Jom Beli Buku! Big Bad Wolf Akan Melancarkan Platform Online November Ini

Acara tahunan yang paling dinanti-nantikan kembali dengan format baharu sambil menawarkan pelbagai tawaran yang lebih hebat untuk para peminat buku.

Kuala Lumpur, 28 Oktober — Jualan Buku Terbesar di Dunia, Jualan Buku Big Bad Wolf, kembali dan akan melancarkan platform e-dagang baharunya buat kali pertama untuk para pembaca di Malaysia dari 4 hingga 11 November 2020. Jualan Buku selama 8 hari ini bakal menggembirakan para peminat dan pencinta buku dengan menawarkan lebih daripada 20 juta buku dan 40,000 judul buku.

Selain daripada itu, para pembeli di Malaysia juga akan dapat menikmati buku-buku berkualiti yang baharu dan mendapatkan penjimatan sehingga 90% daripada harga runcit yang disyorkan.

Para pembaca dari semua peringkat umur boleh meneliti pilihan luas dari pesta Jualan Buku maya pada tahun ini di mana mereka boleh mendapatkan pelbagai judul seperti novel, fiksyen sains, cinta, sastera, novel grafik, buku perniagaan, bimbingan diri, buku seni bina, buku masakan yang terlaris, dan banyak lagi; kesemuanya boleh didapati dalam satu laman web. Terkenal dengan koleksi buku kanak-kanak yang luas; ibu bapa boleh memilih buku cerita, buku aktiviti, buku kertas tebal, buku mewarna, buku bergambar dan buku interaktif untuk memenuhi masa lapang anak-anak di rumah.

“Keselamatan pembeli dan kakitangan kami adalah keutamaan. Oleh itu, apabila pandemik melanda pada awal tahun ini, kami tidak mahu mengekang misi kami untuk membina generasi pembaca buku yang baharu dan menyebarkan kegembiraan melalui membaca. Pasukan kami berdedikasi untuk memastikan para peminat buku di Malaysia masih boleh mendapatkan buku-buku yang menarik di Jualan Buku akhir tahun kegemaran mereka,” kata Jacqueline Ng, Pengasas Bersama, Big Bad Wolf Books. “Melalui platform e-dagang baharu kami, semua pembaca di Malaysia boleh membeli buku di Jualan Buku Big Bad Wolf pada tahun ini dengan selamat, di mana jua mereka berada,” tambah beliau.

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikenakan ke atas Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Sabah, dan di negeri-negeri lain yang terlibat, Jualan Buku Big Bad Wolf  berharap agar dapat memberikan para pembaca akses berterusan kepada pengetahuan melalui koleksi buku-bukunya, justeru menggalakkan kenikmatan membaca dari keselesaan rumah masing-masing. Platform e-dagang baharu ini membolehkan para pengguna melayari katalog yang mengandungi 40,000 judul buku dengan mudah.

Pelbagai promosi mengikut kategori akan menanti para pembaca, contohnya Horrible Books, White Star Classic Fairy Tales, Magical Books Deal dan book of the Sale, the Christmas 8 in 1 Game Book. Pengguna juga boleh menikmati penghantaraan percuma di Semenanjung Malaysia untuk pesanan melebihi RM180, serta tawaran diskaun RM5 dengan pembelian minimum sebanyak RM80 atau diskaun 10% daripada jumlah bil dengan pembelian minimum sebanyak RM300, tertakluk kepada terma dan syarat. Para pembaca di Sabah dan Sarawak juga akan menikmati diskaun 30% dari kos penghantaran tanpa perbelanjaan minimum.

Diasaskan di Petaling Jaya pada 2009, Big Bad Wolf Book Sale kini diadakan di 34 buah bandar di 12 negara termasuk Thailand, Indonesia, Sri Lanka, Filipina, Kemboja, Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu, Pakistan, Myanmar, Taiwan, dan yang paling terkini, di Singapura.

Maklumat terkini mengenai Big Bad Wolf Online Book Sale di Malaysia yang amat dinanti-nantikan ini akan diumumkan tidak lama lagi di laman web dan di media sosial mereka. Ikuti Big Bad Wolf Books di Facebook atau Instagram agar tidak ketinggalan.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Editorial
Editorial
We take our responsibilities seriously as a provider of free parenting resources. Our published articles are therefore written based on evidence-based information parents can rely on. Parenthood is hard. But it’s also the most rewarding. Our first goal is thus to make sure our content is concise, accurate and accessible.

Home Education Accelerator - Training Program for Parents & Carers

Learn how to offer Future-Oriented Personalised Holistic Home Learning! You can easily support your children's learning at home - without any planning or disruptions to your everyday family life!

Active Learning Booster - Training Program for Early Childhood & Primary Teachers

Online Interactive Teacher Training Program to help you offer Future-Oriented Early Childhood and Early Primary Education based on Active Experiential Holistic Learning!

Subscribe to our newsletter

Enter your email address and join the ranks of subscribers to get our latest updates direct to your inbox.

error: Content is protected