UOB Malaysia Lancar Pertandingan 2020 UOB Painting Of The Year

UOB Malaysia melancarkan pertandingan 2020 UOB Painting of the Year  dalam menunjukkan perpaduan dengan pelukis Malaysia; memperluas jangkauan melalui penyertaan secara digital dan Galeri Seni UOB maya berikutan sekatan akibat COVID-19.

Bank melancarkan UOB Art Explorer, program seni visual dalam talian untuk memperkenalkan karya seni dari Asia Tenggara ke seluruh dunia.

Kuala Lumpur, 20 Ogos – United Overseas Bank (Malaysia) Berhad (UOB Malaysia) hari ini mengumumkan bahawa para pelukis di Malaysia boleh menghantar penyertaan untuk pertandingan 2020 UOB Painting of the Year (Malaysia) secara digital berikutan sekatan yang disebabkan oleh COVID-19. Ini adalah tahun ke-10 pertandingan UOB Painting of the Year tahunan diadakan di Malaysia dan ia merupakan salah satu acara seni tahunan paling berprestij di Asia Tenggara.

UOB Painting of the Year adalah program seni utama Bank yang bertujuan untuk mencungkil dan memupuk bakat seni dari seluruh negara. Tahun ini, UOB Malaysia menjemput para pelukis baru dan mapan untuk berkongsi tanggapan mereka terhadap tema ‘Perpaduan’ (Solidarity) dan betapa pentingnya untuk kita kekal bersatu dalam menghadapi kesukaran. Bank berharap dapat menarik karya seni yang menyerlahkan daya tahan semangat manusia dalam mengatasi cabaran berkaitan COVID-19.

Encik Wong Kim Choong, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia berkata, “Apa yang menarik tentang seni adalah ia berupaya melampaui bahasa, budaya dan geografi. Ia juga mampu menyatukan orang ramai. Tema tahun ini menekankan konsep perpaduan dalam masyarakat terutamanya sewaktu menghadapi wabak COVID-19 dan peranan seni dalam menyatukan orang ramai di seluruh dunia. Melalui UOB Painting of the Year, kami berharap dapat mencungkil bakat dan mengiktiraf pelukis berbakat di Malaysia, di samping menaikkan semangat masyarakat melalui penghayatan seni, terutamanya dalam tempoh yang mencabar ini.”

Penyertaan untuk Pertandingan 2020 UOB Painting of the Year (Malaysia) kini dibuka. Penyertaan akan ditutup pada 11 Oktober 2020, jam 11.59 malam. Pemenang anugerah 2020 UOB Painting of the Year  (Malaysia) akan diumumkan di majlis anugerah yang akan diadakan secara maya pada November.

Pemenang anugerah 2020 UOB Painting of the Year (Malaysia) akan memenangi RM100,000 dan peluang bertanding untuk anugerah berprestij 2020 UOB Painting of the Year Asia Tenggara di Singapura (bernilai wang tunai tambahan sebanyak US$10,000) dan juga peluang menyertai program residensi selama sebulan di Muzium Seni Asia Fukuoka di Jepun.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan, sila layari www.UOBandArt.com.

Menyatukan orang ramai dari seluruh dunia melalui penciptaan seni

Berhadapan dengan ketidaktentuan dan pengasingan sosial yang dialami oleh ramai orang berikutan penularan wabak COVID-19, UOB Malaysia telah melancarkan UOB Art Explorer, program seni visual dalam talian yang direka untuk membawa manfaat seni ke dalam rumah orang ramai seluruh dunia. UOB Art Explorer bertujuan untuk menghubungkan semua, dari kanak-kanak hingga orang dewasa, ke dunia dan perspektif baru melalui lima inisiatif seninya, iaitu Art As Therapy (Seni sebagai Terapi), Art At Home (Seni di Rumah), Art In Color (Seni dalam Warna), Art In Story (Seni dalam Cerita), dan Art Virtually (Seni Secara Maya).

UOB Art Explorer adalah sebahagian daripada Program Bantuan COVID-19 #UnitedForYou global UOB yang lebih luas. Ia menggabungkan rangkaian mantap UOB dan rakan kongsinya yang berfikiran sama seperti golongan alumni pelukis UOB Painting of the Year bagi membantu masyarakat, pelanggan dan kakitangan dalam menghadapi masa yang mencabar ini.

Selain menghayati seni, UOB Art Explorer bertujuan mempromosikan kesejahteraan mental melalui inisiatif Art As Therapy. Enam belas sesi terapi seni telah diperkenalkan oleh Puan Yoko Choi, pemenang anugerah Pelukis Harapan, Kategori Pelukis Baru pertandingan 2016 UOB Painting of the Year (Singapura). Beliau juga pemegang Ijazah Sarjana dalam Terapi Seni dan seorang ahli terapi seni dan pendidik seni yang berdaftar.

UOB Art Explorer juga membolehkan orang dari pelbagai peringkat umur mencipta karya seni mereka sendiri melalui Art At Home. Dalam inisiatif ini yang dijalankan melalui tutorial, pemenang masa lepas menunjukkan pelbagai teknik seni dengan menggunakan bahan-bahan yang didapati di rumah seperti pensil berwarna dan krayon. Bagi mereka yang ingin mengisi masa dengan meneroka kreativiti mereka sendiri, inisiatif Art In Colour menawarkan lapan adaptasi lukisan garisan (line art) karya seni daripada Koleksi Seni UOB.

Mempamerkan seni Asia Tenggara ke persada dunia

Selaras dengan komitmen UOB untuk memperjuangkan seni Asia Tenggara, Bank juga akan terus mempamerkan pelukis dan karya seni terpilih dari rantau ini melalui program seni visual dalam talian. Para penonton dapat menyaksikan karya seni ini melalui Art Virtually, iaitu siri pameran secara maya yang dipamerkan di Galeri Seni UOB, dan juga Art In Story, yang menampilkan karya seni terpilih dari Koleksi Seni UOB setiap bulan.

Untuk mengambil bahagian dalam lima inisiatif di bawah UOB Art Explorer, iaitu Art As Therapy, Art At Home, Art In Colour, Art Virtually dan Art In Story, sila layari https://www.uob.com.my/about/art-explorer/art-explorer.page#

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.

Home Education Accelerator - Training Program for Parents & Carers

Learn how to offer Future-Oriented Personalised Holistic Home Learning! You can easily support your children's learning at home - without any planning or disruptions to your everyday family life!

Active Learning Booster - Training Program for Early Childhood & Primary Teachers

Online Interactive Teacher Training Program to help you offer Future-Oriented Early Childhood and Early Primary Education based on Active Experiential Holistic Learning!

Subscribe to our newsletter

Enter your email address and join the ranks of subscribers to get our latest updates direct to your inbox.

error: Content is protected