SOP Pembukaan Semula Ekonomi (Ringkasan)

Pengenalan & Objektif

Mulai 4 Mei 2020, Kerajaan Malaysia akan membuka semula (restart) ekonomi negara dengan membenarkan industri dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi secara menyeluruh. Kebenaran ini tertakluk kepada persediaan dan langkah-langkah yang diambil oleh perniagaan untuk memastikan kepatuhan kepada Garis Panduan (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

SOP ini berhasrat untuk mengurangkan risiko kesihatan kepada orang awam dan di premis perniagaan, sekaligus mengelakkan perkhidmatan kesihatan negara dibebani sehingga tahap yang luar kawalan. Kegagalan untuk mematuhi SOP boleh membawa kepada tindakan undang-undang, penarikan balik kebenaran beroperasi atau apa-apa tindakan yang berkaitan.

SOP ini mengambil kira norma baharu dalam pengendalian perniagaan dan kehidupan harian. Pendekatan yang diambil kerajaan adalah pendekatan seluruh lapisan masyarakat, atau whole of society approach. Kaedah pendekatan ini adalah penting dalam memastikan pembukaan semula ekonomi negara ini dapat dilakukan dengan lancar, selamat dan berkesan.

Norma baharu ini merangkumi perkara-perkara berikut, iaitu:

  • Mengamalkan langkah-langkah kesihatan
  • Menggalakkan amalan kebersihan yang tinggi
  • Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan
  • Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan

Peringatan Penting

  1. Pembukaan semula ekonomi adalah hasil positif pematuhan PKP oleh Rakyat dan juga usaha barisan hadapan (frontliners) dalam memerangi Covid-19 yang berjaya meratakan lekuk penularan Covid-19. Namun, Kerajaan sedar kemungkinan penularan atau jangkitan semula sekiranya berlakunya ketidakpatuhan SOP ini.
  2. Oleh itu, Kerajaan akan menentukan tahap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau
    Movement Control Order (MCO), berasaskan tahap penularan wabak Covid-19 yang boleh membawa kepada beban yang berat ke atas sistem kesihatan.
  3. Kerajaan juga menggalakkan orang ramai memainkan peranan untuk memantau dan
    memastikan pematuhan kepada SOP. Melalui aplikasi MySejahtera, orang ramai dan
    perniagaan boleh membantu Kerajaan dalam merealisasikan usaha membuka semula ekonomi ini.
  4. Sekiranya terdapat keingkaran, orang ramai boleh menghubungi pegawai penguatkuasa yang berkenaan.

Senarai Aktiviti Yang Dilarang

1. Hiburan dan riadah

  • Panggung wayang
  • Pusat karaoke
  • Taman tema
  • Muzium
  • Busking
  • Pusat refleksologi
  • Pusat hiburan
  • Kelab malam

2. Perayaan, Perarakan dan Perhimpunan

  • Perarakan Keagamaan
  • Aktiviti agama berjemaah di Masjid / Rumah Ibadat
  • Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Pasukan Keselamatan (Perarakan)
  • Sambutan Hari Raya kecuali dengan ahli keluarga terdekat
  • Perhimpunan bulanan Jabatan Kerajaan dan swasta
  • Majlis perasmian

3. Persidangangan dan Pameran

  • Pameran Kerjaya
  • Pameran Perkahwinan
  • Promosi dan Pakej Pelancongan
  • Karnival Jualan
  • Semua Jenis Persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai

4. Pendidikan

  • Semua sekolah (rendah/menengah) dan IPTA/IPTS kekal ditutup sehingga dimaklumkan kelak
  • Sukan semasa sesi persekolahan
  • Aktiviti kokurikulum bersemuka
  • Sebarang bentuk perhimpunan sekolah
  • Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang

5. Sukan

  • Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong / penonton yang ramai (stadium)
  • Acara berkumpulan di luar (outdoor)yang melebihi 10 orang contoh larian, kayuhan basikal, konvoi motosikal dan sebagainya
  • Segala aktiviti sukan dalaman (indoor sports including gymnasiums)
  • Kolam renang
  • Sukan bersentuhan (Contact Sports) contoh ragbi, gusti, boxing, bola sepak, bola keranjang

6. Aktiviti Sosial

  • Kenduri – kendara
  • Majlis Berbuka Puasa
  • Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya
  • Rumah Terbuka
  • Majlis-majlis sosial, kemasyarakatan & budaya (i.e ceramah, gotong-royong, lawatan dan seumpamanya)

7. Pengangkutan

  • Kapal persiaran

8. Perniagaan Berpremis / Penjajaan Tanpa Premis / Pasar Berbangunan / Pasar Tanpa Premis / Peruncitan / Serbaneka Makanan & Minuman

  • Bilangan pelanggan yang terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada pengiraan radius jarak minimum 1m)
  • Bazar Ramadan
  • Bazar Hari Raya
  • Karnival Jualan

9. Kemudahan penginapan berpusat pekerja (CLQ)/ hostel/ asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor

  • Terima pelawat
  • Bersosial dan bersukan secara berkumpulan
  • Solat berjemaah/Aktiviti aktiviti ibadah lain

10. Pemasangan dan penyenggaraan jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain) bagi sektor perkhidmatan/ tower crane di tapak bina

  • Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih dari 10 orang

11. Kedai Pakaian Dan Aksesori Fesyen

  • Aktiviti Fitting Pakaian

12. Dobi ( khusus dobi layan diri)

  • Aktiviti melipat pakaian

13. Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan secara bersemuka

14. Aktiviti Pensijilan Bagi Agrikomoditi

15. Kedai gunting rambut dan salun kecantikan

16. Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan

  • Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi kewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini sehingga di umumkan kelak

17. Pengurusan Perhutanan

  • Ekopelancongan Hutan
  • Latihan Perhutanan

18. Perlombongan Dan Pengkuarian

  • Permohonan baharu bagi Peperiksaan Teori & Amali Pembedil (Peletupan)

19. Perladangan dan Pertanian

  • Hari Bertemu Pelanggan
  • Hari Jualan Barang Bekalan Ladang (BBL)
  • Pesta makan buah-buahan
  • Kursus/ Seminar
  • Konvokesyen Institut Pertanian
  • Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya

20. Perikanan

  • Aktiviti perikanan rekreasi (termasuk kolam pancing ikan/udang komersial)
  • Pusat Taman Laut, pameran dan akuarium

21. Seni Kreatif

  • Penggambaran filem/drama/dokumentari/komersial
  • Acara/Konsert/Persembahan Kebudayaan
  • Program yang melibatkan orang awam di studio atau tempat awam

22. Kebudayaan Dan Kesenian

  • Pameran yang melibatkan interaksi antara pekarya dan pelawat

23. Pelancongan dan Perhotelan

  • Penggunaan Fasiliti Hotel Seperti Surau, Gimnasium, Spa, Sauna, Lounge, Kolam Renang, Bilik Mesyuarat, Dewan Seminar, Bilik Latihan, Restoran Dan Café (Bagi Tujuan Buffet)
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, the co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.

Subscribe To Our Newsletter

To be updated with all the latest news, offers & special announcements.

error: Content is protected