Apa Itu Aplikasi Mudah Alih Gerak Malaysia?

platform permohonan kebenaran

Gerak Malaysia adalah sebuah aplikasi mudah alih yang berfungsi sebagai platform permohonan kebenaran perjalanan kepada rakyat Malaysia yang ingin melakukan perjalanan antara negeri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Gerak Malaysia adalah suatu usaha untuk membantu Kerajaan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19 dan membendung penyebaran virus melalui pengesanan kontak. Selain bertindak sebagai platform permohonan, Gerak Malaysia juga akan memaparkan maklumat-maklumat terkini daripada pihak-pihak berkuasa serta langkah-langkah pencegahan dan nasihat berkenaan wabak COVID-19.

Aplikasi ini telah dibangunkan dengan kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memudahkan pengurusan pergerakan dan mengawal pergerakan trafik semasa PKPB. Selain itu, ia juga membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha melakukan pengesanan kontak bagi COVID-19.

[LIVE] SIDANG MEDIA PENGARAH JSJ BERSAMA PENGERUSI SKMM Kini sedang berlangsungnya Sidang Media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Dato' Huzir Mohamed bersama Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Encik Al-Ishsal Ishak di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman. #LiveUpdate #PolisDirajaMalaysia #RoyalMalaysiaPolice #PDRM #RMP #06052020

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Wednesday, 6 May 2020

Aplikasi mudah alih Gerak Malaysia ini boleh di muat turun di Apple App Store, Google Play Store serta di Huawei AppGallery. Melalui portal tersebut, rakyat Malaysia boleh memuat turun aplikasi Gerak Malaysia ini untuk kemudahan bersama dan sama-sama kita berusaha untuk membanteras penyebaran COVID-19.

Soalan Lazim (Ringkasan):

1. Apa itu aplikasi mudah alih Gerak Malaysia?

Aplikasi mudah alih Gerak Malaysia berfungsi sebagai platform permohonan kebenaran perjalanan kepada rakyat Malaysia yang ingin melakukan perjalanan antara negeri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Aplikasi ini akan menggunakan data pergerakan untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal pergerakan trafik dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha melakukan pengesanan kontak.

Kod QR yang dijanakan aplikasi ini akan menjadi permit kebenaran digital untuk Perjalanan Antara Negeri (interstate travel), dan juga jenis perjalanan yang lain.

2. Apakah tujuan aplikasi mudah alih Gerak Malaysia?

Menyedari pandemik Covid-19 yang berlaku, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membataskan semua pergerakan tidak perlu dari 18 Mac sehingga 12 Mei 2020 dalam usaha mengekang penyebarannya.

Memandangkan Covid-19 boleh disebarkan secara mudah jika seseorang berada rapat dengan individu yang dijangkiti, keupayaan mengesan serta sistem permohonan perjalanan adalah langkah yang penting bagi Kerajaan untuk menangani penyebaran Covid-19 secara efektif dan memastikan rakyat bebas daripada virus tersebut.

Aplikasi ini juga memanfaatkan data mobiliti untuk pengesanan kontak hampir masa nyata dalam melengkapkan usaha KKM melakukan pengesanan kontak.

3. Bagaimana saya boleh memohon untuk “Perjalanan Antara Negeri” menggunakan aplikasi mudah alih Gerak Malaysia?

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk memohon “Perjalanan Antara Negeri” dan menjana kod QR (setiap kod QR hanya terpakai untuk perjalanan satu hala):

  • Pilih “Perjalanan Antara Negeri” sebagai permulaan untuk mendaftar dan tekan butang “Seterusnya”;
  • Isikan Alamat Asal anda dan tekan butang “Seterusnya”;
  • Isikan Alamat Destinasi dan tekan butang “Jana Kod QR”; dan
  • Anda akan menerima maklumat “Permohonan Diluluskan” (dengan ini proses permohonan anda telah lengkap).

4. Terdapat persoalan mengenai perbezaan di antara Alamat Asal dan Alamat Destinasi dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia.

Senario Pertama: Saya terperangkap di kampung dan ingin pulang ke rumah di kawasan saya bertugas:

Alamat AsalAlamat kampung di mana anda berada
Alamat DestinasiAlamat rumah di kawasan bertugas

Senario Kedua: Saya ingin mengambil ahli keluarga yang terperangkap di kampung:

Alamat AsalAlamat semasa di mana anda berada
Alamat DestinasiAlamat lokasi yang ingin dituju (contoh: kampung,
asrama, dsb.)

5. Bilakah saya boleh melakukan “Perjalanan Antara Negeri”?

TARIKHLOKASI ASAL (DARIPADA)
7 Mei 2020Kuala Lumpur
8 Mei 2020Perak, Johor & Kelantan
9 Mei 2020Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka & Pahang
10 Mei 2020Selangor, Negeri Sembilan &Terengganu

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://gerakmalaysia.gov.my/.

Muat Turun Soalan-Soalan Lazim Versi Penuh: Aplikasi Gerak Malaysia & Perjalanan Antara Negeri.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, the co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.

Subscribe To Our Newsletter

To be updated with all the latest news, offers & special announcements.

error: Content is protected