5 Universiti Penyelidikan Tempatan Kini Dalam Kelompok 200 Terbaik Di Dunia

Menurut kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi, 5 universiti penyelidikan tempatan kini dalam kelompok 200 terbaik di dunia. Kelima-lima universiti ini adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kelima-lima buah Universiti Penyelidikan Malaysia  ini telah menunjukkan peningkatan yang amat membanggakan berbanding tahun sebelumnya dengan berada dalam kelompok 200 terbaik dunia dan Top 1% in the World. Laporan dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2021 pada 10 Jun 2020.

“Kejayaan ini merupakan kejayaan terbaik negara setakat ini dan membuktikan  bahawa hala tuju pendidikan tinggi negara berada di atas landasan yang betul dalam menyediakan institusi pendidikan tinggi yang berkualiti dan cemerlang sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) (PPMPT).  Kejayaan ini secara tidak langsung akan terus menempatkan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi di rantau ini.”

Dalam Laporan QS  juga dinyatakan bahawa Malaysia merupakan antara negara yang menunjukkan peningkatan terbaik di dalam penarafan kali ini. Sistem pendidikan negara telah diiktiraf dalam kalangan ahli akademik dan majikan di peringkat antarabangsa.

Baca kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, the co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.

HOME EDUCATION ACCELERATOR ™ Training Program for Parents and Carers

Would you like to fully support your children to learn to their Full Potential and help them develop Future-Oriented Life Skills?

Subscribe To Our Newsletter

To be updated with all the latest news, offers & special announcements.

error: Content is protected