12 Langkah Untuk Pengalaman Menonton Filem Netflix Terhebat

Sama ada anda ingin menonton filem serangan zombi seperti #Alive atau filem aksi terkini seperti Project Power, anda boleh membuat sedikit semakan dan perubahan pada tetapan aplikasi anda bagi menikmati pengalaman Netflix yang sepenuhnya – tidak kira sama ada anda menggunakan peranti mudah alih, tablet atau TV.

Dapatkan kehebatan pengalaman menonton Netflix yang power di rumah anda dengan 12 langkah mudah ini!


TETAPKAN PERINGATAN DI DALAM NETFLIX 

Tetapkan peringatan secara terus di dalam Netflix. Kita semua menjalani kehidupan yang sibuk, tetapi tidaklah sesibuk Enola Holmes. Hanya lakukan carian untuk Enola Holmes, dan klik pada butang Ingatkan Saya. Sebaik sahaja ianya ditayangkan di Netflix, ia akan muncul secara automatik di dalam Senarai Saya


TUKAR TETAPAN MAIN BALIK

Apa yang membuatkan filem seperti The Old Guard dan Extraction begitu mengasyikkan ialah ianya dirakam dalam video 4K, bunyi Dolby Atmos dan Dolby Vision HDR. Dalam erti kata lain, filem-filem yang ditayangkan di Netflix menawarkan kualiti video dan audio yang menakjubkan, agar anda dapat menikmati kesan video yang mengagumkan, dan mendengar setiap tembakan, atau bunyi kelongsong peluru jatuh ke lantai.

Anda boleh menikmati semua ini apabila penggunaan data anda dioptimumkan kepada HD/Ultra HD. Pergi ke tetapan Akaun, buka menu pada Profil anda dan tekan Tukar di dalam tetapan Main Balik. Pastikan “penggunaan data per skrin” di dalam Profil anda ditetapkan kepada Tinggi (ianya akan memberikan anda kualiti HD/Ultra HD).


MENGGUNAKAN NETFLIX DALAM BAHASA PILIHAN ANDA 

Nikmati pengalaman Netflix sepenuhnya dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin atau Hindi – daripada daftar masuk hinggalah kepada carian, barisan, koleksi dan pembayaran, boleh didapati untuk semua peranti di dalam pelayar mudah alih, TV dan komputer peribadi anda.

Daftar ke dalam akaun Netflix anda di Netflix.com melalui pelayar web di dalam peranti mudah alih anda. Pilih profil anda dan tekan Urus profil. Klik pada menu Bahasa dan pilih bahasa pilihan anda. 


OPTIMUMKAN PELAN ANDA UNTUK 4K DAN BUNYI KELILING

Jadi anda memiliki TV 4K, yang dilengkapi dengan bar bunyi Dolby Atmos atau sistem pembesar suara 5.1. Untuk memanfaatkan sepenuhnya perkakasan berkenaan, anda perlu memastikan bahawa anda melanggan pelan Premium Netflix. Pelan Premium ini bukan sahaja membolehkan keluarga anda menonton di 4 skrin pada satu-satu masa, ia juga satu-satunya pelan yang menawarkan anda video Ultra HD dan bunyi Dolby Atmos. Untuk menyemak pelan anda, pergi ke Akaun dan lihat Butiran Pelan. Untuk mengubah, pilih Tukar Pelan


TETAPKAN BUNYI ANDA DENGAN BETUL 

Anda boleh mendapatkan bunyi yang mengasyikkan seperti menonton wayang di rumah. Walau bagaimanapun, jika TV anda disambungkan dengan bar bunyi/sistem muzik anda menerusi bicu audio 3.5mm, anda hanya akan mendapat bunyi stereo dan bukannya bunyi keliling (bunyi masih bergerak dari kiri ke kanan di dalam stereo, manakala bunyi keliling turut datang dari bahagian belakang pada tetapan 5.1; Atmos pula menambah ketinggian pada bunyi dan menghasilkan bunyi yang benar-benar 3 dimensi). Gunakan kabel HDMI dan sambungkan ke dalam port yang dilabel ARC pada kedua-dua TV dan sistem pembesar suara anda. Atau gunakan kabel optik, yang biasanya dikenali sebagai Toslink. Dapatkan maklumat lanjut mengenainya di sini


SEMAK KELAJUAN INTERNET ANDA (MENERUSI NETFLIX)


Untuk mendapatkan 4K/Ultra HD, sambungan jalur lebar anda mestilah berupaya menyokongnya. Tetapi jangan risau, anda cuma memerlukan sambungan Internet berkelajuan 25mbps atau ke atas yang biasanya terdapat untuk sambungan Internet di rumah. Untuk memastikannya, lakukan semakan segera masa sebenar di sini. Atau, anda boleh membuat ujian kelajuan daripada aplikasi mudah alih Netflix anda, dengan pergi ke Tambahan>Tetapan Aplikasi dan klik pada Uji Kelajuan Internet.


