COVID-19: SOP Pasca-PKP Untuk Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Majlis Intervensi Awal Kanak-Kanak Kebangsaan telah telah menggariskan secara terperinci dasar operasi standard (SOP) untuk membimbing Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PPAK) dalam mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung penyebaran COVID-19.

Walaupun Garis panduan ini dituliskan khususnya untuk konteks PPAK seperti pusat intervensi awal, taska, dan tadika. Namun, ia mungkin boleh juga diaplikasikan kepada pusat-pusat lain yang menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak, dan juga sekolah.

SOP ini dikarya oleh Majlis Intervensi Awal Kanak-Kanak Kebangsaan (NECIC) Malaysia, yang terdiri daripada 26 badan-badan bukan kerajaan (NGO) terlibat dengan intervensi awal kanak-kanak. SOP ini merangkumi arahan langkah demi langkah yang merangkumi bidang berikut


1. Latihan Keselamatan COVID-19 untuk Seluruh Komuniti Sekolah

Pusat intervensi awal, taska, dan tadika mestilah menyediakan latihan keselamatan COVID- 19 untuk SEMUA staf, ibu bapa, dan pelajar.

2. Langkah-langkah Pencegahan Sejagat (Asas) – Amalkan Sentiasa

Langkah pencegahan universal merangkumi amalan kebersihan diri yang baik, persekitaran yang bersih serta amalan penjarakan sosial.

3. Pemeriksaan Kesihatan dan Pemantauan

Laksanakan pemeriksaan kesihatan, pemantauan suhu badan, dan pensanitasian tangan di pintu masuk sekolah untuk SEMUA ahli staf, pelajar, dan pelawat. Kegagalan pengisytiharan maklumat dengan benar boleh menyebabkan kanak-kanak/keluarga tersebut digantung/dikeluarkan daripada premis pusat/sekolah.

4. Papan Tanda

Naikkan poster dan visual untuk mengingatkan staf, pelawat, dan kanak-kanak untuk mengikut kaedah pencegahan yang disarankan. Poster dan visual harus jelas, mesra kanak- kanak, dan mudah dilihat kanak-kanak (pada aras mata)

5. Langkah Pencegahan Khas

Bahagian ini menghuraikan langkah-langkah pencegahan yang patut diambil oleh semua staf dan ibu bapa pada waktu dan situasi yang berbeza sepanjang rutin persekolahan.

6. Mesyuarat dan Latihan Kakitangan

Kurangkan mesyuarat fizikal dan latihan staf, terutamanya yang tidak diperlukan. Kendalikan mesyuarat melalui emel ataupun sidang video sekiranya boleh. Pilih latihan atas talian sekiranya boleh.


Langkah-langkah pencegahan seperti yang dibincangkan dalam dokumen ini berkemungkinan besar harus diubahsuai untuk mengikut jadual sekolah dan juga kelas, contohnya waktu persekolahan dan pembelajaran yang lebih singkat untuk merangkumi masa pembersihan, serta menjadualkan penggunaan kawasan am agar tidak digunakan serentak. Dokumen SOP lengkap boleh dimuat turun di sini: Bahasa InggerisBahasa CinaBahasa Tamil dan Bahasa Melayu.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, the co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.

Subscribe To Our Newsletter

To be updated with all the latest news, offers & special announcements.

error: Content is protected