Kekal Di Rumah, Kekal Selamat Sambil Buat Kuih Dengan OREO Ramadan Ini

Biskut sandwic ikonik muncul dengan Buku Resipi e-Raya dan Golden OREO edisi terhad menambahkan kemanisan bersama keluarga Ramadan ini.

Kuala Lumpur, April 24 – Ramadan sudah tiba dengan rata-rata umat Islam di seluruh dunia memulakan ibadah puasa dalam keadaan berjaga-jaga. OREO, biskut sandwich ikonik kini bakal meniupkan semangat baharu dalam keluarga menerusi juadah-juadah terkenal selain menyeronokkan.

Buat julung kalinya OREO muncul dengan Buku Resipi e-Raya digital percuma yang membawakan 12 resipi Hari Raya popular Malaysia, dengan sentuhan unik OREO bagi menambahkan kecerian.

“Ramadan tahun ini pastinya berbeza dengan tradisi kebiasaan terpaksa dilepaskan. Namun begitu, kami ingin keluarga terus menikmati detik manis bersama sepanjang tempoh duduk di rumah untuk kekal selamat. Menerusi resipi Raya OREO, kami mahu menginspirasikan keluarga untuk menjadi kreatif dan ceria dalam menyediakan kuih untuk musim perayaan di rumah. Juadah-juadah yang cukup mudah disediakan ini akan menambahkan aktiviti keluarga disamping melahirkan saat-saat ceria dan menyeronokkan buat semua,” kata Arpan Sur, Pengarah Bersekutu, Biskut, Mondelēz International.

Buku Resipi e-Raya OREO ini boleh didapati di https://bit.ly/2VpMJ6L dan memuatkan resipi mudah dan lazat, antaranya Kek Batik Ultimate, Puding Krim Tanpa Bakar, Cornflakes Madu dan pelbagai biskut Raya dengan OREO.

Memperlihatkan betapa mudahnya resipi-resipi tersebut, OREO telah berkerjasama dengan pakar kulinari popular termasuklah juara MasterChef Selebriti, Chef Dato’ Fazley Yaakob dan Chef Siti Mastura dari Singapura untuk mendemonstrasikan cara penyediaan sajian mudah OREO di platform media sosial mereka sepanjang bulan Ramadhan.

Rakyat Malaysia juga boleh mengikuti resipi tersebut melalui hashtag #BakeWithOREOThisHariRaya dan #CubalahResepiHariRayaOREO serta berkongsi resipi OREO mereka sendiri bagi berkongsi keseronokan memasak. Hantaran resipi terbaik dan paling unik bakal berpeluang membuat penampilan khas di samping Chef Dato’ Fazley Yaakob dalam sesi memasak LIVE di media sosial.

Dalam menambahkan lagi kemanisan Ramadhan dan Hari Raya, OREO turut memperkenalkan GOLDEN OREO edisi terhad, dengan wafer sandwic berperisa vanila dan inti krim klasik. Varian klasik yang diberi nafas baharu ini sesuai dijadikan bahan untuk menyediakan kuih raya di samping memberikan pilihan snek bukan coklat.  

GOLDEN OREO boleh didapati di semua cawangan runcit terkemuka, serta kedai-kedai serbaneka dan kedai dalam talian di Malaysia termasuklah Tesco, Jaya Grocer, dan Lazada dalam pek-pek berikut:

  • Pek tunggal 133 gram @ RM3.27
  • Pek pelbagai 265 gram @ RM5.89

OREO adalah salah satu daripada beraneka jenama di bawah Mondelēz, syarikat pengeluar snek terkemuka dunia. Menerusi misinya untuk memperkasakan orang ramai ke arah pemakanan snek yang sesuai, Mondelēz menawarkan detik-detik enak yang menggembirakan kepada para pengguna di Malaysia dengan snek yang tepat, untuk masa yang sesuai, yang diperbuat dengan cara yang sepatutnya.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, the co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.

Subscribe To Our Newsletter

To be updated with all the latest news, offers & special announcements.

error: Content is protected