Tinjauan Herbalife Nutrition Menyangkal Mitos Pemakanan

Tinjauan Herbalife Nutrition menyangkal mitos pemakanan yang lazim dipercayai rakyat Malaysia.

Hanya 22% pengguna Malaysia mengakui bahawa mereka arif dalam perihal pemakanan dan satu dalam empat (25%) mengkehendaki nasihat pemakanan daripada pakar kesihatan.

Kuala Lumpur, 20 November – Syarikat nutrisi global yang ulung, Herbalife Nutrition, telah menyiarkan penemuan tambahan daripada Tinjauan Mitos Pemakanan Asia Pasifik 2020nya, yang menunjukkan bahawa Malaysia menduduki tangga ketiga teratas dalam jumlah individu yang berasa yakin dengan ilmu pemakanan yang mereka miliki. Sungguhpun begitu, Malaysia memperoleh markah tercorot (8%) dalam menjawab sekurang-kurangnya 50% soalan mengenai pemakanan dengan betul.

Dalam kuiz pengetahuan am mengenai pemakanan yang dijalankan bersama tinjauan tersebut, sebanyak 48 soalan “Betul” atau “Salah” yang mencakupi sembilan bab pemakanan – pengurusan berat am, sarapan pagi, pemakanan am, protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan kafein – telah diajukan kepada para peserta tinjauan berkenaan.  

Kuiz tersebut telah merungkaikan tiga bab yang memperlihatkan jurang ilmu mengenai pemakanan yang terbesar dalam kalangan rakyat Malaysia, iaitu:

  • Mineral: Rakyat Malaysia paling kurang arif dalam kategori ini di seluruh Asia Pasifik (APAC). Hanya 19% responden di seluruh Malaysia berjaya menjawab soalan dalam kategori ini dengan betul. 
  • Protein: Hanya tiga daripada 10 (28%) responden Malaysia telah menjawab soalan mengenai protein dengan betul. 
  • Kafein: Hanya 24% responden Malaysia telah menjawab soalan dalam kategori ini dengan betul.

Kuiz ini juga mendapati bahawa meskipun responden APAC, termasuk rakyat Malaysia, mempamerkan tahap kearifan yang tertinggi dalam kategori Sarapan Pagi pada paras 51%, rakyat Malaysia mempunyai aras pengetahuan yang paling rendah dalam kategori ini, yakni hanya 44% telah menjawab soalan dalam kategori ini dengan betul.

Berdasarkan kuiz tersebut, Herbalife Nutrition juga telah merungkai mitos-mitos mengenai pemakanan yang lazim dipercayai oleh pengguna Malaysia. Ia menyaksikan lebih daripada enam dalam 10 pengguna memberikan jawapan salah atau menzahirkan ketidakpastian terhadap jawapan yang betul bagi kenyataan berkaitan dengan pemakanan yang dikemukakan kepada mereka.

“Penyebarluasan mitos pemakanan atas talian telah menjadi punca kekeliruan orang ramai terhadap maklumat pemakanan yang sahih. Meskipun informasi mengenai pemakanan sudah sedia ada, kebanyakan rakyat Malaysia menyatakan bahawa mereka kurang termaklum mengenai perihal pemakanan. Bukan sahaja majoriti rakyat Malaysia percaya bahawa diet sela (intermittent fasting) merupakan kaedah efektif untuk menurunkan berat badan bagi semua individu, malah ramai yang percaya bahawa diet yang berpaksikan jus sahaja merupakan strategi yang bagus untuk menurunkan berat badan.”

“Untuk meluaskan lagi ilmu pemakanan dalam kalangan rakyat Malaysia, kami telah menjalankan usaha secara rapat dengan Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) untuk mempromosikan ilmu pengetahuan yang betul mengenai pemakanan. Kami berharap para pengguna akan menjadi lebih arif dalam jangka panjang, serta dapat membantu rakyat Malaysia menjurusi kehidupan yang lebih sihat,” ujar Steven Chin Pengurus Besar/Pengarah Herbalife Nutrition Malaysia.

