Mytuition Menghubungkan Guru & Pelajar Dalam Situasi Covid-19

Sistem Pengurusan Pembelajaran Atas Talian Komprehensif Pertama di Malaysia dilancarkan di seluruh negara.

Kuala Lumpur, Mei 21 – Youth World Development Sdn Bhd telah melancarkan MyTuition (www.mytuition.live) – sebuah platform tuisyen atas talian yang menawarkan sistem pengurusan pembelajaran yang komprehensif bagi membolehkan pelajar dari seluruh negara belajar dari sekumpulan guru yang dipilih dengan teliti serta merupakan yang terbaik dalam disiplin masing- masing.

“Pembangunan platform ini bermula pada Januari 2019 dan pada mulanya dikembangkan untuk tujuan menghubungkan semua guru dan pelajar di negara ini tanpa mengira lokasi keberadaan mereka,” kata Eddie Lim Yit Min, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Youth World Development Sdn Bhd.

Sejak penutupan sekolah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan Malaysia, Lim memutuskan untuk memulakan perkhidmatan secara percuma bagi membantu melengkapkan infrastruktur pendidikan atas talian semasa yang dapat memberikan manfaat.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada bulan Mac, saya telah berhubung rapat dengan banyak guru sekolah dan ibu bapa. Kini ramai yang menggunakan pelbagai aplikasi seperti Zoom dan Skype untuk menjalankan kelas mereka secara atas talian. Walaupun aplikasi-aplikasi ini baik untuk pembelajaran secara langsung, ia tidak mempunyai fungsi yang diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran berlansung dengan lancar. Pendidikan, sayangnya, telah lumpuh di negara kita,” katanya.

Lim, yang juga bekas atlet taekwondo kebangsaan dan pemenang pingat emas Sukan SEA, telah terlibat dengan sektor pendidikan sebagai pelatih yang khusus dalam pembangunan belia dan program akademik di sekolah-sekolah seluruh negara. Beliau menekankan bahawa pendidikan masih menjadi keutamaan dalam perkembangan kanak-kanak dan remaja walaupun sekolah masih belum dibuka sebagai sebahagian daripada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang penyebaran COVID-19.

Berkongsi pandangan dari aspek teknikal platform tersebut, Ng Keng Fai, Ketua Pegawai Teknologi Youth World Development berkata, “Tujuan MyTuition adalah untuk memindahkan pengalaman pembelajaran di dalam kelas ke ruang maya dengan mengintegrasikan semua fungsi yang diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran yang kondusif ke dalam satu platform, termasuk penstreaman secara langsung ; pengurusan kursus dan bahan; kuiz; papan putih digital; dan unsur-unsur gamifikasi dengan papan pendahulu dan e-penghargaan untuk pelajar yang cemerlang. “

“Kami memahami bahawa sebilangan guru yang akan mengajar dalam platform ini mungkin tidak biasa dari sudut teknologi. Oleh yang demikian, MyTuition dikembangkan supaya mesra pengguna dan intuitif untuk memudahkan pengajaran,” tambah Ng.

MyTuition juga telah mengumpulkan sekumpulan guru terkemuka yang telah bersetuju untuk menyertai mereka dalam inisiatif ini dalam memberikan kelas secara percuma. Mereka termasuk guru dan pengarang Bahasa Melayu, Tan CL, Fulbright Scholar dan alumni Ivy League Columbia University, Jarod Yong; dan Finalis 50 Terbaik Hadiah Guru Sedunia, Yasmin Noorul Amin yang baru sahaja dipilih menjadi guru pengiring ke Program Pertukaran Kem Angkasa NASA pada tahun 2021.

“Kami menyedari bertapa pentingnya pelajar meneruskan pendidikan mereka walaupun peperiksaan awam telah dibatalkan atau ditangguhkan. Mereka masih perlu bersiap sedia untuk tahun yang akan datang dan pelajar yang akan menamatkan persekolahan peringkat menengah perlu menyiapkan diri untuk peringkat pendidikan tinggi yang berbeza dengan alam persekolahan.”

“Kami ingin memastikan bahawa tidak ada yang tertinggal, dan semua pelajar masih memiliki peluang untuk berjaya dalam bidang akademik walaupun ada gangguan pada proses persekolahan mereka,” kata Lim.

Untuk mendaftar dan mendapat akses ke kelas-kelas yang disediakan secara percuma, pelajar dan guru boleh melayari www.mytuition.live dan daftarkan akaun. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai MyTuition, anda boleh melayari profil Facebook mereka di www.facebook.com/mytuition.live.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Editorial
Editorial
Our editorial team is committed to producing the highest quality content. Our published articles are written based on evidence-based information; taken from the leading, credible sources parents can rely on.

Home Education Accelerator - Training Program for Parents & Carers

Learn how to offer Future-Oriented Personalised Holistic Home Learning! You can easily support your children's learning at home - without any planning or disruptions to your everyday family life!

Active Learning Booster - Training Program for Early Childhood & Primary Teachers

Online Interactive Teacher Training Program to help you offer Future-Oriented Early Childhood and Early Primary Education based on Active Experiential Holistic Learning!

Subscribe to our newsletter

Enter your email address and join the ranks of subscribers to get our latest updates direct to your inbox.

error: Content is protected