Warna Pilihan Kereta: Kilauan Hitam, Putih dan Kelabu

Kereta telah banyak berevolusi sejak diperkenalkan pada tahun 1886 oleh pencipta Jerman, Karl Benz. Hari ini, kereta moden lebih mudah diubahsuai berbanding sebelum ini dengan pelbagai kemungkinan tanpa batasan untuk penampilan kereta anda. Namun, penampilan pertama yang mudah dilihat oleh sesiapa adalah warna kereta

Sejak bermulanya era kenderaan moden, ia sudah menjadi kebiasaan untuk kereta dicat dengan pelbagai variasi spektrum warna. Misalnya, kenderaan bermotor pertama di dunia, Benz Patent-Motorwagen 1886 dicat dengan warna  hijau dan enjin terbukanya diwarnakan merah terang. Pada hari ini pula, anda akan menemui kereta dengan saiz, fungsi yang berbeza dan sudah tentu, “berpersonaliti” – iaitu warna pada kereta-kereta ini.Sekiranya ia terdapat pada carta warna, ia pasti boleh ditemui pada kereta juga.

Walaupun jenama automotif mengeluarkan set warna yang berbeza untuk kereta baharu, tahukah anda bahawa warna hitam, kelabu dan putih masih menjadi pilihan paling popular bagi pemilik kereta baharu di Asia Tenggara? Ini disokong oleh tinjauan warna yang dilakukan oleh AkzoNobel, syarikat peneraju cat dan penyalut terkemuka.

Hasil tinjauan membuktikan bahawa 22 peratus responden memilih warna hitam sebagai warna kegemaran mereka manakala 21 peratus dan 19 peratus responden memilih warna putih dan kelabu. Untuk memahami alasan mereka di sebalik pilihan ini, mari kita selami lebih mendalam tentang warna dan apakah yang ia wakili.

Warna hitam melambangkan kuasa, cita-cita dan kemewahan. Ini terbukti kerana beberapa jenama automotif yang lebih mewah seperti BMW dan McLaren menggunakan warna hitam pada jenama mereka. Bercakap mengenai jenama-jenama ini, tahukah anda bahawa BMW dan McLaren menggunakan pelapis automotif AkzoNobel untuk kenderaan mereka? BMW menggunakannya pada beberapa produk dan komponen kereta mereka, manakala McLaren menggunakan cat automotif AkzoNobel untuk semua kereta mereka yang berlegar di jalan raya.

Beberapa jenama kereta lain, seperti PROTON misalnya, sering memanfaatkan populariti warna ini, di mana baru-baru ini Proton Saga Edisi Ulang Tahun telah dilancarkan dengan warna serba hitam. Kita harus akui, sebuah kereta hitam yang berkilat dengan butiran terperinci kelihatan memukau dan dramatik serta pasti akan menarik perhatian pembeli kereta baharu.

Pada spektrum warna yang bertentangan adalah warna putih. Tidak syak lagi bahawa kereta lebih cenderung tampak lebih kemas dengan warna putih. Ini adalah warna yang sering dikaitkan dengan kesucian dan kebersihan. Pada tahap yang lebih praktikal, jika anda dapat mengimbau kembali mata pelajaran sains sewaktu zaman sekolah rendah, permukaan putih adalah pemantul haba dan cahaya yang mantap.

Ini bermakna kereta putih tidak menyerap haba cahaya matahari secara berlebihan untuk memastikan bahagian dalam kereta anda tidak akan terlalu panas setelah berada di tempat terbuka pada hari panas terik. Dan kerana warnanya lebih diminati ramai, kereta berwarna putih selalunya mempunyai nilai jualan semula yang tinggi. Anda hanya perlu pastikan kereta anda berada di dalam keadaan optimum dan perbatuan rendah odometer.

Yang terakhir sekali, warna kelabu. Selalunya dilihat sebagai diplomatik, kelabu mencapai keseimbangan antara hitam dan putih. Pemilik kereta yang memandu kereta kelabu cenderung menjadi individu yang sederhana dan rendah hati serta sering senang bergaul dengan orang ramai. Warnanya sederhana dan mudah dijaga kerana kelabu akan semakin kusam dari masa ke masa. Yang paling penting, calar pada kereta tidak begitu ketara jika dibandingkan dengan kereta berwarna lain kerana tona warna yang lebih ringan membolehkan calar menyatu dengan cat.

Meskipun warna kereta amat penting, ia juga perkara yang sering terlepas pandang. Tahukah anda bahawa untuk mendapatkan warna putih berkilat, warna hitam dan kelabu yang elegan pada kereta, kajian dan pembangunan bertahun telah dilakukan oleh pakar-pakar di Sikkens – salah satu jenama di bawah AkzoNobel – untuk memastikan bahawa warna kereta anda tetap kemas dan tidak luntur walaupun selepas bertahun penggunaan.

Sikkens merupakan pakar dalam sistem kemasan kenderaan yang akan melindungi kereta anda berpandukan standard OEM. Cat ini berkualiti tinggi, memberikan kemasan tahan lama pada kenderaan anda dan pada tahap tertentu, berperanan sebagai elemen aerodinamik kereta anda.

Keseluruhannya, jika ingin mengubahsuai kereta hitam, putih atau kelabu milik anda, pastikan anda mencari jenama yang menawarkan pelbagai pilihan kesempurnaan. Tanpa ragu lagui, Sikkens berada dalam posisi ini dan berpengalaman selama lebih dari 200 tahun.

Pada hari ini, Sikkens adalah salah satu jenama salutan terkemuka di dunia oleh AkzoNobel dan menyediakan salutan untuk membaiki kemalangan dan mengemaskini kenderaan komersial. Dengan konsep ‘Creating Together’, Sikkens bekerjasama dengan pelanggan untuk kemajuan pembangunan produk premium yang inovatif. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh terus layari laman web https://sikkensvr.com/.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Editorial
Editorial
We take our responsibilities seriously as a provider of free parenting resources. Our published articles are therefore written based on evidence-based information parents can rely on. Parenthood is hard. But it’s also the most rewarding. Our first goal is thus to make sure our content is concise, accurate and accessible.

Home Education Accelerator - Training Program for Parents & Carers

Learn how to offer Future-Oriented Personalised Holistic Home Learning! You can easily support your children's learning at home - without any planning or disruptions to your everyday family life!

Active Learning Booster - Training Program for Early Childhood & Primary Teachers

Online Interactive Teacher Training Program to help you offer Future-Oriented Early Childhood and Early Primary Education based on Active Experiential Holistic Learning!

Subscribe to our newsletter

Enter your email address and join the ranks of subscribers to get our latest updates direct to your inbox.

error: Content is protected