Kleenex Bekerjasama Dengan Ikon Negara, Datuk Lat, Untuk Melancarkan Kotak Tisu Edisi Khas

Kleenex melancarkan #SoftIsStrong bagi mengingatkan rakyat Malaysia, yang jauh dan dekat, untuk menerima sisi lembut dalam diri mereka dan berbuat baik antara satu sama lain.

Kuala Lumpur, 21 September – Setelah sekian lama menjadi sebahagian daripada kediaman keluarga di serata dunia, Kleenex telah berganding tenaga dengan kartunis ikonik negara, Datuk Lat, untuk memperkenalkan kotak-kotak tisu Kleenex edisi khas yang menampilkan ilustrasi unik menggambarkan keharmonian dan kebaikan di Malaysia. Kerjasama mengujakan ini memberikan penghormatan terhadap semangat rakyat Malaysia yang diekspresikan daripada kaca mata Datuk Lat, dengan harapan untuk memberi semangat kepada rakyat Malaysia untuk bersatu. Elemen nostalgia turut digarap dalam hasil seni terlibat.

Pelancaran kotak tisu edisi terhad ini adalah bersempena kempen #SoftIsStrong Kleenex yang menggalakkan segenap rakyat Malaysia untuk menerima sisi lembut dalam diri mereka dengan berbuat baik kepada keluarga, rakan-rakan serta jiran mereka. Ia diinspirasikan oleh kelembutan tisu muka Kleenex dan keteguhan semangat rakyat Malaysia seperti yang digambarkan oleh ilustrasi Datuk Lat. Sebagai sebuah negara yang mendepani ketidaktentuan dalam persekitaran semasa yang mencabar, kebanyakan isu yang dihadapi rakyat negara ini boleh diatasi dengan berbuat baik di antara satu sama lain.

“Kami amat berbangga bahawa Kleenex sentiasa menjadi perintis dalam penawaran produk tisu berkualiti sejak sekian lama. Kami juga amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan kartunis ikonik yang disegani di negara ini, Datuk Lat, yang mana hasil seni beliau telah menjadi sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia. Melalui usaha sama ini, Kleenex berharap untuk meraikan semangat rakyat Malaysia dan membolehkan mereka, baik yang jauh mahupun dekat, menyedari bahawa berbuat baik antara satu sama lain akan membuatkan kita lebih teguh sebagai sebuah masyarakat,” kata Ko Li June, Pengurus Jenama Kimberly-Clark.

“Saya amat teruja menjadi sebahagian daripada kempen ini. Mampu untuk menyerlahkan keharmornian Malaysia adalah suatu yang mudah bagi saya, khasnya apabila saya mengimbau semula sejarah indah 1Malaysia. Selama ini saya sentiasa menterjemah budaya dan semangat rakyat Malaysia melalui lukisan sebagai satu saluran untuk mengingatkan kepelbagaian, kekuatan dan semangat perpaduan yang ada kepada rakyat negara ini. Saya berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kleenex untuk menampilkan intipati keharmonian melalui kebaikan dan berharap kerjasama ini mengingatkan rakyat Malaysia bahawa semangat perpaduan dan sifat baik bermula di rumah,” ujar Datuk Lat.

Menerusi pelancaran kotak tisu Kleenex edisi khas dan kempen #SoftIsStrong, Kleenex menjemput rakyat Malaysia untuk berbuat baik antara satu sama lain dengan harapan membina sebuah masyarakat yang lebih kukuh dan bersatu-padu. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan berita-berita terkini kempen #SoftIsStrong dan kotak tisu Kleenex edisi khas dengan kerjasama Datuk Lat. Produk istimewa ini boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan platform e-dagang utama di seluruh negara mulai September 2020.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen #SoftIsStrong dan kerjasama dengan Datuk Lat, ikuti laman https://www.facebook.com/Kleenex.Malaysia

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Editorial
Editorial
We take our responsibilities seriously as a provider of free parenting resources. Our published articles are therefore written based on evidence-based information parents can rely on. Parenthood is hard. But it’s also the most rewarding. Our first goal is thus to make sure our content is concise, accurate and accessible.

Home Education Accelerator - Training Program for Parents & Carers

Learn how to offer Future-Oriented Personalised Holistic Home Learning! You can easily support your children's learning at home - without any planning or disruptions to your everyday family life!

Active Learning Booster - Training Program for Early Childhood & Primary Teachers

Online Interactive Teacher Training Program to help you offer Future-Oriented Early Childhood and Early Primary Education based on Active Experiential Holistic Learning!

Subscribe to our newsletter

Enter your email address and join the ranks of subscribers to get our latest updates direct to your inbox.

error: Content is protected