Ulasan: Coronavirus Buku Untuk Kanak-Kanak

Diterjemah oleh LeapEd Services Sdn Bhd

Buku Coronavirus Buku Untuk Kanak-Kanak ini telah diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbit Nosy Crow yang terletak di London. Nosy Crow adalah sebuah syarikat penerbit buku kanak-kanak yang telah memenangi pelbagai anugerah.

Buku ini telah ditulis oleh kakitangan syarikat penerbit Nosy Crow itu sendiri. Axel Scheffler, pelukis yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa adalah merupakan pelukis yang bertanggungjawab melukis kesemua ilustrasi- ilustrasi yang terdapat dalam buku digital ini.

Terbitan asal buku ini adalah dalam Bahasa Inggeris; Coronavirus A Book For Children. Diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan disesuaikan dengan konteks tempatan oleh LeapEd Services Sdn Bhd, sebuah syarikat penyedia perkhidmatan pendidikan tempatan di Malaysia.

Buku ini menjawab persoalan lazim tentang coronavirus dalam bahasa yang mudah, sesuai untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 9 tahun. Antara persoalan berikut adalah:

• Apa Itu Coronavirus?
• Bagaimanakah Coronavirus Merebak?
• Apakah Yang Berlaku Sekiranya Kita Dijangkiti Coronavirus?
• Mengapakah Kita Bimbang Tentang Jangkitan Coronavirus?
• Apakah Rawatan Untuk Menyembuhkan Coronavirus?
• Mengapakah Tempat Yang Biasa Kita Kunjungi Ditutup?
• Apakah Perasaannya Jika Duduk Di Rumah Sepanjang Masa?
• Apakah Yang Boleh Dilakukan Untuk Membantu?

Kenapa buku ini menarik dan sesuai untuk kanak-kanak

Pertama, buku ini mudah dibaca. Sesuai dengan usia kerana hampir setiap muka surat buku digital ini dimulai dengan soalan. Kemudian jawapan. Format begini adalah sangat mesra kanak-kanak. Dimulai dengan soalan-soalan yang paling asas hinggalah ke soalan-soalan yang lebih mendalam beserta jawapan yang sangat mudah untuk difahami.

Kedua, buku ini ada gambar. Gambar yang bewarna, cantik, senang dan seronok untuk dilihat. Kanak-kanak lazimnya akan lebih tertarik dengan gambar. Perkataan dan perenggan dan apa yang buku ini cuba sampaikan datang kemudian. Apa buku sekalipun akan lebih seronok untuk dibaca serta mudah untuk difahami jika gambar-gambar di dalamnya menarik.

Ketiga dan yang terakhir adalah kerana buku ini telah ditulis berdasarkan fakta dan sains. Bukan mitos dan andaian semata-mata. Kalau anda selak dan baca mukadimah buku ini, ada diterangkan di situ bagaimana penulis-penulis buku ini telah bekerjasama dengan pakar-pakar dari pelbagai disiplin.

Pakar-pakar tersebut terdiri daripada Profesor Graham Medley, seorang profesor penyakit berjangkit dari London School of Hygiene & Tropical Medicine. Sara Haynes, Alex Lundie dan Monica Forty pula merupakan tenaga pengajar di sebuah sekolah rendah di London. Doctor Sarah Carman pula merupakan seorang Ahli psikologi terkemuka di London.

Muat turun Coronavirus Buku Untuk Kanak-Kanak secara percuma

Kedua-dua versi buku ini sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu boleh dimuat turun secara percuma. Tahniah dan terima kasih kami ucapkan kepada LeapEd Services Sdn Bhd kerana telah mengambil inisiatif menterjemah buku yang padat dengan fakta dan sains ini ke dalam Bahasa Melayu. Klik pautan di bawah untuk muat turun buku digital ini.

Muat turun Coronavirus Buku Untuk Kanak-Kanak

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Editorial
Editorial
We take our responsibilities seriously as a provider of free parenting resources. Our published articles are therefore written based on evidence-based information parents can rely on. Parenthood is hard. But it’s also the most rewarding. Our first goal is thus to make sure our content is concise, accurate and accessible.

Home Education Accelerator - Training Program for Parents & Carers

Learn how to offer Future-Oriented Personalised Holistic Home Learning! You can easily support your children's learning at home - without any planning or disruptions to your everyday family life!

Active Learning Booster - Training Program for Early Childhood & Primary Teachers

Online Interactive Teacher Training Program to help you offer Future-Oriented Early Childhood and Early Primary Education based on Active Experiential Holistic Learning!

Subscribe to our newsletter

Enter your email address and join the ranks of subscribers to get our latest updates direct to your inbox.

error: Content is protected