8 Mitos Mengenai Pemakanan yang Lazim Dipercayai oleh Rakyat Malaysia

Mitos #1: Diet sela (Intermittent fasting) merupakan kaedah yang efektif untuk menurunkan berat badan serta meningkatkan kesihatan bagi setiap orang

Fakta: Orang ramai perlu mengambil maklum bahawa penurunan berat badan yang dibuat dengan berpuasa tidak sesuai untuk semua individu. Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes, atau yang sedang berubat bagi komplikasi tekanan darah atau penyakit jantung harus mengelakkan amalan diet sela sebelum berbincang dengan pakar kesihatan terlebih dahulu, kerana ia boleh menyebabkan glukosa darah menyusut ke paras yang berbahaya, atau meningkatkan risiko keabnormalan elektrolit.

Mitos #2: Keperluan protein akan berkurangan mengikut kenaikan usia 

Fakta: Setelah usia kita menginjak 40-an, kita akan mula mengalami penyusutan jisim otot serta fungsi yang dikenali sebagai sarkopenia. Kesan proses ini boleh diringankan dengan meningkatkan pengambilan protein serta mengamalkan senaman rintangan di kala usia kita menginjak naik. 

Mitos #3: Kafein hanya terdapat dalam minuman seperti kopi, teh, dan soda

Fakta: Kafein merupakan bahan semula jadi yang membantu merangsang sistem saraf pusat untuk memberi anda tenaga. Selain kopi, teh, dan soda, kafein juga terkandung dalam biji koko, yang digunakan untuk membuat coklat. Lagi gelap coklat tersebut, maka lagi tinggi kandungan kafeinnya. Kafein juga didapati dalam tumbuhan guarana, yang biasanya dicampur dalam minuman. Guarana kaya dengan antioksidan serta menawarkan suntikan tenaga untuk dimanfaatkan sepanjang hari.

Mitos #4: Puncak jisim tulang boleh dioptimumkan pada setiap usia dengan pengambilan kalsium yang mencukupi 

Fakta: Puncak jisim tulang kita (saiz dan kekuatan tulang maksimum) bergantung kepada pengambilan kalsium, dan ia akan memuncak menjelang usia 30 tahun. Bagaimanapun, seseorang individu yang mengambil jumlah kalsium yang mencukupi sepanjang hayatnya juga boleh mengurangkan risiko osteoporosis. Suplementasi kalsium juga boleh mencegah penyusutan tulang pada usia lanjut, terutamanya golongan wanita dalam fasa menopaus yang mempunyai keperluan kalsium yang lebih tinggi. 

Mitos #5: Anda boleh menyingkirkan toksin dalam badan dengan hanya meminum jus buah-buahan pada waktu pagi

Fakta: Tubuh badan anda yang terdiri daripada organ hati dan buah pinggang memiliki keupayaan sedia ada untuk membuang toksin. Walaupun tubuh anda mampu melakukan fungsinya tanpa pengamalan diet-diet tertentu, anda masih boleh memperbaiki sistem detoksifikasi semula jadi tubuh badan anda. Ia boleh dikecapi dengan mendapatkan waktu tidur yang mencukupi dan berkualiti, meminum lebih banyak air, mengurangkan pengambilan garam, dan dengan menjurusi gaya hidup aktif.

Mitos #6: Diet rendah lemak merupakan kaedah terbaik untuk menurunkan berat badan

Fakta: Pelbagai kajian telah menunjukkan kadar penurunan berat badan yang minimum dikecapi oleh individu yang mengamalkan diet rendah lemak selepas tahun yang pertama, lantas menjadikannya strategi penurunan berat badan jangka panjang yang tidak efektif. Malah, tubuh badan kita memerlukan sedikit lemak untuk kekal sihat, kerana ia membantu membina membran sel dan hormon, serta menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak. 

