Tinjauan Mendedahkan Ibu Bapa Mengubah Pilihan Pemakanan Ketika Pandemik

Tinjauan Di Seluruh Negara Mendedahkan Bahawa Ibu Bapa Di Malaysia Mengubah Pilihan Pemakanan Mereka Ketika Berhadapan Dengan Pandemik Global.

96% ibu bapa bimbang mengenai keadaan kesihatan anak mereka ketika penularan wabak COVID-19. 82% ibu bapa percaya bahawa imuniti kanak-kanak boleh dipupuk dari masa ke semasa Ibu bapa menyatakan lima (5) pilihan makanan teratas dalam membina imuniti.

Kuala Lumpur, 11 Ogos – Satu tinjauan di seluruh negara oleh Enfagrow A+ Malaysia, Mead Johnson Nutrition yang bertajuk #ImmunityMatters mendedahkan pandangan ibu bapa terhadap kepercayaan mereka dan juga perubahan dalam pilihan serta keutamaan pemakanan mereka ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19. Tinjauan ini mendedahkan di samping kebimbangan ibu bapa terhadap kesihatan anak mereka ketika berhadapan dengan situasi COVID-19, lebih daripada 60% ibu bapa meluahkan kebimbangan mendapatkan pemakanan yang berkhasiat pada masa ini untuk mengekalkan kesihatan.

Sementara itu, lebih daripada 52% ibu bapa percaya bahawa pemakanan anak mereka boleh diperbaiki. Antara pandangan yang didedahkan adalah 94% ibu bapa percaya bahawa pemakanan memainkan peranan penting dalam kesihatan kanak-kanak terutamanya dalam meningkatkan imuniti mereka. Peratusan yang tinggi, iaitu 82% ibu bapa percaya bahawa kesihatan sistem imun kanak-kanak boleh dipupuk dan dibina dari masa ke semasa.

Ini boleh dihubungkaitkan dengan tahap peratusan yang tinggi (95%) dalam kalangan ibu bapa yang arif tentang jenis makanan yang boleh menguatkan imuniti. Dalam perangkaan ini, lebih daripada 42% membuat keputusan secara sedar untuk mengubah pilihan makanan keluarga di samping menukarkan senarai membeli-belah keluarga. Ini menunjukkan bahawa ibu bapa mula memberi keutamaan kepada makanan yang membina imuniti dan padat nutrien (84%) bagi meningkatkan pertahanan semula jadi badan dan kesihatan kanak-kanak dan keluarga. “

“Tinjauan ini adalah sebahagian daripada kempen #StrongerImmunityforASmarterTomorrow kami dalam usaha untuk memahami kebimbangan dan pilihan ibu bapa terhadap peranan pemakanan dalam membina imuniti. Syarikat kami menyasarkan untuk melindungi, menyembuh serta memupuk dalam usaha berterusan menyokong persekitaran dunia yang lebih bersih serta sihat. Mengambil sasaran syarikat sebagai inspirasi, kami percaya bahawa ia adalah penting untuk mendidik ibu bapa tentang manfaat pemakanan berkhasiat yang akan mempengaruhi imuniti dalam tahun-tahun awal kehidupan kanak-kanak dan tahun- tahun yang seterusnya.

Ini membolehkan ibu bapa membuat keputusan yang lebih bermaklumat yang akan memberi kesan positif kepada kesihatan dan imuniti anak mereka,” kata Dr. Tan Choon Kiat, Pengarah Perubatan Mead Johnson Nutrition.

Dr. Tan bersambung, “Sekarang, lebih dari sebelumnya, memiliki kesihatan imun yang kuat menjadi lebih penting. Kenalurian ibu bapa cenderung kepada pemakanan yang lebih berkhasiat untuk membina imuniti serta melindungi anak mereka daripada penyakit bermusim dan masalah kesihatan.”

Selain itu, ibu bapa menilai susu (54%) sebagai salah satu daripada pilihan lima (5) makanan teratas untuk membina imuniti yang lebih kuat, di kalangan sayur-sayuran (88%), buah-buahan (80%), daging (55%) dan bijirin (43%). Daripada tinjauan ini, lebih daripada 81% ibu bapa berpendapat bahawa susu adalah penting dalam pemakanan anak mereka secara keseluruhan, dan 63% ibu bapa memberikan anak mereka susu sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

Salah satu pertahanan untuk badan yang terbaik ialah membina dan menguatkan sistem imun anak dari dalam dengan menyediakan pemakanan yang berkhasiat. Lebih daripada 70 hingga 80% sel-sel imun dijumpai di dalam usus. Diet yang mengandungi nutrien yang betul boleh membantu memodulasikan fungsi imun, mengurangkan risiko jangkitan dan menguatkan tindak balas terhadap keradangan apabila diserang oleh patogen atau virus. [1].

