SMCV Mahu Anda Membincangkan Isu Kesihatan Lelaki November ini

  • Sambutan dingin dalam menjalani saringan kesihatan di kalangan lelaki, antara punca yang seringkali membawa kepada jangka hayat yang lebih rendah
  • Halangan untuk menyuarakan mengenai keadaan kesihatan lelaki dan mengambil tindakan perlu termasuk internalisasi emosi dan berada dalam penafian

Kuala Lumpur, 2 November – Tahukah anda bahawa jangka hayat lelaki di Malaysia pada tahun 2017 adalah hampir lima tahun lebih pendek berbanding wanita di negara ini? Buat masa ini ia berada sekitar angka 72.7 tahun berbanding dengan 77.4 tahun untuk wanita, walaupun lelaki menyumbang kepada lebih daripada separuh jumlah populasi di Malaysia [1].

Sebahagian besar kematian pramatang di kalangan lelaki (68%) adalah disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit (NCD), diikuti oleh penyakit berjangkit (20%) dan disebabkan kecederaan (12%). Dengan kadar peningkatan yang mencemaskan berkaitan dengan NCD, terdapat satu lagi sebab utama mengapa rawatan untuk lelaki amat kurang di Malaysia – terutama sekali tahap kesedaran yang rendah, kurangnya perbincangan terbuka, dan tabiat mengutamakan kesihatan yang lemah di kalangan lelaki.

Seiringan dengan gerakan global Movember bulan ini, yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran mengenai isu-isu kesihatan lelaki yang serius, seperti barah prostat dan barah testikular, Sunway Medical Centre Velocity (SMCV) sedang giat mengadakan ceramah dan menggalakkan perbincangan terbuka yang lebih banyak berhubung kesihatan lelaki supaya mereka boleh menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik. 

Menyelami akar umbi permasalahan ini

Pada tahun 2018, Kementerian Kesihatan (MOH) telah merekodkan satu angka yang rendah di kalangan lelaki untuk mendapatkan saringan kesihatan, dengan hanya 4.7% yang telah menjalani saringan kesihatan, berbanding dengan 5.8% wanita yang telah disaring. Sehubungan dengan ini, MOH telah bertindak lanjut dengan memperkenalkan satu pelan Tindakan Kesihatan Lelaki Kebangsaan (2018-2023) untuk menekankan kepentingan memberi tumpuan dan perhatian khusus kepada isu-isu kesihatan lelaki.

Untuk memahami halangan yang dihadapi oleh lelaki dalam mendapatkan rawatan perubatan, terdapat berbagai faktor dan komponen yang timbul. Pertama sekali, mereka mungkin berada dalam penafian mengenai keadaan atau diagnosa mereka, dan tidak rela menerima batasan yang datang dengan peningkatan dalam usia mereka. Ini seterusnya akan mengakibatkan mereka untuk meneruskan tabiat buruk seperti pemakanan yang tidak sihat, merokok, tidak mendapat tidur dan rehat yang mencukupi dan kekurangan aktiviti fizikal tatkala mereka semakin lanjut usia dalam tahun-tahun terkemudian.

Satu lagi cabaran adalah internalisasi emosi disebabkan oleh stereotaip dan tekanan dari masyarakat. Mereka mungkin berasa tidak selesa untuk membincangkan pergelutan mereka memandangkan mereka merasakan perlu untuk mengekalkan imej yang kuat dan enggan menunjukkan sebarang tanda kelemahan kepada orang sekeliling mereka. Ini mungkin menghalang mereka daripada mendapatkan bantuan dan rawatan yang diperlukan.

Inilah sebabnya mengapa ia adalah penting untuk menjadikan ia satu norma untuk bercakap mengenai keadaan kesihatan yang menyelubungi mereka, dan merangka satu pendekatan holistik untuk kesihatan lelaki yang merangkumi aspek-aspek kesihatan psikologi, sosial dan fizikal untuk menangani pergelutan mereka. 