Mitos #7: Indeks Glisemik merupakan rujukan yang bagus untuk memilih karbohidrat yang paling sihat 

Fakta: Indeks Glisemik menilai bagaimana karbohidrat dalam sesuatu makanan mempengaruhi paras gula darah, namun pemilihan diet yang sihat seharusnya tidak berpaksikan aspek ini sahaja semata-mata. Jumlah karbohidrat yang anda ambil serta makanan apa yang diambil juga perlu difaktorkan.

Mitos #8: Serbuk protein bukan sumber protein yang sihat berbanding protein yang diperoleh daripada makanan semula jadi

Fakta: Serbuk protein boleh menyaingi tahap kesihatan protein yang dibekalkan oleh sumber makanan semula jadi jika ia diperoleh daripada sumber yang berkualiti tinggi. Sebagai contoh, protein soya daripada kacang soya merupakan protein yang lengkap.  Ia menawarkan semua sembilan asid amino yang penting bagi keperluan pemakanan tubuh badan. 

Media Sosial: Sumber Maklumat Pemakanan di APAC yang Paling Kerap Digunakan dan Paling Kurang Dipercayai 

Tinjauan tersebut juga mendapati media sosial merupakan sumber maklumat pemakanan yang paling kerap digunakan dalam kalangan pengguna Asia Pasifik. Meskipun hampir tujuh dalam 10 individu (68%) menggunakan media sosial setiap bulan untuk memperoleh maklumat mengenai pemakanan, penyebarluasan mitos dan maklumat pemakanan yang salah dalam talian merupakan kekangan utama yang menghalang para pengguna daripada memperoleh ilmu pemakanan yang tepat. 

Para pengguna APAC yang disoal mengenai sumber yang mereka gunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan pemakanan memberi jawapan berikut: 

  • 68% menyatakan mereka menggunakan media sosial;
  • 64% merujuk rakan dan ahli keluarga mereka; dan
  • 59% merujuk penerbitan dan laman web media sekurang-kurangnya sekali setiap bulan.

Di Malaysia, hanya 57% pengguna yakin dengan ilmu pemakanan yang diberikan oleh pakar kesihatan dan ia telah menjurus kepada hanya satu dalam empat rakyat Malaysia (25%) yang meminta nasihat pemakanan daripada pakar kesihatan masing-masing.

Maklumat Salah dan Mitos Dalam Talian: Kekangan Utama untuk Memperoleh Ilmu Pemakanan yang Tepat di Malaysia 

Walaupun hampir lapan dalam 10 pengguna Malaysia (78%) menyatakan bahawa ilmu pemakanan yang tepat adalah sangat mustahak, hanya 22% mengakui bahawa mereka arif dalam perihal pemakanan. Kekangan utama meliputi: 

  • Penyebarluasan maklumat salah dan mitos pemakanan dalam talian (38%);
  • Kekurangan maklumat pemakanan daripada laman web kerajaan serta badan kesihatan (21%); dan
  • Kekurangan maklumat pemakanan daripada pakar kesihatan (20%).
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Editorial
Editorial
We take our responsibilities seriously as a provider of free parenting resources. Our published articles are therefore written based on evidence-based information parents can rely on. Parenthood is hard. But it’s also the most rewarding. Our first goal is thus to make sure our content is concise, accurate and accessible.

Home Education Accelerator - Training Program for Parents & Carers

Learn how to offer Future-Oriented Personalised Holistic Home Learning! You can easily support your children's learning at home - without any planning or disruptions to your everyday family life!

Active Learning Booster - Training Program for Early Childhood & Primary Teachers

Online Interactive Teacher Training Program to help you offer Future-Oriented Early Childhood and Early Primary Education based on Active Experiential Holistic Learning!

Subscribe to our newsletter

Enter your email address and join the ranks of subscribers to get our latest updates direct to your inbox.

error: Content is protected