Malaysia Healthcare Menyuntik Semangat Petugas Baris Hadapan Dengan Inisiatif Gerobok Raya

Kuala Lumpur, 27 Mei – Gerobok Raya merupakan inisiatif sosial yang dicetuskan oleh warga kerja Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) untuk memberi penghargaan atas keringat yang dicurahkan oleh petugas kesihatan di baris hadapan demi kesejahteraan orang ramai. Eksklusif sempena Syawal ini, inisiatif sosial berkenaan berhasrat untuk menaikkan semangat petugas kesihatan baris hadapan di samping mengunjurkan sokongan kepada mereka yang telah mengerah bakti untuk terus berkhidmat di sebalik penularan COVID-19.

Inisiatif sosial ini menyaksikan usaha sama yang diterajui oleh sifat keprihatinan warga komuniti bersama fasiliti kesihatan awam seperti Institut Jantung Negara,  Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Hospital Selayang, Hospital Kajang dan Pejabat Kesihatan Lembah Pantai. Selain daripada itu, inisiatif ini juga turut memberi penghargaan kepada warga kerja Kementerian Kesihatan di Jabatan E1 dan E10 Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis.

“Berlatarkan cabaran yang perlu kita hadapi ketika bulan Ramadan dan musim Raya ini, rakyat Malaysia masih teguh dengan semangat keprihatinan mereka. Menerusi Gerobok Raya, kami di MHTC hanya boleh memainkan peranan kecil dalam usaha untuk menyokong usaha cemerlang yang ditunjukkan oleh petugas kesihatan baris hadapan untuk memerangi COVID-19. Kami percaya tindakan sekecil mana pun dapat mencetus perubahan positif dan kami yakin bahawa inisiatif ini dapat mewujudkan semangat perpaduan  yang sinonim dengan sambutan Hari Raya,” kata Sherene Azli, Ketua Pegawai Eksekutif  MHTC.

Inisiatif Gerobok Raya melibatkan sebuah gerobok fizikal, seperti namanya yang diisi dengan juadah tradisional Raya yang sihat dan diperbuat daripada pelbagai ramuan seperti kekacang dan buah-buahan kering. Inisiatif yang sangat bermakna ini akan memastikan lebih daripada 800 petugas kesihatan baris hadapan dapat menikmati juadah Raya kegemaran mereka disamping peluang meraikan tradisi musim perayaan, khususnya bagi mereka yang tidak berpeluang untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga dan insan tersayang.

Sejak penularan wabak ini,MHTC telah mengusahakan inisiatif-inisiatif yang dapat memberi manfaat kepada petugas kesihatan baris hadapan, seperti Projek SamaSama. Dianjurkan oleh warga kerja MHTC, Projek SamaSama bermatlamat untuk mengumpul dana, bagi tujuan menyediakan  lebih banyak peralatan perlindungan diri buat hospital-hospital kerajaan dan klinik yang berada di dalam zon merah, merapatkan jurang serta menangani keperluan negara. Susulan daripada Projek SamaSama, idea Gerobok Raya menjadi kesinambungan untuk memastikan petugas baris hadapan tidak terlepas peluang bagimenikmati juadah Raya kegemaran mereka sepanjang Syawal ini.

“Di Malaysia Healthcare, kami menggalas tanggungjawab dengan mendahulukan kepentingan rakyat. Bagi kami, inisiatif Gerobok Raya mempunyai mesej tersirat yang istimewa yang cuba digambarkan melalui penyediaan sajian istimewa Raya kepada petugas kesihatan baris hadapan. Inisiatif ini juga bertujuan untuk mengingatkan komuniti kesihatan bahawa kita ada bersama-sama dengan mereka dalam  melalui detik yang mencabar ini,” ujar Sherene.

Sementara pandemik ini masih membelenggu industri pelancongan kesihatan, Malaysia Healthcare terus mengorak langkah demi masa hadapan yang lebih cerah buat negara. “Kita mampu mengharungi kemelut ini dan maju ke hadapan untuk merealisasikan visi kita. Pada waktu yang sama, kami ingin menggesa rakyat Malaysia untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, mengamalkan penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri, dan membantu golongan yang kurang bernasib baik dalam usaha kita untuk melawan pandemik ini,” simpul Sherene.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, the co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.

HOME EDUCATION ACCELERATOR ™ Training Program for Parents and Carers

Would you like to fully support your children to learn to their Full Potential and help them develop Future-Oriented Life Skills?

Subscribe To Our Newsletter

To be updated with all the latest news, offers & special announcements.

error: Content is protected