5 Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Anak Anda Mula Belajar Piano

Mempelajari alat muzik adalah satu aktiviti yang menarik dan berfaedah bagi kanak-kanak. Banyak manfaatnya jika anak anda telah mula belajar main piano dari awal. Perkara biasa jika ibu bapa berasa sedikit tertekan dalam mencari dan membuat keputusan yang terbaik mengenai pendidikan muzik anak-anak mereka. Sekiranya anda tidak pernah bermain piano, mencari keputusan yang terbaik untuk pendidikan muzik anak anda akan menjadi lebih sukar sedikit. Jangan risau, berikut adalah senarai perkara yang mesti anda lakukan sebelum anak anda mula belajar piano.

1. Dengar muzik. Bernyanyi bersama-sama

Mainkan muzik di rumah anda. Mendengar muzik berupaya memperkayakan pengalaman mendengar muzik anak anda. Bernyanyi bersama-sama anak anda. Menyanyi berupaya mengembangkan kemahiran-kemahiran muzik yang boleh digunakan oleh anak anda kelak sebagai pelajar piano.

2. Beli piano serta bangku yang ketinggiannya boleh disesuaikan

Mempunyai piano di rumah menjadikan latihan piano anak anda lebih mudah dan berkesan. Anak anda tidak akan maju dalam latihan piano mereka tanpa piano di rumah untuk mereka berlatih. Dan, mempunyai tempat duduk yang boleh diubah suai ketinggiannya sangatlah membantu.

3. Tonton persembahan piano bersama-sama

Amat mudah zaman sekarang ini untuk kita mencari dan menonton persembahan piano di internet. Tonton video-video ini bersama anak anda. Lawati persembahan langsung kalau berkesempatan. Melihat seni beraksi di depan mata dapat mendorong anak-anak anda untuk menjadi lebih berminat untuk belajar piano.

4. Pastikan anak anda sudah bersedia

Kanak-kanak perlu mencapai tahap perkembangan fizikal dan mental tertentu sebelum belajar piano. Baca artikel kami Pendidikan Muzik: Usia Terbaik Untuk Mula Belajar Muzik.

5. Pusat muzik di kawasan anda

Hubungi, tanya dan lawati pusat muzik yang anda pilih untuk menghantar anak anda belajar piano. Baca ulasan serta jangan lupa untuk bertanya kepada ibu bapa yang menghantar anak mereka ke pusat muzik tersebut. Lawati dan berbincang dengan guru piano di situ. Tanya apa sahaja. Soalan-soalan yang ditanya mungkin berkisarkan kepada bagaimana struktur yuran di situ berfungsi atau berapa kelas seminggu.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, the co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.

Subscribe To Our Newsletter

To be updated with all the latest news, offers & special announcements.

error: Content is protected