh diukur dalam melihat bagaimana otak seorang kanak-kanak itu memproses cerita dan dapat membantu pembacaan mereka,” kata penulis kajian, Dr Hutton, pakar pediatrik dan penyelidik klinikal di Pusat Perubatan Hospital Kanak-kanak Cincinnati.

Kanak-kanak kemudiannya menjalani Fungsian Pengimejan Resonan Magnet (fMRI) ketika mereka mendengar cerita dalam format audio melalui fonkepala. fMRI adalah proses yang mengukur aktiviti otak dengan mengesan perubahan yang berkaitan dengan aliran darah. Tidak ada rangsangan visual yang diberikan dan mereka sepenuhnya terjaga semasa fMRI.

Hasil daripada kajian tersebut menunjukkan pertalian antara aktiviti membaca di rumah dan pengaktifan bahagian tertentu otak. Bahagian otak ini adalah terdiri daripada bahagian yang menyokong literasi awal.

Semasa mendengar cerita, kanak-kanak yang mempunyai pendedahan kepada aktiviti membaca di rumah menunjukkan pengaktifan bahagian korteks sebelah kiri yang jauh lebih tinggi, berupaya membantu memproses mental imej dan semantik. Penting untuk kemahiran lisan, bahagian ini kemudiannya disatukan ke dalam rangkaian membaca, menjadi petunjuk dan kayu ukur yang boleh meramal ketakupayaan membaca. Kajian memperlihatkan hubungan neurobiological dengan bahasa lisan yang dipupuk oleh ibu bapa di rumah dengan aktiviti membaca. Kajian ini juga memberi gambaran tentang bagaimana praktik ini dapat membentuk otak yang sedang berkembang dan menjelaskan model dan sokongan eko-bio-pembangunanHome Reading Environment and Brain Activation in Preschool Children Listening to Stories


Rujukan

Hutton, J. S., Horowitz-Kraus, T., Mendelsohn, A. L., DeWitt, T., Holland, S. K., & C-Mind Authorship Consortium. (2015). Home reading environment and brain activation in preschool children listening to stories. Pediatrics136(3), 466-478.

Hutton, J. S., Phelan, K., Horowitz-Kraus, T., Dudley, J., Altaye, M., DeWitt, T., & Holland, S. K. (2017). Shared reading quality and brain activation during story listening in preschool-age children. The Journal of pediatrics191, 204-211.

MRI shows association between reading to young children and brain activity. (2015, April 25). Retrieved from https://www.sciencedaily.com/releases/2015/04/150425215617.htm

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.

Home Education Accelerator - Training Program for Parents & Carers

Learn how to offer Future-Oriented Personalised Holistic Home Learning! You can easily support your children's learning at home - without any planning or disruptions to your everyday family life!

Active Learning Booster - Training Program for Early Childhood & Primary Teachers

Online Interactive Teacher Training Program to help you offer Future-Oriented Early Childhood and Early Primary Education based on Active Experiential Holistic Learning!

Subscribe to our newsletter

Enter your email address and join the ranks of subscribers to get our latest updates direct to your inbox.

error: Content is protected