5 Petua Memastikan Bayi Mendapat Tidur Yang Berkualiti Semasa Bercuti

Adakah anak kecil kita mendapat tidur berkualiti yang cukup? Tidur adalah penting untuk kanak-kanak dalam segenap fasa perkembangan mereka. Tidur yang berkualiti tidak hanya bagus untuk bayi tetapi juga untuk ibu bapa. Berapa kerap tidur yang diperlukan oleh seseorang kanak-kanak setiap hari bergantung kepada usia mereka. Berikut adalah panduan jangka masa tidur yang diperlukan oleh bayi berusia antara 1 bulan hingga 12 bulan.

UmurTidur waktu siangTidur waktu malamJumlah keseluruhan
Baru Lahir8 jam (3 tidur)8 jam 30 minit16 jam 30 minit
Satu Bulan6 – 7 jam (3 tidur)8 – 9 jam14 – 16 jam
Tiga Bulan4 – 5 jam (3 tidur)10 – 11jam14 – 16 jam
Enam Bulan3 jam (3 tidur)11 jam14 jam
Sembilan Bulan2 jam 30 minit (2 tidur)11 jam13 jam 30 minit
Dua Belas Bulan2 jam 30 minit (2 tidur)11 jam13 jam 30 minit

Bercuti bersama bayi sebenarnya agak mencabar. Botol, formula, stroller, tilam, lampin bayi, dan banyak lagi yang harus difikirkan. Penyusuan melalui botol mahupun penyusuan ibu; masing-masing mempunyai cabarannya yang tersendiri.

Bagaimana pula dengan rutin waktu tidur mereka? Boleh cuba lima petua ini bagi memastikan bayi anda mendapat tidur berkualiti ynag cukup ketika anda pergi bercuti bersama mereka.

  • Ikuti rutin waktu tidur yang sama seperti di rumah. Jangan lupa bawa mainan atau sebarang alat kegemaran bayi anda. Bantal, selimut atau buku.
  • Cuba sebaik mungkin untuk berada di luar sepanjang waktu siang (tetapi dekat dengan tempat anda menginap). Lakukan aktiviti luar. Ini akan membantu bayi anda berehat dan tidur lebih senang dan lena pada waktu malam.
  • Beli tilam buaian atau tempat tidur bayi yang berkualiti. Tilam yang baik berupaya menawarkan sokongan yang baik serta selesa. Tidur bayi yang berkualiti semestinya berbaloi.
  • Cuba aplikasi tidur yang menawarkan suara atau bunyi yang menenangkan bagi membantu bayi anda tidur. Boleh lihat dan cuba aplikasi-aplikasi ini di IOS dan Google Play Store.
  • Pastikan aktiviti harian anda dirancang berdasarkan jadual tidur bayi anda. Pastikan bayi anda tidur sekurang-kurangnya sekali sehari.

Rujukan

BabyCentre Medical Advisory Board. (n.d.). How much sleep does your baby need? Retrieved March 11, 2020, from https://www.babycentre.co.uk/a7645/how-much-sleep-does-your-baby-need

Sleep needs for babies. (2017, September 06). Retrieved March 11, 2020, from https://raisingchildren.net.au/babies/sleep/understanding-sleep/sleep-needs-for-babies

Travel with babies and toddlers: Tips for not disturbing their sleep routine. (2017, July 13). Retrieved March 11, 2020, from https://www.ameliahunter.com/travel-babies-toddlers-tips-not-disturbing-sleep-routine/

Oh Baby, Let’s Travel – Eight Sleep Tips for Traveling With An Infant. (2019, December 05). Retrieved March 11, 2020, from https://takingcarababies.com/oh-baby-lets-travel/

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Aishah
Nur Aishah
I'm Aishah, co-founder of emakayah.com. Welcome to my author page. The following are mostly translations from our published English articles into Bahasa Melayu. Some articles, however, have been originally written in Bahasa Melayu.

Home Education Accelerator - Training Program for Parents & Carers

Learn how to offer Future-Oriented Personalised Holistic Home Learning! You can easily support your children's learning at home - without any planning or disruptions to your everyday family life!

Active Learning Booster - Training Program for Early Childhood & Primary Teachers

Online Interactive Teacher Training Program to help you offer Future-Oriented Early Childhood and Early Primary Education based on Active Experiential Holistic Learning!

Subscribe to our newsletter

Enter your email address and join the ranks of subscribers to get our latest updates direct to your inbox.

error: Content is protected