Orang Ramai Patuh SOP Membeli-Belah, Pengusaha Patuh SOP Peruncitan

Menjelang musim perayaan ini, didapati ramai yang sudah memulakan aktiviti-aktiviti pembelian misalnya barang makanan, baju raya, perhiasan rumah dan lain-lain sebagai persiapan menyambut Hari Raya. Ini termasuk juga mereka yang membeli belah barangan harian.

Meskipun ramai pembeli dan peniaga yang akur kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, masih terdapat segelintir masyarakat yang didapati tidak acuh dan secara terang-terangan melanggar SOP yang telah ditetapkan di pusat beli-belah, kedai runcit dan lain-lain pusat pembelian.

Ramai di kalangan netizen telah menularkan imej dan video masyarakat yang tidak patuh kepada SOP. Ketidakpatuhan ini sememangnya membimbangkan.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membangunkan satu SOP Peruncitan yang bertindak sebagai garis panduan bagi semua pengusaha, peniaga dan pemilik perniagaan yang telah dibenarkan beroperasi. SOP tersebut adalah seperti berikut:

  1. Memastikan penjarakan sosial (social distancing) diamalkan sepanjang masa;
  2. Mengehadkan laluan keluar masuk ke premis dan kemasukan pelanggan ke dalam premis pada satu-satu masa bergantung kepada saiz premis untuk mengelakkan kesesakan;
  3. Memastikan semua staf, pembekal dan pelanggan melalui proses saringan suhu badan sebelum masuk ke premis;
  4. Menyediakan hand sanitizer di pintu masuk;
  5. Mewajibkan pemakaian alat penutup hidung dan mulut (face mask) oleh pekerja ketika berurusan; dan
  6. Menjalankan proses nyah kuman dan pembersihan premis sepanjang tempoh operasi.

SOP ini merangkumi kompleks beli-belah, pasaraya / pasaraya besar, departmental store, butik / kedai pakaian, kedai serbaneka / mini-mart dan pelbagai peruncitan yang lain. Majikan-majikan peruncitan juga perlu menyelaras dan memantau kesemua garis panduan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan ini dipatuhi oleh para pekerja dan pelanggan.

KKM juga menyeru kepada orang ramai supaya elakkan daripada aktiviti membeli-belah di tempat-tempat yang sesak dan sempit, di mana penjarakan sosial sukar diamalkan. Ibu bapa serta penjaga juga digesa untuk mengelak membawa kanak-kanak atau bayi ke pusat beli-belah serta tempat awam yang sesak bagi melindungi mereka daripada risiko jangkitan COVID-19.

Harus diingati bahawa walaupun jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah semakin menurun, namun masih terdapat bahaya jangkitan COVID-19 di kalangan masyarakat. Oleh itu, kita mesti menjaga diri kita, keluarga kita dan juga komuniti kita daripada jangkitan COVID-19.

Bacaan lanjut, rujuk pautan ini.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Editorial
Editorial
Our editorial team is committed to producing the highest quality content. Our published articles are written based on evidence-based information; taken from the leading, credible sources parents can rely on.

Home Education Accelerator - Training Program for Parents & Carers

Learn how to offer Future-Oriented Personalised Holistic Home Learning! You can easily support your children's learning at home - without any planning or disruptions to your everyday family life!

Active Learning Booster - Training Program for Early Childhood & Primary Teachers

Online Interactive Teacher Training Program to help you offer Future-Oriented Early Childhood and Early Primary Education based on Active Experiential Holistic Learning!

Subscribe to our newsletter

Enter your email address and join the ranks of subscribers to get our latest updates direct to your inbox.

error: Content is protected