SMCV Menggesa Orang Ramai Untuk Mendapatkan Saringan Kesihatan Yang Kerap Dan Rawatan Awal Untuk Kanser Payudara

  • Kes-kes kanser di Malaysia semakin meningkat, dengan bilangan pesakit yang ke hospital untuk mendapatkan rawatan semakin berkurangan dan lebih berharap untuk menjalankan rawatan sendiri
  • Pesakit harus berkomunikasi secara konsisten dengan perunding kesihatan mereka untuk menentukan kaedah perubatan yang paling sesuai untuk mereka  

Kuala Lumpur, October 20 – Dengan Oktober selaku bulan kesedaran kanser payudara setiap tahun, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) menggesa semua rakyat Malaysia untuk menjalani saringan kesihatan yang kerap, dan apabila diperlukan – untuk menerima rawatan seawal mungkin untuk prognosis yang lebih baik.

Menurut Laporan Daftar Kanser Kebangsaan (2012-2016), beberapa tahun kebelakangan ini terdapat peningkatan dalam kes kanser, dengan kanser payudara menduduki carta teratas bagi sepuluh jenis kanser yang paling biasa ditemui di Malaysia.

Satu lagi statistik yang membimbangkan dari laporan itu mendedahkan bahawa bilangan kes kanser tahap III dan IV meningkat dari 58.7 peratus (2007-2011) kepada 63.7 peratus (2012-2016). Sesetengah pesakit-pesakit lewat mendapatkan rawatan di hospital memandangkan mereka memutuskan untuk mengambil tindakan sendiri dengan bergantung kepada suplemen dan rawatan sendiri, atau cuba untuk mengelak rawatan sama sekali.

Ini menunjukkan bahawa wujud satu stigma sekitar diagnosis kanser, kerana pesakit – pesakit ini mungkin berasa bimbang mengenai keselamatan pekerjaan mereka, takut tentang persepsi dan tanggapan orang ramai ke atas mereka dan, yang boleh menghalang mereka dari mengambil tindakan yang betul untuk merawat keadaan mereka.

Pakar Perunding Onkologi SMCV Dr Hafizah Zaharah binti Ahmad dan Pakar Bedah Payudara & Endokrin Dr Suziah Mokhtar menggalakkan rakyat Malaysia untuk memberanikan diri dan membenarkan profesional perubatan untuk membantu mereka dengan melakukan saringan kesihatan yang kerap untuk mengesan sebarang kelainan dan menggesa agar segera mendapatkan rawatan awal dan bukannya membenarkan sebarang diagnosis kanser dibiarkan tanpa dirawat sehingga ianya menjadi terlalu lambat.

Komunikasi adalah Kunci Utama

Walaupun keputusan muktamad berkenaan rawatan kanser bergantung kepada pesakit, pengesanan dan rawatan awal boleh memberikan pesakit itu  pilihan dan lebih banyak kawalan ke atas apa yang mereka pilih untuk lalui. Pesakit harus berkomunikasi secara kerap dengan doktor perunding mereka untuk mencari kaedah rawatan yang terbaik bagi keadaan mereka untuk memastikan kualiti kehidupan yang terbaik untuk diri mereka sendiri.

Dr Hafizah menjelaskan lagi bahawa usaha padu pelbagai disiplin dalam rawatan kanser adalah penting, kerana ia memerlukan satu pasukan pakar bekerjasama untuk memberikan rawatan yang terbaik.

“Untuk kanser payudara, rawatan  memerlukan seorang pakar bedah payudara, pakar onkologi, pakar radiologi, jururawat onkologi dan fisioterapi. Rawatan kanser paydara bergantung kepada jenis kanser payudara, tahap kanser payudara dan kondisi pesakit. Biasanya, seorang pesakit memerlukan gabungan kaedah rawatan yang mungkin terdiri daripada pembedahan, kemoterapi, terapi hormon, terapi bersasar atau terapi radiasi.”

Tambah Dr Suziah, beliau berkata bahawa semua kaedah rawatan konvensional, terutama sekali untuk kanser payudara adalah berdasarkan pendekatan multimodaliti dan  sentiasa direkasuai khas untuk setiap individu.

