SOP PKPB (RINGKASAN): 14 – 27 Oktober 2020 – Kuala Lumpur, Putrajaya & Selangor

Kerajaan telah mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berikutan gelombang ketiga wabak Covid-19. Berikut adalah penerangan ringkas mengenai SOP.

Kawasan yang terlibat

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor

Tempoh berkuat kuasa

14 Oktober 2020 (mulai 12.01 pagi) sehingga 27 Oktober 2020 (11.59 malam)

Kawalan pergerakan

Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan/keperluan asas, perubatan dan lain-lain keperluan. Orang-orang yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.

Perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas henti-henti, bas ekspres, LRT/ MRT/ ERL/ Monorel dan teksi/ e-hailing dibenarkan beroperasi.

Perkhidmatan teksi/ e-hailing (maksimum hanya 2 orang penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam sepanjang tempoh PKPB.

Mana – mana individu yang berasal dari kawasan PKPB dibenarkan untuk pulang ke kawasan tersebut dengan kebenaran PDRM.

Bagi pergerakan yang perlu melalui Negeri Selangor, W. P. Kuala Lumpur dan W. P. Putrajaya ke negeri-negeri lain adalah dibenarkan dan perlu mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan.

Aktiviti dalam kawasan PKPB

Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran (delivery) atau take-away sahaja. Dine in dibenarkan terhad kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan.

Perkhidmatan perubatan/kesihatan

Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam. Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 11.00 malam.

Aktiviti pekerjaan

Pergerakan keluar/masuk merentas daerah tidak dibenarkan. Hanya pekerja yang mempunyai pas pekerja yang sah ATAU surat kebenaran daripada majikan dibenarkan untuk tujuan bekerja dan menjalankan tugas.

Pekerja yang merentas negeri ke dalam kawasan PKPB dibenarkan dengan mengemukakan pas kerja ATAU surat kebenaran daripada majikan .

Majikan hendaklah mematuhi perintah ini dan menggalakkan pekerja bekerja dari rumah (work from home) bagi aktiviti yang boleh dilaksanakan dari rumah.

Bagi kenderaan yang membawa pekerja adalah dibenarkan untuk beroperasi dengan pematuhan SOP.

Aktiviti keagamaan

Semua aktiviti keagamaan di masjid, surau dan rumah ibadat bukan Islam tidak dibenarkan. Masjid dan surau hanya dibenarkan untuk mengumandangkan azan dan mendirikan solat lima waktu dengan kehadiran 6 orang Jemaah yang ditentukan oleh Jawatankuasa Masjid termasuk Imam.

Pengurusan dan petugas di semua rumah ibadat bukan Islam dibenarkan seramai 6 orang sahaja.

Solat Jumaat tertakluk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri.

Aktiviti hiburan dan budaya

Aktiviti hiburan dan budaya adalah tidak dibenarkan. Aktiviti hiburan seperti kelab malam atau pub, taman tema, indoor playground dan panggung wayang tidak dibenarkan.

Aktiviti sukan dan rekreasi

Aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikal dan dijalankan secara individu tidak melebihi 10 orang seperti e-sports, berjalan, jogging, berbasikal, senam robik kendiri, hiking, memancing dan lain-lain yang dilakukan di kawasan terbuka adalah dibenarkan.

Aktiviti di kawasan tertutup (indoor), berkelah, aktiviti kolam renang, aktiviti bersentuhan fizikal/sukan tempur, aktiviti perlawanan bagi sukan berpasukan dan aktiviti penganjuran kejohanan /pertandingan tidak dibenarkan.

Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negeri tidak dibenarkan.

Program latihan berpusat yang sedia ada dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri-negeri berkenaan boleh diteruskan secara “Quarantine Based Approach” seperti yang dilaksanakan di Kompleks MSN Bukit Jalil dan Keramat, Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara dan Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kg. Pandan.

Aktiviti pelancongan

Aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan.

Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia kecuali pelancong asing daripada negara sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri.

Pendidikan

Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak – kanak ditutup dalam tempoh ini.

Pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil ujian atau peperiksaan dengan institusi luar negara adalah dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran.

Lain-lain yang tidak dibenarkan

Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan. Lain-lain perkara yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Untuk SOP penuh, boleh lawati laman sesawang Jabatan Penerangan Malaysia. Klik SINI.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Editorial
Editorial
We take our responsibilities seriously as a provider of free parenting resources. Our published articles are therefore written based on evidence-based information parents can rely on. Parenthood is hard. But it’s also the most rewarding. Our first goal is thus to make sure our content is concise, accurate and accessible.

Home Education Accelerator - Training Program for Parents & Carers

Learn how to offer Future-Oriented Personalised Holistic Home Learning! You can easily support your children's learning at home - without any planning or disruptions to your everyday family life!

Active Learning Booster - Training Program for Early Childhood & Primary Teachers

Online Interactive Teacher Training Program to help you offer Future-Oriented Early Childhood and Early Primary Education based on Active Experiential Holistic Learning!

Subscribe to our newsletter

Enter your email address and join the ranks of subscribers to get our latest updates direct to your inbox.

error: Content is protected