MENCARI LEBIH BANYAK JUDUL DI DALAM 4K/ATMOS/HDR


Mahukan lebih banyak lagi visual serta bunyi yang menakjubkan, dan mencari lebih banyak filem atau siri yang akan membuat anda terpegun? Jadikan carian teman baik anda. Buat carian dengan menggunakan kata kunci “Atmos”, “4K” atau “HDR”, dan Netflix akan menyenaraikan judul yang mempunyai visual dan audio yang mengagumkan. Mudah sangat!


JADIKAN MUAT TURUN TEMAN BAIK ANDA 

Seluruh ahli keluarga kita terperangkap di rumah. Maknanya, semua orang sedang menggunakan wifi; dan ada yang sampai bergaduh sebab berebut alat kawalan jauh TV. Inilah masa yang sesuai untuk anda beralih kepada panggung wayang poket anda sendiri, iaitu telefon pintar anda dengan menggunakan Muat Turun Pintar

Tonton secara terus melalui telefon pintar anda, atau lebih syok lagi, terutamanya apabila isyarat di dalam bilik anda agak lemah, duduk dekat dengan router, muat turun filem yang anda suka dan siap, anda boleh menonton tanpa gangguan. Sebelum anda mula memuat turun, pergi ke tetapan aplikasi, dan di bawah Muat Turun, set Kualiti Video kepada Lebih Tinggi


MUAT TURUN DENGAN SARI KATA/ALIH SUARA 

Apabila memuat turun filem ke dalam peranti mudah alih, pastikan filem yang anda muat turun mempunyai sari kata atau alih suara dalam bahasa pilihan anda, atau keterangan audio (untuk mereka yang mempunyai masalah penglihatan). 

Anda hanya perlu menyemak sama ada anda telah memilih sari kata/alih suara/keterangan audio pilihan anda sebelum memuat turun judul kegemaran anda. Anda boleh mengubah bentuk huruf, saiz, warna dan latar belakang sari kata anda sebelum memuat turun daripada Penampilan Sari Kata di dalam Tetapan Akaun. 


MENGGUNAKAN DATA MUDAH ALIH


Jika Wi-Fi anda tidak berfungsi atau ada masalah penyedia perkhidmatan jalur lebar, anda boleh menggunakan data Mudah Alih yang kini semakin murah, dan menstrim Netflix dengan lebih efisien. Walau bagaimanapun, untuk filem yang padat dengan aksi dan kesan visual, anda perlu menetapkan penggunaan data mudah alih kepada Maksimum di dalam Tetapan Aplikasi anda.


MENONTON HD/HDR DI DALAM TELEFON


Bukankah HD dan HDR sama sahaja? Tidak, 4K atau HD ialah mengenai kepadatan piksel. Maksudnya, ia memberikan anda imej yang lebih tajam dan terperinci. HDR atau Dolby Vision adalah warna dan julat dinamik imej berkenaan, memberikan cahaya dan warna yang lebih realistik pada skrin anda. Skrin telefon kini semakin canggih. Kebanyakan peranti iOS baru berupaya menstrim di dalam HD dan HDR. Begitu juga dengan peranti Android yang tertentu. 


NIKMATI BUNYI YANG MENGASYIKKAN DENGAN MENGGUNAKAN FON KEPALA ANDA 

Apabila menonton Netflix menggunakan peranti mudah alih anda, anda tidak akan mendapat bunyi keliling 5.1 atau Dolby Atmos. Tetapi, jika anda menggunakan fon kepala/fon telinga berwayar atau tanpa wayar, anda boleh menikmati pengalaman bunyi stereo yang mengasyikkan. Jadi seperti Keanu dan asyik dengan fon kepala anda!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Editorial
Editorial
We take our responsibilities seriously as a provider of free parenting resources. Our published articles are therefore written based on evidence-based information parents can rely on. Parenthood is hard. But it’s also the most rewarding. Our first goal is thus to make sure our content is concise, accurate and accessible.

Home Education Accelerator - Training Program for Parents & Carers

Learn how to offer Future-Oriented Personalised Holistic Home Learning! You can easily support your children's learning at home - without any planning or disruptions to your everyday family life!

Active Learning Booster - Training Program for Early Childhood & Primary Teachers

Online Interactive Teacher Training Program to help you offer Future-Oriented Early Childhood and Early Primary Education based on Active Experiential Holistic Learning!

Subscribe to our newsletter

Enter your email address and join the ranks of subscribers to get our latest updates direct to your inbox.

error: Content is protected