SOP Sambutan Hari Perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan & Hari Gawai

Prosedur operasi standard (SOP) perayaan

Sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) fasa 2, Majlis Keselamatan Negara menasihati orang ramai supaya patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) perayaan yang telah ditetapkan.

Aktiviti atau perayaan yang terlibat adalah, Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Sambutan Pesta Kaamatan dan Sambutan Hari Gawai. Tempoh sambutan hanyalah pada hari pertama perayaan sahaja.

SOP SAMBUTAN HARI PERAYAAN(AKTIVITI YANG TIDAK DIBENARKAN)1. Aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara atau…

Posted by Malaysia Government Call Centre on Thursday, 21 May 2020

Aktiviti dan protokol

AktivitiPenerangan
SambutanSambutan dalam kalangan keluarga terdekat di dalam rumah yang sama. Jumlah tidak boleh melebihi 20 orang pada satu hari tertakluk kepada keluasan ruang rumah dan elakkan 3S (Sesak, Sempit dan Sembang dekat).
Amalan penjarakan sosialAhli keluarga / individu hendaklah; Memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter. Mengelakkan daripada 3C iaitu bersesak (crowded area), ruang rapat/tertutup (confined area) dan juga perbualan dalam jarak yang dekat (close conversation). Elak ziarah warga emas dan individu berpenyakit kronik
Amalan pemakaian face maskAhli keluarga / individu digalakkan memakai face mask.
Amalan pencucian tangan dan penggunaan hand sanitizerAhli keluarga / individu hendaklah; Menyediakan sabun tangan atau hand sanitizer. Memastikan semua ahli keluarga / Individu mengutamakan kebersihan diri dan peralatan.

Tata kelakuanSetiap individu hendaklah memastikan supaya; Tidak bersalaman dan bersentuhan Tidak berkongsi makanan/minuman atau bekas makanan Memendekkan waktu pertemuan (contact)
SanitasiSanitasi secara berkala hendaklah dilakukan terutamanya terhadap meja makan dan permukaan yang terdedah kepada banyak sentuhan.
Takbir Hari RayaHanya untuk unit keluarga di dalam rumah yang sama sahaja. Memastikan penjarakan sosial.
Edaran Duit RayaTidak boleh bersalaman dan bersentuhan.
SajianMemastikan sajian sentiasa ditutup, bersih dan tidak tercemar.

Aktiviti yang TIDAK dibenarkan

  • Aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara mara atau sahabat handai.
  • Rumah Terbuka Perayaan.
  • Bersalaman dan bersentuhan.
  • Ziarah kubur, Tahlil dan Kenduri Hari Raya.
  • Marhaban rumah ke rumah.
  • Berpesta

Arahan Tetap

Sebarang aktiviti tidak dibenarkan sekiranya:

  • Sukar mengawal jumlah orang pada satu-satu masa.
  • Kemungkinan terdedah kepada droplets.
  • Sukar mengawal perilaku.
  • Berada dalam kawasan yang sama atau ruang rapat dan tertutup dalam masa yang panjang.

Bacaan lanjut, klik pautan ini.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, the co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.

Subscribe To Our Newsletter

To be updated with all the latest news, offers & special announcements.

error: Content is protected