PENJANA: Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Ringkasan)

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara Diperkenalkan

Kuala Lumpur, 5 Jun – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek iaitu Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sebentar tadi.

Melalui pelan tersebut, Kerajaan telah mengenalpasti 3 teras utama iaitu: 1) Memperkasakan Rakyat (Empower People); 2) Melonjakkan Perniagaan (Propel businesses); dan 3) Merangsang Ekonomi (Stimulate the economy).

Memperkasakan Rakyat (Empower People)

  • Subsidi upah RM600 sebulan dilanjutkan selama tiga bulan lagi untuk membantu syarikat dalam tempoh peralihan pembukaan semula ekonomi
  • Syarikat akan diberikan insentif kewangan; a) Insentif bagi menggaji penggangur berumur 40 tahun ke bawah sebanyak RM800 sebulan bagi setiap pekerja b) Insentif bagi menggaji penganggur berumur 40 tahun dan ke atas dan golongan OKU sebanyak RM1,000 sebulan.
  • Elaun latihan sehingga RM4,000 boleh dituntut daripada PERKESO oleh mereka yang hilang pekerjaan.
  • Insentif kepada majikan yang menyediakan peluang perantis kepada lepasan sekolah dan graduan pada kadar RM600 sebulan.
  • RM2 bilion diperuntukkan bagi program peningkatan kemahiran untuk mereka yang sedang menganggur dan juga golongan belia.
  • Program peningkatan kemahiran (upskilling) di dalam industri penting seperti elektrik dan elektronik serta teknologi maklumat dan komunikasi akan dilaksanakan.
  • Dasar akan dirangka oleh Kerajaan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi gig dan kebajikan pekerja dalam sektor ini; a) Geran sejumlah RM50 juta dalam bentuk dana padanan, b) Peruntukan sebanyak RM25 juta kepada MDEC bagi program Global Online Workforce (GLOW).

Melonjakkan Perniagaan (Propel businesses)

  • Insentif percukaian dan juga perlindungan insuran pekerjaan akan diberikan terutamanya industri PKS untuk melaksanakan konsep bekerja dari rumah.
  • Kerajaan akan memberikan geran kepada pengendali taska untuk mematuhi dan melaksanakan SOP yang ditetapkan. 
  • e-Baucar akan disediakan untuk perkhidmatan pengasuh kanak-kanak yang ditempah dalam talian dan juga insentif cukai pendapatan individu untuk yuran yang dibayar kepada taman asuhan dan taman didikan kanak-kanak sehingga RM3,000.
  • Program MY30 diperkenalkan di mana pengguna hanya perlu membayar RM30 sahaja sebulan untuk menikmati pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang.
  • Lebih 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak menerima bantuan one-off sebanyak RM300 bagi mengurangkan beban mereka.
  • Inisiatif GLC Penjana Komuniti akan dilaksanakan untuk menggalakkan GLC mengangkat sesebuah komuniti dan menjalankan usaha bagi membangunkan keupayaan sosio-ekonomi komuniti tersebut.
  • Skim PEKA B40 akan diperkasakan dengan penambahan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membiayai saringan kesihatan dan kemudahan peralatan perubatan.
  • Perkhidmatan internet dengan kapasiti 1 gigabyte secara percuma untuk semua pengguna sehingga 31 Disember 2020.
  • Kerajaan bersama sektor swasta akan membiayai perusahaan mikro dan PKS melalui geran padanan sebanyak RM140 juta.
  • Kerajaan dengan kerjasama syarikat swasta akan menjalankan kempen “Shop Malaysia Online” bagi menggalakkan rakyat berbelanja secara atas talian.
  • Geran dan pinjaman berjumlah RM700 juta untuk membolehkan lebih banyak syarikat melanggan atau menggunakan perkhidmatan digitalisasi.
  • Sektor perbankan akan menawarkan dana tambahan sebanyak RM2 bilion melalui Skim Pembiayaan PKS PENJANA
  • Skim Pembiayaan Pelancongan PENJANA bernilai RM1 bilion akan ditawarkan untuk membiayai inisiatif transformasi oleh PKS dalam sektor pelancongan.
  • Pembiayaan Mikro PENJANA dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional dan TEKUN Nasional akan diwujudkan bagi pembiayaan sebanyak RM400 juta, RM50 juta akan dikhususkan kepada usahawan wanita.
  • RM200 juta akan ditawarkan melalui Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) untuk memperkasakan penglibatan Bumiputera.
  • RM300 juta akan disalurkan kepada MARA di mana usahawan Bumiputera termasuk institut kemahiran yang terjejas boleh mendapatkan pembiayaan untuk modal kerja.
  • SME Bank melalui Skim SME-GO akan menyediakan pembiayaan kepada 16,000 kontraktor Gred G2 dan G3 yang berkelayakan dan telah mendapat projek di bawah PRIHATIN. 
  • Insentif cukai dalam pelbagai bentuk akan diberikan termasuklah potongan cukai berkait dengan perbelanjaan untuk operasi dalam kebiasaan baharu seperti pembelian PPE dan kos ujian saringan.
  • Geran padanan melalui Malaysian Global Innovation and Creativity Center (MaGIC) berjumlah RM10 juta kepada Perusahaan Sosial yang berjaya mengumpul sumbangan untuk melaksanakan projek sosial.
  • Untuk membantu lebih 900 ribu perusahaan kecil; a) Rebat cukai pendapatan sehingga RM20,000 bagi setiap tahun untuk tempoh tiga tahun taksiran pertama tertakluk kepada syarat yang ditetapkan, b) Kerajaan bersetuju memberikan pengecualian duti setem ke atas surat cara berkaitan percantuman atau pemerolehan bagi transaksi yang disempurnakan antara 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021.

