Tiada Kunjung-Mengunjung, Jangan Ziarah Kubur Aidilfitri Ini

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti kunjung-mengunjung dan menziarahi kubur pada Aidilfitri tahun ini.

“Setelah dua (2) bulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama sehingga keempat dan disusuli Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, kita dapat melihat tren jumlah kes aktif COVID-19 semakin menurun,” Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata.

“Pencapaian ini adalah hasil daripada kepatuhan orang ramai kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan di bawah pelaksanaan PKP dan PKPB,” Dr Noor Hisham Abdullah berkata. “Sememangnya, kepatuhan ini perlulah terus kekal terutamanya pada musim perayaan yang bakal menjelang tiba.”

“Daripada jumlah pergerakan merentas negeri setiap hari, didapati masih ramai (iaitu sebanyak 2,931 kenderaan yang cuba merentas negeri dalam masa tiga (3) hari) yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut perayaan bersama keluarga. Ini sememangnya merisaukan, terutama jika dicampur pula dengan pelajar-pelajar IPT yang telah pulang ke keluarga masing-masing.”

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga berkata, KKM tidak akan mengeluarkan dasar atau prosedur operasi standard (SOP) tambahan menjelang Aidilfitri ini.

“Memang ada kelaziman kunjung-mengunjung dan ziarah kubur setiap kali menjelang hari raya. Tetapi, kali ini di luar kelaziman dan kita kena lihat cara bagaimana kita merayakan Aidilfitri kali ini dengan cara tiada kunjung-mengunjung atau menziarahi kubur. Apa yang penting kita kena putuskan jangkitan dan kalau boleh beraya secara tertutup iaitu sesama keluarga saja dan kurangkan aktiviti berkunjung dan kalau boleh jangan.”

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, the co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.

Subscribe To Our Newsletter

To be updated with all the latest news, offers & special announcements.

error: Content is protected