Norma Baharu: Tatatertib Menggunakan Perkhidmatan Bas Rapid KL

Mulai 4 Mei 2020, Kerajaan Malaysia akan membuka semula ekonomi negara dengan membenarkan industri dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi secara menyeluruh. Pembukaan semula ekonomi ini sudah tentu memerlukan pengguna menggunakan pengangkutan awam.

Sehingga kini, tiada lagi vaksin untuk Covid-19. Satu-satunya vaksin yang kita ada adalah dengan mengamalkan jarak sosial atau duduk di rumah serta menjaga kebersihan diri. Berhati-hatilah. Ikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Ini pula situasi sebelum jam 7.30 pagi untuk penumpang yang menaiki bas hari ini.#KitaJagaKita #KitaMestiMenang

Posted by Rapid KL on Sunday, 3 May 2020

Rapid KL juga telah menerbitkan tatacara menggunakan perkhidmatan bas. Di bawah adalah prosedur pengguna bas perlu patuh ketika menggunakan perkihdmatan bas Rapid KL.

1. Jarak Sosial

Amalkan jarak sosial ketika menunggu bas, di dalam bas, menaiki bas serta ketika turun bas.

2. Topeng Muka

Memakai face mask atau topeng muka ketika berada di dalam bas dan di tempat awam.

3. Kebersihan

Terus mengamalkan kebersihan diri yang tinggi pada setiap masa.

4. Kapasiti Bas

Bilangan penumpang di dalam bas akan dihadkan. Sila rujuk notis di cermin bas untuk info kapasiti kapasiti penumpang.

5. Rancang Perjalanan

Rancang perjalanan sebelum keluar rumah. Layari https://myrapidbus.prasarana.com.my/kiosk

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, the co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.

Subscribe To Our Newsletter

To be updated with all the latest news, offers & special announcements.

error: Content is protected