Proses membina imuniti kanak-kanak bermula dengan nutrien-nutrien utama ini yang telah terbukti secara saintifik boleh mengaktifkan serta memodulasikan sistem imun dan mengurangkan risiko jangkitan –

  1. Milk Fat Globule Membrane (MFGM) ialah komponen kaya nutrien yang terdapat di dalam otak kita secara semula jadi, dan kajian telah menunjukkan bahawa MFGM memainkan dua peranan dalam menyokong perkembangan mental dan pertahanan imun di dalam usus. Pengambilan susu yang diperkaya dengan MFGM oleh kanak-kanak kecil yang berusia lebih dari satu (1) tahun menunjukkan kesan perlindungan terhadap jangkitan gastrousus, pengurangan ketara dalam hari gejala demam serta membawa kepada pengawalaturan tingkah laku yang lebih baik (EQ) [2].
  2. Asid lemak poli tidak tepu seperti dokosaheksaenoik(DHA) boleh dijumpaidi dalam otak kita dan ikan berlemak seperti ikan salmon. DHA membantu memodulasikan fungsi tindak balas sel imun terhadap bakteria dan virus. DHA bekerja bersama-sama dalam memodulasikan tindak balas imun yang seimbang dan berkesan dalam memerangi jangkitan [3].
  3. Serabut diet prebiotik seperti PDX-GOS merangsang kesihatan penghadaman yang baik kerana ia menggalakkan pertumbuhan bakteria bermanfaat di dalam usus. Ia mempunyai ciri-ciri yang memodulasikan kepada sistem imun, menunjukkan perlindungan terhadap jangkitan [4].
  4. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengambil susu diperkayakan yang mengandungi DHA, PDX-GOS, Yis Beta-Glukan dikaitkan dengan kurang mengalami episod jangkitan pernafasan akut dan tempoh jangkitan serta penggunaan antibiotik juga berkurangan.[5]

Menurut Garis Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja 2013, kanak- kanak digalakkan mengambil dua (2) hingga tiga (3) hidangan susu atau produk tenusu sehari. Susu merupakan salah satu daripada sumbangan pemakanan paling penting dalam diet kanak-kanak, kerana ia merupakan makanan padat nutrien yang menyediakan tenaga, protein dan mikronutrien berkualiti tinggi seperti kalsium, magnesium, selenium, riboflavin, vitamin B12 dan asid pantotenik [6]. Susu yang ditambah dengan nutrien-nutrien seperti MFGM, DHA, PDX- GOS dan Yis Beta Glukan berfungsi secara sinergi untuk melindungi daripada jangkitan.

Selain tabiat pemakanan, ibu bapa juga telah membuat perubahan kepada aspek lain dalam kehidupan harian mereka. Ia tidak memeranjatkan apabila ibu bapa berpendapat bahawa interaksi sosial dan aktiviti luar adalah paling kurang penting pada masa ini bagi anak mereka. Bagaimanapun, 50% ibu bapa didapati mengutamakan pertumbuhan fizikal dan mental di samping meluangkan masa bersama anak-anak mereka.

Kajian #ImmunityMatters seluruh negara ini terdiri daripada lebih daripada 500 ibu bapa dengan anak yang berusia lebih dari satu (1) tahun, di seluruh Malaysia. Ia adalah sebahagian daripada siri pendidikan Enfagrow A+ Malaysia yang berterusan bagi menggalakkan pemakanan yang berkhasiat dan tabiat makan yang sihat dalam tahun-tahun awal kehidupan kanak-kanak. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai topik yang berkitarkan kebimbangan kesejahteraan umum bagi kanak-kanak berusia lebih dari satu (1) tahun dengan Enfagrow A+ Malaysia dan atau kakitangan / pembicara jemputan di halaman Youtube Mead Johnson Malaysia.

Penafian: Maklumat yang disediakan adalah untuk tujuan pendidikan dan komunikasi sahaja dan ia tidak seharusnya dianggap sebagai nasihat perubatan peribadi, mahupun untuk diagnosis atau rawatan perubatan. Sila pastikan anda merujuk kepada pakar penjagaan kesihatan pada setiap masa apabila anda memerlukan nasihat perubatan dan melakukannya dengan segera sekiranya berlaku kecemasan.


Rujukan

Gombart,A.F.,Pierre,A.,&Maggini,S.(2020).AReviewofMicronutrientsand the Immune System-Working in Harmony to Reduce the Risk of Infection. Nutrients, 12(1), 236. https://doi.org/10.3390/nu12010236

Veereman-WautersGetal.Milkfatglobulemembrane(INPULSE)enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. Nutrition. 2012;28:749-752. Dapat semula daripada: https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0899900711003741?via% 3Dihub

Gutiérrez, S., Svahn, S. L., & Johansson, M. E. (2019). Effects of Omega-3 Fatty Acids on Immune Cells. International journal of molecular

CerdoT,García-SantosJA,BermúdezMGetal.Theroleofprobioticsand prebiotics in the prevention and treatment of obesity. Nutrients 2019; 11:635.

LiF,JinX,LiuB,ZhuangW,ScalabrinD.Follow-upFormulaconsumptionin3-to 4-Year-Olds and Respiratory Infections: An RCT. Pediatrics 2014;133:e1533- 1540. Dapat semula daripada: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/24843061

National Coordinating Committee on Food and Nutrition. Malaysian Dietary Guidelines for Children and Adolescents 2013. Dapat semula daripada: http://nutrition.moh.gov.my/wp- content/uploads/penerbitan/buku/MDG_Children_adolescent_2014.pdf.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Editorial
Editorial
We take our responsibilities seriously as a provider of free parenting resources. Our published articles are therefore written based on evidence-based information parents can rely on. Parenthood is hard. But it’s also the most rewarding. Our first goal is thus to make sure our content is concise, accurate and accessible.

Home Education Accelerator - Training Program for Parents & Carers

Learn how to offer Future-Oriented Personalised Holistic Home Learning! You can easily support your children's learning at home - without any planning or disruptions to your everyday family life!

Active Learning Booster - Training Program for Early Childhood & Primary Teachers

Online Interactive Teacher Training Program to help you offer Future-Oriented Early Childhood and Early Primary Education based on Active Experiential Holistic Learning!

Subscribe to our newsletter

Enter your email address and join the ranks of subscribers to get our latest updates direct to your inbox.

error: Content is protected