Keprihatinan mengenai kesihatan lelaki

Pakar Perunding Urologi SMCV, Dato’ Dr. Selvalingam Sothilingam mengutarakan bahawa lelaki harus memberi perhatian kepada simptom berlainan yang wujud pada peringkat berlainan dalam kehidupan mereka. Ini adalah supaya mereka tahu apa yang perlu untuk diperhatikan dan berwaspada demi untuk mengambil tindakan susulan.

“Merentasi semua kumpulan usia, nyahfungsi seksual adalah agak biasa. Masalah kesuburan adalah satu masalah yang dikhuatiri di kalangan lelaki dalam kumpulan usia reproduktif dan merupakan satu masalah yang semakin dibimbangkan pada hari ini terutamanya oleh pasangan muda yang cuba untuk memulakan sebuah keluarga. Benign Prostatic Hyperlasia (BPH) (pembesaran kelenjar prostat), Diabetes Melitus, Tekanan Darah Tinggi (HPT) dan penyakit jantung lebih kerap berlaku di kalangan lelaki yang melebihi usia 50an.

Saringan untuk serangan penyakit ini dan juga barah, termasuk barah urologi adalah lebih relevan untuk kumpulan usia ini memandangkan mereka adalah lebih terdedah kepada diagnosa sedemikian, terutama sekali jika wujud sejarah penyakit  seumpamanya dalam keluarga mereka,” Dato’ Dr. Selvalingam  berkata.

“Walaubagaimanapun, kami turut menyaksikan satu peningkatan kes barah urologi dalam golongan lelaki yang lebih muda, berkemungkinan besar disebabkan oleh pilihan gaya hidup. Barah testikular merupakan satu contoh barah yang boleh berlaku dalam lelaki lebih muda, oleh itu seseorang harus sedar mengenai faktor-faktor risiko dan pemeriksaan testis oleh diri sendiri masih tidak diberikan penekanan yang mencukupi,” beliau menambah.

Dato’ Dr. Selvalingam menekankan lebih lanjut lagi kepentingan untuk menjalani saringan kesihatan dengan kerap. Pengesanan awal adalah kunci untuk mengurangkan serangan penyakit ini dan menurunkan potensi kadar kematian.

“Dalam sebuah masyarakat di mana norma budaya memainkan peranan utama dan orang lelaki seringkali dilihat sebagai ketua isi rumah, dan ini kerapkali menjadi satu penghalang dan cabaran bagi mereka untuk berkongsi dan membincangkan masalah mereka secara terbuka dan secara jujur memandangkan mereka perlu dilihat sebagai tunggak kekuatan. Namun, ini mampu memberikan mereka keyakinan untuk melihat sebaliknya sekiranya mereka memperolehi sokongan yang baik terutamanya dari isteri atau pasangan beliau, yang menggalakkan mereka untuk mendapatkan rawatan awal,” akhiri beliau.

Sunway Medical Centre Velocity terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi +603 9772 9191 atau emel smcv-enquiry@sunway.com.my. Untuk maklumat lanjut mengenai Sunway Medical Centre Velocity, lawati https://www.sunmedvelocity.com.my/ (Facebook: Sunway Medical Velocity).


[1]https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=116&bul_id=dkdvKzZ0K1NiemEwNlJteDBSUGorQT09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Editorial
Editorial
We take our responsibilities seriously as a provider of free parenting resources. Our published articles are therefore written based on evidence-based information parents can rely on. Parenthood is hard. But it’s also the most rewarding. Our first goal is thus to make sure our content is concise, accurate and accessible.

Home Education Accelerator - Training Program for Parents & Carers

Learn how to offer Future-Oriented Personalised Holistic Home Learning! You can easily support your children's learning at home - without any planning or disruptions to your everyday family life!

Active Learning Booster - Training Program for Early Childhood & Primary Teachers

Online Interactive Teacher Training Program to help you offer Future-Oriented Early Childhood and Early Primary Education based on Active Experiential Holistic Learning!

Subscribe to our newsletter

Enter your email address and join the ranks of subscribers to get our latest updates direct to your inbox.

error: Content is protected