Ubah Cara Hidup Anda Dengan Coway Run 2020

Tabiat baharu boleh dipupuk dalam tempoh masa antara 18 hingga 254 hari. Sungguhpun tiada tempoh masa lazim untuk mengubahkan tabiat lama, usaha memupukkan amalan sihat baharu mampu mengubah sama sekali kehidupan anda. Satu tabiat positif yang mudah diamalkan dalam keselesaan rumah sendiri ialah aktiviti bersenam. Acara Coway Run 2020: Change The Game yang dilancarkan pada awal bulan November ini, mengajak rakyat Malaysia untuk mula memupuk tabiat bersenam dengan melengkapkan larian maya sejauh 40km tanpa had masa sehingga 29 November 2020.

Anda hanya perlu berlari menggunakan mesin treadmill atau di kawasan anjung, laman atau ruang belakang rumah. Penghuni kediaman bertingkat boleh menggunakan gimnasium, ruang rekreasi awam, atau aktiviti turun naik tangga di blok kediaman masing-masing. Jika keadaan mengizinkan, anda juga boleh berlari di sekitar taman perumahan anda.

Untuk mengekalkan dan menambah baik cara larian di samping mencegah kesan kecederaan jangka masa panjang, senaman perlu dilakukan sekerap mungkin. Sebenarnya, anda tidak memerlukan peralatan gimnasium canggih, mahupun rutin senaman yang meletihkan.

Tiga influencer Malaysia – Angeline Ong, Mark O’Dea dan Joanna Soh – berkongsi senaman yang mudah dan tidak membebankan, dan juga boleh dilakukan di rumah, selain mengesyorkan beberapa peralatan senaman yang berbaloi untuk dibeli.

Angeline Ong, yang amat berpengalaman dalam bidang kecergasan, yakin bahawa konsistensi dan kesungguhan adalah unsur penting untuk mencapai matlamat kecergasan diri sendiri. “Mereka yang baru bermula bersenam patut melakukan senaman ringan dan perlahan. Yang pentingnya, jangan putus asa! Pelari yang berpengalaman mesti terus meningkatkan prestasi: mencabar kemampuan diri dan mendorong orang lain untuk turut berusaha sedaya upaya,” ujar Ong.

Pengacara TV dan bintang YouTube, Mark O’Dea, memberi jaminan kepada individu yang baru bermula bahawa ‘masih belum terlambat untuk kita bersenam’! Cabaran beliau kepada rakyat Malaysia, “Mula melakukan sesuatu untuk mengambil langkah pertama. Anda akan berasa amat teruja apabila mencapai sasaran yang anda tetapkan!”. Beliau yang sentiasa menjaga kecergasannya sepanjang umurnya, menyeru orang ramai untuk terus berusaha walaupun perjalanan untuk meningkatkan tahap kecergasan tidak selalunya mudah dan lancar.

Sementara itu, influencer kecergasan, Joanna Soh menekankan kepentingan bahawa kita perlu bertanggungjawab terhadap kecergasan diri sendiri. “Lakukannya untuk diri sendiri. Usaha ini adalah satu pengembaraan peribadi. Perjalanan yang tidak pernah berakhir – dari segi fizikal dan mental – untuk meningkatkan keyakinan diri,” katanya. Soh juga mengingatkan rakyat Malaysia tentang keseimbangan dan kesederhanaan. “Kecergasan bukan bermakna pemakanan yang 100% sihat atau meluangkan masa berjam-jam di gimnasium, tetapi kita perlu mencari keseimbangan yang paling sesuai untuk diri sendiri,” kata beliau.

Untuk menceriakan larian, Coway telah memperkenalkan ciri permainan interaktif yang membolehkan pelari mengumpulkan lencana pencapaian selepas menamatkan mercu jaya penting sepanjang larian yang ditetapkan pada Tahap 1 (3km), Tahap 2 (10km), Tahap 3 (20km) dan Tahap 4 (40km). Matlamatnya adalah untuk mendorong pelari menamatkan seluruh larian sehingga 29 November 2020.

Selain untuk bersuka-ria, Coway Run 2020 juga mempunyai tujuan murni. Sebanyak RM10 daripada setiap yuran pendaftaran peserta akan disalurkan kepada Coway Happy Water Project, yang membiayai inisiatif untuk membekalkan air bersih dan menggalakkan amalan kebersihan yang baik kepada masyarakat Orang Asli di seluruh negara. Pada tahun ini, lebih 300 keluarga dijangka mendapat manfaat daripada projek 5 tahun ini yang bermatlamat memenuhi keperluan 1,000 keluarga menjelang akhir tahun 2021.

Masih belum terlewat untuk menyertai larian di laman web ini: www.eventbrite.sg/e/coway-run-2020-change-the-game-virtual-run-tickets-117600069975.

Untuk maklumat lanjut mengenai larian, sila layari: www.cowayrun.com.my. Butiran mengenai Happy Water Project boleh didapati di  www.coway.com.my/happywaterproject.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Editorial
Editorial
We take our responsibilities seriously as a provider of free parenting resources. Our published articles are therefore written based on evidence-based information parents can rely on. Parenthood is hard. But it’s also the most rewarding. Our first goal is thus to make sure our content is concise, accurate and accessible.

Home Education Accelerator - Training Program for Parents & Carers

Learn how to offer Future-Oriented Personalised Holistic Home Learning! You can easily support your children's learning at home - without any planning or disruptions to your everyday family life!

Active Learning Booster - Training Program for Early Childhood & Primary Teachers

Online Interactive Teacher Training Program to help you offer Future-Oriented Early Childhood and Early Primary Education based on Active Experiential Holistic Learning!

Subscribe to our newsletter

Enter your email address and join the ranks of subscribers to get our latest updates direct to your inbox.

error: Content is protected