SELangkah: Log Lawatan Digital Premis Perniagaan Di Selangor

Kuala Lumpur, May 16 – Selangor telah memperkenalkan inisiatif SELangkah bagi merekod kehadiran pengunjung ke premis kerajaan dan perniagaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD).

Inisiatif SELangkah ini telah diwujudkan bagi memastikan kesiapsiagaan entiti perniagaan dan industri sepanjang aktiviti perniagaan berlangsung semasa wabak Covid-19. SElangkah adalah sistem pendaftaran keluar-masuk automatik. Sistem ini menggunakan teknologi Kod QR yang ringkas serta pantas.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud telah berkata, “Sehingga 11 Mei lalu, seramai 1,039,288 pengunjung telah merekodkan kehadiran mereka ke premis-premis tersebut sejak portal pendaftaran diperkenalkan pada 5 Mei lalu.”

Melalui sistem SELangkah, pihak Kesihatan dapat serta-merta mengidentifikasi pelanggan-pelanggan yang mungkin terdedah kepada kes Covid-19 semasa menjalankan urusan jual-beli di premis perniagaan. Justeru itu, saringan dan ujian dapat dijalankan lebih awal jika pelanggan-pelanggan tersebut berjaya dikenal pasti.

Layari https://www.selangkah.my/ untuk maklumat lanjut. Baca dokumen penuh soalan-solan lazim di sini.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, the co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.

Subscribe To Our Newsletter

To be updated with all the latest news, offers & special announcements.

error: Content is protected