Merangsang Ekonomi (Stimulate the economy)

  • Dana Penjana Nasional berjumlah RM1.2 bilion dengan peruntukan RM600 juta daripada kerajaan dan dipadankan dengan RM600 juta daripada pelabur domestik dan antarabangsa.
  • RM100 juta bagi menubuhkan National Technology and Innovation Sandbox yang akan diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
  • Kerajaan akan menyediakan lebih banyak perkhidmatan secara dalam talian atau e-kaunter.
  • Kempen “Buy Malaysia,” menggalakkan rangkaian pasar raya besar untuk membuat penandaan produk tempatan dan juga menubuhkan saluran produk Malaysia yang berdedikasi di platform e-dagang.
  • RM50 akan dikreditkan ke dalam akaun e-dompet pengguna. Ini akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet. 
  • Bagi pasaran hartanah, Kerajaan memperkenalkan; a) Kempen Pemilikan Rumah akan diperkenalkan semula, b) Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah diberikan kepada individu warganegara Malaysia ke atas pelupusan rumah kediaman yang dibuat mulai 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021
  • Pengecualian cukai jualan sebanyak 100 peratus akan diberikan ke atas penjualan kereta penumpang pemasangan tempatan, dan 50 peratus bagi kereta penumpang yang diimport bagi tempoh mulai 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020.
  • Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan dan menyeragamkan waktu operasi di Pusat Transformasi Bandar atau UTC di seluruh negara berkuatkuasa 1 Julai 2020.
  • Untuk menarik syarikat luar negara memindahkan lokasi perniagaan mereka ke Malaysia, Kerajaan akan meningkatkan nilai pelaburan dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.
  • Bagi syarikat sedia ada di Malaysia yang memindahkan fasiliti pengilangan luar negara ke Malaysia, mereka layak mendapat galakan elaun cukai pelaburan sebanyak 100% bagi tempoh 5 tahun. 
  • Peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta kepada MIDA untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi dan pemasaran.
  • Dana Strategik Pelaburan Tempatan akan diberikan bagi membantu syarikat untuk menaiktaraf teknologi, menembusi pasaran global.
  • Project Acceleration and Coordination Unit (PACU) akan ditubuhkan untuk mempercepatkan pelaksanaan serta penyelarasan projek pelaburan yang diluluskan.
  • Untuk mengaktifkan semula kegiatan industri pelancongan, inisiatif seperti penangguhan bayaran ansuran, pengecualian cukai, pengecualian cukai perkhidmatan dan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 akan diperkenalkan.
  • Program dan kemudahan kewangan untuk menjana semula industri kreatif negara yang berjumlah sebanyak RM225 juta akan dilaksanakan melalui kerjasama antara MyCreative Ventures, MDEC dan pihak swasta.
  • Kemudahan pinjaman Dana Agrofood sebanyak RM350 juta akan diperuntukkan untuk memastikan kelangsungan pengusaha pertanian dan komoditi dalam sektor pertanian dan makanan.
  • Pengecualian 100 peratus duti eksport ke atas minyak sawit mentah, minyak isirong sawit mentah dan minyak isirong sawit yang diproses mulai 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2020.
  • Kerajaan bersetuju untuk menggubal Rang Undang-Undang COVID-19 (Langkah Sementara).
  • Dana “Daripada Rakyat, Kepada Rakyat” akan disalurkan untuk membantu pembiayaan perniagaan perusahaan mikro terutamanya usahawan wanita, penambahbaikan liputan internet jalur lebar di sekolah terutamanya di kawasan luar bandar dan geran penyelidikan penyakit berjangkit.

Baca Teks Ucapan: Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), klik pautan ini.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, the co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.

HOME EDUCATION ACCELERATOR ™ Training Program for Parents and Carers

Would you like to fully support your children to learn to their Full Potential and help them develop Future-Oriented Life Skills?

Subscribe To Our Newsletter

To be updated with all the latest news, offers & special announcements.

error: Content is protected