“Rawatan definitif hanya diputuskan selepas perbincangan ekstensif diadakan dan kaunseling diberikan kepada pesakit itu dan ahli keluarga beliau.  Di SMCV, kami berupaya menyediakan pengurusan bertaraf dunia untuk rawatan kanser payudara dengan menggunakan ubat-ubatan terbaharudan teknologi yang paling maju,” katanya.

Inilah sebab mengapa ia adalah penting untuk pesakit mendapatkan rawatan awal dan bukannya bergantung kepada suplemen alternatif yang mungkin memburukkan lagi keadaan. Komunikasi yang konsisten dengan doktor dan menetapkan matlamat yang pesakit mahu capai dengan rawatan mereka adalah sama pentingnya untuk memastikan mereka menerima jagaan rapi yang berpadanan bagi keadaan mereka.

Tanda-tanda untuk Diawasi

Saringan untuk mengesan pada peringkat awal adalah satu aspek penting dalam merawat semua kanser, begitu juga kesnya dengan kanser payudara. Dr Suziah menekankan bahawa ia adalah penting untuk memeriksa payudara anda sendiri secara kerap, supaya ia lebih mudah untuk mengesan apa-apa yang luar biasa padapayudara seseorang;  jika mereka tahu bagaimana kondisi payudara yang kelihatan dan rasa normal. Walaubagaimanapun, seseorang juga harus ingat untuk memeriksa seluruh kawasan sekitar payudara, termasuk dada bahagian atas dan ketiak. Beberapa tanda amaran yang biasa termasuk:

  • Ketulan, perubahan dalam saiz atau bentuk payudara
  • Lesung pada kulit payudara itu
  • Perubahan pada puting (tertarik ke dalam)
  • Discaj abnormal dari puting
  • Kesakitan atau kelembutan

Tambahan Dr Hafizah,terdapat beberapa faktor risiko dalam perkembangan kanser payudara yang tidak dapat dielakkan, seperti peningkatan umur, sejarah keluarga yang menghidapi kanser payudara atau ovari, faktor-faktor reproduktif, dan mutasi genetik (seperti BRCA1 dan BRCA2). Walaubagaimanapun, terdapat faktor-faktor gaya hidup luaran tertentu seperti faktor diet (diet kaya dalam lemak haiwan), penggambilanalkohol yang tinggi (lebih daripada dua gelas sehari) dan penggunaan ubat-ubatan yang mengandungi hormon.

Untuk ini, kedua-dua perunding menasihati semua rakyat Malaysia agar menjadi lebih peka mengenai tabiat gaya hidup mereka, dengan mengamalkan diet yang sihat dan seimbang, kerap bersenam dan menjadi lebih berwaspada  akan kesan pengambilan sesetengah ubat.

Pesakit yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kanser payudara atau untuk mendapatkan rawatan harus berbuat demikian secepat mungkin.

Pusat Perubatan Sunway Velocity terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. Untuk pertanyaan, sila hubungi +603 9772 9191 atau e-mel smcv-enquiry@sunway.com.my. Untuk maklumat lanjut, mengenai Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), layari www.sunmedvelocity.com.my (Facebook: Sunway Medical Velocity).

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Editorial
Editorial
We take our responsibilities seriously as a provider of free parenting resources. Our published articles are therefore written based on evidence-based information parents can rely on. Parenthood is hard. But it’s also the most rewarding. Our first goal is thus to make sure our content is concise, accurate and accessible.

Home Education Accelerator - Training Program for Parents & Carers

Learn how to offer Future-Oriented Personalised Holistic Home Learning! You can easily support your children's learning at home - without any planning or disruptions to your everyday family life!

Active Learning Booster - Training Program for Early Childhood & Primary Teachers

Online Interactive Teacher Training Program to help you offer Future-Oriented Early Childhood and Early Primary Education based on Active Experiential Holistic Learning!

Subscribe to our newsletter

Enter your email address and join the ranks of subscribers to get our latest updates direct to your inbox.

error: Content is protected