Mainan Untuk Bayi Antara 6 – 12 Bulan Yang Boleh Membantu Mereka Belajar

Mainan dapat membantu mereka menemui perkara atau aktiviti baru yang boleh mereka lakukan

Pada usia ini, anak kecil anda sedang mula mengembangkan kestabilan teras mereka, meneroka dan berinteraksi dengan persekitarannya. Apabila mereka sudah pandai duduk, merangkak atau berjalan dengan sendiri, dunia mereka akan mula menjadi semakin besar. Pada usia ini juga, anak anda kini boleh mencapai objek.

Mainan adalah bagus untuk kanak-kanak. Terutamanya mainan yang mendidik. Mainan yang mendidik berupaya menolong mereka menemui perkara atau aktiviti baru yang boleh mereka lakukan. Dan terdapat banyak mainan-mainan untuk mereka di luar sana. Tetapi tidak semuanya boleh membantu mereka untuk belajar.

Ketika mencari dan membeli mainan untuk bayi, tanya diri anda 2 soalan ini; a) Bolehkah mainan ini membantu mengembangkan kemahiran motor halus, motor kasar, kognitif, atau bahasa? b) Adakah mainan ini selamat untuk anak saya?

Berikut adalah beberapa mainan untuk bayi antara 6-12 bulan yang selamat serta berupaya untuk mengajar mereka:

Oball

OBall adalah mainan plastik bebola yang kenyal, tahan lasak yang boleh digulingkan, dikejar, digigit dan dilambung oleh bayi. Mainan ini selamat untuk digunakan. Sejurus anak anda sudah cukup kuat untuk duduk dan bermain, mainlah mainan ini dengan anak anda. Aktiviti menggulingkan bola, berulang-alik dari anda ke anak anda, berupaya membantu mengembangkan pemahaman komunikasi bolak-balik.

Floor Mirror

Floor Mirror memberi banyak rangsangan dan peluang perkembangan untuk bayi. Mainan ini berupaya membantu meningkatkan kemampuan mereka untuk fokus. Mainan ini juga mampu memupuk rasa ingin tahu selain berupaya membantu bayi ini belajar mengawal pergerakan kepala mereka.

Stuffed Animal Toys

Bayi lazimnya gemar menyentuh permukaan mainan yang lembut. Bermain dan menyentuh permukaan ini berupaya membantu mengurangkan kegelisahan mereka. Bagi bayi, dunia ini terlalu besar dan menakutkan bagi mereka. Mainan sebegini mampu membantu mereka mengatasi emosi serius ini. Mainan ini juga dapat mendorong pretend play, yang membolehkan anak anda melakonkan watak apa sekali pun yang ada dalam fikiran mereka.

Soft Stackable Blocks

Mainan blok yang boleh disusun ini sering menjadi mainan pilihan bayi dan kanak-kanak. Bagus untuk perkembangan kemahiran motor halus dan kasar. Anak kecil anda boleh belajar berfikir secara logik ketika bermain dengan mainan blok yang boleh disusun ini. Di samping itu, mainan ini juga berupaya membantu mengembangkan kemahiran bahasa dan matematik mereka.

Stacking Rings

Seperti mainin blok yang boleh disusun, mengambil barang dan menyusunnya kembali berupaya membantu bayi mempelajari kemahiran penting berkenaan pegangan dan pelepasan yang disengajakan, serta cara mengawal dan meletakkan jari mereka.

Activity Table

Meja aktiviti mampu membantu mempromosikan pelbagai bidang pembelajaran seperti bahasa, bentuk, warna, huruf, nombor dan pemahaman. Meja aktiviti lazimnya memerlukan kanak-kanak melakukan sedikit pergerakan. Pergerakan ini berupaya membantu mengembangkan dan menguatkan otot-otot tertentu badan mereka.


Rujukan

8 Toys for Babies Under a Year Old. (2017, March 8). Retrieved from https://www.childsafetyexperts.com/baby/toys-for-babies-under-one-year-of-age

6 to 12 Months. (n.d.). Retrieved from https://www.fisher-price.com/en-us/shop/age/6-12-months

Katie, Katie, & Jenae. (2019, April 19). Best Baby Toys For 6 – 12 Months. Retrieved from https://www.icanteachmychild.com/best-baby-toys/

Good Toys for 6-12 Months. (n.d.). Retrieved from https://www.fundamentallychildren.com/good-toy-guide/toys-by-age/6-12-months/

Melissa, & Doug. (n.d.). Why Do Babies Love Mirror Toys?: Baby Toys: Melissa & Doug Blog. Retrieved from https://www.melissaanddoug.com/blogpost?postId=why-do-babies-love-mirror-toys

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, the co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.

HOME EDUCATION ACCELERATOR ™ Training Program for Parents and Carers

Would you like to fully support your children to learn to their Full Potential and help them develop Future-Oriented Life Skills?

Subscribe To Our Newsletter

To be updated with all the latest news, offers & special announcements.

error: Content is protected