Pendidikan Seks: Bercakap Tentang Seks Dengan Anak Anda

Sukar, tetapi perlu

Pendidikan seks tidak kenal erti terlalu awal untuk dibincangkan. Berbincang mengenainya (awal) berupaya membawa perbezaan besar dalam membantu kanak-kanak a) memahami apa yang berlaku pada tubuh mereka, dan b) membuat sebarang pilihan yang berkaitan seks yang bijak apabila dewasa.

Soalan seperti; “Dari mana asalnya bayi?” atau “Bagaimana anda membuat bayi?” mungkin akan ditanya tanpa rasa tidak bersalah ketika mereka masih kecil. Soalan-soalan sukar ini pasti akan datang. Anda mungkin akan ditanya dengan soalan-soalan begini lebih awal dari anda sangkakan.

Walaupun soalan-soalan ini kadangkala sukar untuk kita jawab, adalah lebih baik, sebagai orang dewasa, minda kita sentiasa terbuka terhadap soalan yang berkisarkan seksualiti ini.

Cuba jawab soalan-soalan ini (dengan fakta) sebaik yang mungkin. Mendengar dan menjawab soalan-soalan ini dapat membantu mereka berasa lebih selesa untuk bercakap dengan kita mengenai seksualiti. Bukankah lebih baik mereka bincang topik ini dengan kita, sebagai ibu bapa mereka, daripada orang lain, bukan?

Mewujudkan suasana yang lebih positif

Ibu bapa sebaiknya harus menjadi orang dewasa pertama dalam hidup mereka yang meletakkan asas bagi anak-anak untuk berasa selesa dan yakin tentang fungsi tubuh dan badan mereka, serta untuk bertanya dan juga meminta pertolongan.

Menurut Psychology Today, kajian menunjukkan 90 peratus kanak-kanak hari ini akan belajar mengenai seks buat pertama kalinya melalui pornografi. Kajian-kajian lain juga menunjukkan bahawa pendedahan pertama kanak-kanak terhadap pornografi berlaku sekitar usia mereka sembilan tahun.

Apa yang boleh saya lakukan

Apabila tiba waktunya, jangan lupa untuk membincangkan topik-topik berikut, a) tahap perkembangan seksual, b) apa yang akan berlaku apabila kanak-kanak memasuki alam akil baligh, c) tanggungjawab dan hubungan seksual.

Setiap anak mempunyai pertanyaan dan kebimbangan seksualiti yang berbeza pada usia yang berbeza. Apabila anak anda semakin berusia, perkara yang anda ingin bincangkan akan berubah. Sentiasa ingat untuk:

  • Campur tangan. Bercakap lebih awal dan kerap membincangkannya.
  • Bersedia untuk menjawab soalan. Dengar soalan mereka. Soalan-soalan tersebut boleh memberitahu anda apa yang mereka sudah sedia ketahui.
  • Terus dengar, walaupun anda tidak setuju dengan pendapat anak anda.
  • Jawab soalan dengan mudah, besertakan fakta.
  • Guna istilah teknikal yang betul supaya mereka tidak menjadi keliru kelak.

Dapatkan buku pendidikan seks yang sesuai dengan usia kanak-kanak

Dapatkan buku pendidikan seks yang sesuai dengan usia anak anda. Ini penting. Buku yang bagus berupaya untuk mendidik, memberi maklumat dan membimbing anda membuat perbualan yang susah kalau tidak janggal ini menjadi lebih mudah. Buku ini untuk kanak-kanak. Bukan untuk ibu bapa.

Tidak tahu buku mana satu yang hendak dibeli? Laman web ini, sexedrescue.com, telah menyenaraikan lebih dari 300 buku mengenai pendidikan seks untuk kanak-kanak. Anda boleh tonton ulasan video untuk setiap buku ini, dan terdapat juga ulasan bertulis yang boleh dibaca.

Buku selalunya mahal. Faham. Mungkin bulan depan boleh beli tetapi sementara itu, boleh baca dulu satu atau dua artikel mengenai pendidikan seks untuk kanak-kanak. Artikel yang bagus dan bermaklumat, sangat membantu. Seperti artikel ini, My Kid Needs to Know What? An Age By Age Guide to Sex Education – And What to Do! (by Cath Hakanson)


Rujukan

How and When to Talk to Your Kids About Sex. (n.d.). Retrieved March 09, 2020, from https://www.psychologytoday.com/intl/blog/the-stories-we-tell-ourselves/201610/how-and-when-talk-your-kids-about-sex

Talk to Your Kids about Sex. (n.d.). Retrieved March 09, 2020, from https://health.gov/myhealthfinder/topics/everyday-healthy-living/sexual-health/talk-your-kids-about-sex

Kneteman, L. (2020, January 21). How to talk to kids about sex: An age-by-age guide. Retrieved March 09, 2020, from https://www.todaysparent.com/family/parenting/age-by-age-guide-to-talking-to-kids-about-sex/

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Editorial
Editorial
We take our responsibilities seriously as a provider of free parenting resources. Our published articles are therefore written based on evidence-based information parents can rely on. Parenthood is hard. But it’s also the most rewarding. Our first goal is thus to make sure our content is concise, accurate and accessible.

Home Education Accelerator - Training Program for Parents & Carers

Learn how to offer Future-Oriented Personalised Holistic Home Learning! You can easily support your children's learning at home - without any planning or disruptions to your everyday family life!

Active Learning Booster - Training Program for Early Childhood & Primary Teachers

Online Interactive Teacher Training Program to help you offer Future-Oriented Early Childhood and Early Primary Education based on Active Experiential Holistic Learning!

Subscribe to our newsletter

Enter your email address and join the ranks of subscribers to get our latest updates direct to your inbox.

error: Content is protected