Forgotten Baby Syndrome & Aplikasi Child Reminder Yang Boleh Mengingatkan Anda Ada Anak Di Dalam Kereta

Tragedi terlupa anak dalam kereta ini berlaku bukan sahaja di Malaysia. Tetapi di banyak negara. Tragedi ini adalah masalah global dan boleh berlaku kepada semua jenis ibu bapa tanpa mengenal batas demografi, sosioekonomi, dan pendidikan.

David Diamond PhD, seorang profesor psikologi, farmakologi molekul, dan fisiologi di University of South Florida, telah menghabiskan bertahun-tahun meneliti apa yang beliau panggil Forgotten baby Syndrome.

Anda boleh baca dan telaah kajian beliau yang bertajuk “Cognitive and Neurobiological Perspectives on Why Parents Lose Awareness of Children in Cars.” Boleh juga baca artikel ringkas ini, Forgotten Baby Syndrome: Why parents leave children in hot cars untuk memahami dengan lebih lanjut tentang Forgotten Baby Syndrome.


Waze

Sekiranya anda pengguna biasa aplikasi pemanduan arah Waze (Google Play & Apple Store), satu perkara mudah yang boleh anda lakukan adalah dengan mengaktifkan ciri Peringatan Anak (Child Reminder). Ciri ini adalah amaran yang akan muncul setiap kali kenderaan anda sampai ke destinasinya. Peringatan ini akan mengingatkan anda untuk tidak melupakan anak anda di dalam kereta.


Kars 4 Kids Safety App

Sekiranya anda bukan pengguna Waze tetapi pengguna Android, anda boleh muat turun aplikasi Kars 4 Kids Safety App di Google Play. Aplikasi ini boleh dihubungkan ke Bluetooth kereta anda. Jadi apabila anda (dan telefon anda) meninggalkan kereta, penggera akan berbunyi. Anda boleh memuat naik foto anak anda untuk menyesuaikan fungsi dan tujuan peringatan ini.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.

Home Education Accelerator - Training Program for Parents & Carers

Learn how to offer Future-Oriented Personalised Holistic Home Learning! You can easily support your children's learning at home - without any planning or disruptions to your everyday family life!

Active Learning Booster - Training Program for Early Childhood & Primary Teachers

Online Interactive Teacher Training Program to help you offer Future-Oriented Early Childhood and Early Primary Education based on Active Experiential Holistic Learning!

Subscribe to our newsletter

Enter your email address and join the ranks of subscribers to get our latest updates direct to your inbox.

error: Content is protected